Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 21, 2010

LOM St. Mary Merayakan Misa Kudus Pesta Bonda Maria Ratu Rosari

Sandakan - Legio of Mary Katedral St. Mary telah merayakan Misa Kudus Pesta Bonda Maria Ratu Rosari pada 7 Oktober 2010 lalu bertempat di Katedral St. Mary, Sandakan.


Pada masa yang sama LOM Katedral St. Mary merayakan ulang tahun kedua penubuhan Kuria Bahasa Malaysia, yang mengambil nama "BONDA MARIA RATU ROSARI IBU PENAUNG."
Seramai lebih kurang 100 orang ahli LOM dan umat menghadiri Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr. Marcellinus Pongking, Paderi Paroki St. Martin Telupid, yang juga Pembimbing Rohani untuk LOM bagi Diosis Sandakan.
Fr Marcellinus, Pembimbing Rohani LOM



Dalam khotbahnya beliau menegaskan bahawa tugas penginjilan yang menjadi tugas penting LOM adalah keuntungan bagi Gereja dan umat awam.
Pengagihan tugasan mingguan kepada ahli adalah bukti LOM komitmen kepada janji Legio untuk menjadi tentera Bonda Maria dalam membantu Gereja dalam mewartakan Firman Tuhan kepada umat awam.
Terdahulu, ahli LOM berkumpul di hadapan grotto untuk mendoakan Tasera disusuli dengan Doa Rosari.


Selesai Misa Kudus, perayaan 2-dalam-1 ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Paderi Paroki Sandakan, Fr. Thomas Makajil, Presiden Kuria Bahasa Cina, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, ahli-ahli SFO dan para umat semasa majlis makan malam kesyukuran dan pemotongan kek ulang tahun dan kek ahli serta umat yang lahir pada bulan Oktober bertempat di Pusat Kateketikal Fr. Mulders.

Fr Marcellinus (tengah) bersama Sr Appollonia fsic (kanan) dalam acara pemotongan kek

Teks: Adaris Moses Sintan, Presiden Kuria BM
Foto: SOCCOM

1 comment:

  1. The active participation of the various movements / organizations / groups is a way forward in building up the local Church and help to enhance the parish community. Congratulations to the Cathedral BM Curia LOM in gathering all members to commemorate your 2nd anniversary.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent