Bagi calon Bahasa Inggeris, upacara Penyambutan Pertama akan diadakan pada 9 September 2010, jam 6.00 petang, semasa Misa Kudus Petang dirayakan.
Manakala 32 calon Bahasa Malaysia pula akan menerima upacara yang sama pada 10 Oktober 2010, di mana Misa Bahasa Malaysia diadakan pada 9.00 pagi. Kedua-dua upacara yang disebutkan di atas akan diselebrankan oleh Fr. Thomas Makajil.
Calon bagi Bahasa Cina pula, seramai 14 orang akan menerima Penyambutan Pertama yang akan diadakan pada 10 Oktober 2010. Upacara tersebut diadakan selepas Misa Bahasa Malaysia dan akan disempurnakan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Anthony Lee, Bapa Uskup bagi Keuskupan Miri, Sarawak.
Bapa Uskup Lee berada di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan kerana menghadiri satu seminar anjuran Doa Kelompok Bahasa Cina. Beliau merupakan penceramah utama bagi seminar tersebut yang bermula pada 6 Oktober hingga 10 Oktober 2010.
Terdahulu para calon mempersiapkan diri dengan menghadiri Sesi Pengakuan di Katedral St. Mary, Sandakan.
Para calon berbaris menunggu giliran untuk membuat pengakuan
Bilik pengakuan
Linus Gilod, pembimbing PMG Bahasa Malaysia memberi penjelasan berkenaan cara-cara membuat pengakuan kepada para calon yang menunggu gilliran untuk membuat pengakuan pertama mereka
Selesai upacara pengakuan, para peserta dikehendaki menghadiri Hari Rekoleksi sebagai persiapan mereka untuk menerima Tubuh dan Darah Kristus buat kali pertama.
Soccom Paroki Katedral St. Mary, Sandakan
No comments:
Post a Comment