Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 11, 2010

BELIA BERSUARA DALAM SPEAK CAMP

Tawau: Lebih kurang 300 peserta dari kalangan belia datang dan menyertai kem belia yang diadakan pada 24-26 September yang lalu di gereja Holy Trinity Tawau. Kem ini yang dianjurkan oleh Tim Kerasulan Belia Paroki Tawau (KBP) melibatkan belia-belia yang berumur 13 tahun ke atas termasuklah yang bersekolah, bekerja, yang sudah berkahwin, belia di dalam Kristian Komuniti Dasar (KKD), Jururawat Masyarakat pelatih, pelajar dari Maktab Perguruan dan belia dari outstasi.



Kem selama 3 hari ini adalah untuk mengumpulkan semua belia di paroki Tawau agar mereka dapat menyatakan pendapat, jawapan ataupun suara hati mereka dalam mengharungi cabaran dunia millenium ke-3 ini. Kem ini juga dianjurkan untuk berjalan bersama dengan 3 paroki yang lain iaitu paroki Lahad Datu, Telupid dan Sandakan. Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan  akan menjadikannya satu titik permulaan dan panduan dalam merangka program-program belia di masa akan datang.


Program utama di dalam kem ini adalah sesi bengkel dan pembentangan belia di dalam kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan mengikut peringkat umur melalui 3 sesi iaitu realiti belia, ciri-ciri belia dan cabaran belia. Pertembungan beberapa komuniti belia dari pelbagai latar belakang keluarga dan kaum seperti Kadazan Dusun, Filipino, Indonesia-Timor dan lain-lain juga telah menaikkan lagi  semangat belia untuk bersuara dengan cara yang tersendiri dan menurut pemimpin paroki juga ibu bapa dapat melihat dengan jelas peningkatan disiplin anak-anak mereka melalui kem ini.


Hasil dari kem ini, semangat belia untuk mahu melayani juga turut berkobar-kobar setelah mengenalpasti pelbagai cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam dunia yang serba moden kini. Program pada waktu malam pula yang bertemakan “Glamourous in Black n White” mengalakkan penyertaan para belia dalam menonjolkan bakat masing-masing dalam nyanyian dan tarian.



Kem diteruskan dengan sesi dialog di antara paderi Msgr Nicholas Ong dan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP), Mario Domingo dengan para belia yang mempunyai persoalan di dalam diri masing-masing tentang iman dan gereja Katolik pada hari ketiga. Di akhirnya, sesi diteruskan dengan Sr Barbara dari Good Shepherd Sister dan program membuat bola lumpur EM (Effective Microorganism) yang memperbaiki struktur sungai dan longkang yang dianjurkan oleh Environment Committee.


Felsa May
Kerasulan Belia Paroki Tawau
Sabah

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent