Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 15, 2010

PEMBERKATAN DAN PENGUTUSAN KKD KATEDRAL SANDAKAN OLEH FR. THOMAS MAKAJIL



SANDAKAN. 7/7/10. Masa 8 Malam. KKD Kawasan Katedral, Jln Singapore Road, Kam Jai Yen, Jln Aman  telah menerima pemberkatan dan perutusan daripada Rektor Paroki Rev. Fr. Thomas Makajil bertempat di Convent St. Mary's.  Pengerusi KKD Sr. Veronica Kandaung terlebih dahulu telah mengumumkan nama-nama jawatan KKD dan seterusnya Sr. Appolonia menerangkan langkah-langkah menghayati INJIL.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah encik John Baptist selaku Pengerusi MPP St. Mary's Katedral, Encik George Majawat Koodinator KKD Pusat dan encik Matius Sodomon pengerusi KKD bagi Taman Marak. John baptist dalam ucapannya mengatakan bahawa Proses pembentukan KKD di seluruh paroki sedang bermula. "indikasi ini memudahkan kita memproses visi dan misi " " respon ini sejak seminar KKD" katanya lagi. 

Manakala George Majawat mengungkap rasa gembira kerana KKD yang makin dihidupi oleh umat Katolik. "beberapa KKD akan menyusul". Katanya. Fr. Thomas mengatakan bahawa kita dipanggil untuk bersatu Come and Unity (Community) Komuniti adalah cara hidup Gereja Awal.

Encik Matius mengkongsikan aktiviti KKD Taman marak yang terdiri dari kanak-kanak, belia dan dewasa yang kini sedang aktif. "Mereka sedang berkembang dalam bakat mereka" katanya lagi.


Sebelum itu Komuniti Katedral telah memulakan acara dengan makan bersama secara potlak (KKD makan dulu dan baru kerja). Malam itu KKD merayakan hari ulang Tahun Sr. Veronica. 

Antara Tujuan KKD adalah hidup berkomuniti berdasarkan nilai INJIL, bekerjasama dan mempraktikkan cintakasih. Bergantung kepada kemampuan komuniti setempat.


KKD Katedral hanya mampu bertemu sekali dalam sebulan atau dua kali dalam sebulan sahaja. Memandangkan mereka mempunyai komitmen masing-masing. Mereka bersetuju untuk mengadakan beberapa aktiviti pada masa yang sesuai. Seperti doa bersama, mesyuarat, makan bersama dan lain-lain lagi.

 kkd

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent