Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label KKD KATEDARAL. Show all posts
Showing posts with label KKD KATEDARAL. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Double celebrations by members of the Cathedral BEC

Sandakan : Members of the Cathedral BEC which include those residing at the vicinity of the Cathedral, along and around Singapore Road and Taman Kam Jai Yen celebrated the feast day of Sr Appollonia Gumbu fsic and the birthday of George Bell, a diocesan staff, last night 13th October 2010 at the Cathedral Catechetical Room.
The celebration commenced with a Thanksgiving mass in the Cathedral Chapel, presided over by Rt Rev Julius Dusin Gitom, assisted by Deacon David Garaman. The prelate commended the Cathedral BEC for the initiative taken to celebrate the feast day of Sr Appolonia fsic and the birthday of Bell. The coming together of people is a proclamation, not just on common interest but the bond of faith shared among its members.


He urged the BEC members to view their work as  sincere gift  for the Kingdom of God and not to seek for personal glory. He appreciated the many faithful who chose to serve  quietly and unnoticed behind the scene, all for His Glory.

After, the Eucharistic celebration, the members adjourned to the Catechetical Room for a dinner fellowship, though simple but meaningful - fostering unity through the sharing of meal.
The Diocesan and Parish staff were also present to lend support to the occasion..

ds 

Saturday, July 31, 2010

KKD KATEDRAL BERKEMBANG KE TAMAN KAM JAI YEN SANDAKAN

Sandakan. 31/07/10. KKD Katedral telah  melawat ke kawasan Taman Kam Jai Yen, Sandakan. Penghuni Kristian Taman merasa gembira atas kunjungan tersebut, miskipun ada gangguan hujan renyai-renyai. "Masih ramai lagi umat Katolik di kawasan ini yang belum mengetahui program ini." kata sr. Appolonia. "Walaubagaimanapun kita amat bersyukur kerana beberapa keluarga hadir". Katanya.

"Saya sangat gembira kerana kita sudah mulai mengenal antara satu sama dengan yang lain". Kata George seorang bapa, turut serta isteri dan dua orang anaknya. "kita boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan". katanya lagi.


Album kenangan bersama Komuniti Katolik Taman Kam Jai Yen Sandakan

"Inilah pertemuan komuniti yang pertama selain dari lawatan rosari dan karolling di kawasan ini". Kata pn. Rosliah Ignasia Antis yang berasal dari daerah Beluran yang sudah lama menetap di situ, selaku tuan rumah pertemuan. 

"Saya mengharapkan agar pertemuan ini akan berterusan, membolehkan kita berkongsi iman yang lebih mendalam lagi" Kata Joseph, hadir bersama dengan keluarganya.

Pertemuan pertama Komuniti Kristian Taman Kam Jai Yen Sandakan.

Pertemuan malam itu sangatlah menarik kerana kehadiran beberapa keluarga baru. Selepas suai kenal diadakan makan malam bersama secara potlak. Peluang ini membolehkan ahli-ahli komuniti berinteraksi. Sesi pada malam itu Sr. Appolonia menerangkan secara singkat tentang langkah-langkah untuk merayakan Sabda Tuhan yang lebih efektif.

Sr. Veronica selaku pengerusi KKD Katedral memperkenalkan Ahli Jawatan KKD yang dibentuk. "Kita semakin ramai dan akan bersedia melayani Misa Kudus pada masa akan datang". katanya.

KKD Katedral merancang akan melawat tiga buah komuniti Kristian di kawasan Taman Fajar Perdana dan Taman Airport Sandakan pada masa akan datang. 

KKD Katedral.

Thursday, July 15, 2010

PEMBERKATAN DAN PENGUTUSAN KKD KATEDRAL SANDAKAN OLEH FR. THOMAS MAKAJIL



SANDAKAN. 7/7/10. Masa 8 Malam. KKD Kawasan Katedral, Jln Singapore Road, Kam Jai Yen, Jln Aman  telah menerima pemberkatan dan perutusan daripada Rektor Paroki Rev. Fr. Thomas Makajil bertempat di Convent St. Mary's.  Pengerusi KKD Sr. Veronica Kandaung terlebih dahulu telah mengumumkan nama-nama jawatan KKD dan seterusnya Sr. Appolonia menerangkan langkah-langkah menghayati INJIL.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah encik John Baptist selaku Pengerusi MPP St. Mary's Katedral, Encik George Majawat Koodinator KKD Pusat dan encik Matius Sodomon pengerusi KKD bagi Taman Marak. John baptist dalam ucapannya mengatakan bahawa Proses pembentukan KKD di seluruh paroki sedang bermula. "indikasi ini memudahkan kita memproses visi dan misi " " respon ini sejak seminar KKD" katanya lagi. 

Manakala George Majawat mengungkap rasa gembira kerana KKD yang makin dihidupi oleh umat Katolik. "beberapa KKD akan menyusul". Katanya. Fr. Thomas mengatakan bahawa kita dipanggil untuk bersatu Come and Unity (Community) Komuniti adalah cara hidup Gereja Awal.

Encik Matius mengkongsikan aktiviti KKD Taman marak yang terdiri dari kanak-kanak, belia dan dewasa yang kini sedang aktif. "Mereka sedang berkembang dalam bakat mereka" katanya lagi.


Sebelum itu Komuniti Katedral telah memulakan acara dengan makan bersama secara potlak (KKD makan dulu dan baru kerja). Malam itu KKD merayakan hari ulang Tahun Sr. Veronica. 

Antara Tujuan KKD adalah hidup berkomuniti berdasarkan nilai INJIL, bekerjasama dan mempraktikkan cintakasih. Bergantung kepada kemampuan komuniti setempat.


KKD Katedral hanya mampu bertemu sekali dalam sebulan atau dua kali dalam sebulan sahaja. Memandangkan mereka mempunyai komitmen masing-masing. Mereka bersetuju untuk mengadakan beberapa aktiviti pada masa yang sesuai. Seperti doa bersama, mesyuarat, makan bersama dan lain-lain lagi.

 kkd

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent