Sandakan (29hb Julai 2010): Lebih 30 orang hadir untuk perjumpaan dua kali sebulan KKD Taman Indah Jaya bertempat di kediaman Francis Tan. Para ahli dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu dewasa, belia dan remaja.
Sesi perkongsian alkitab bagi belia dan remaja telah dipimpin oleh ahli-ahli dewasa berdasarkan kepada kaedah tujuh langkah. Langkah-langkah tersebut ialah :-
- Mengundang Tuhan.
- Membaca petikan Alkitab.
- Petik dan renung perkataan/ungkapan/ayat.
- Hening untuk mendengar mesej yang Tuhan telah sampaikan.
- Perkongsian tentang apa yang kita dengar di dalam hati.
- Bincang perkara yang kumpulan kita dipanggil menjelaskan.
- Doa penutup.
Tujuan KKD Taman Indah Jaya melaksanakan 'Kesaksian Kitab Suci' (KKS) adalah untuk memberi peluang kepada belia dan remaja agar bermula seawal mungkin bagi mendekati Firman Tuhan. Selain itu, KKS juga merupakan satu landasan bagi belia atau remaja untuk menyediakan diri bagi pembacaan minggu berikutnya di samping berkesempatan untuk berinteraksi dengan sesama. Interaksi sedemikian dapat mengeratkan hubungan antara sesama ahli, membentuk satu persekitaran yang baik dan suasana sihat dalam membangun Komuniti Kristian Dasar.
Harapan terhadap aktiviti ini, dengan adanya perkongsian alkitab, maka dapat mempertingkatkan pengertian tentang Firman Tuhan dan setelah itu dapat pula mempraktikkan semua yang dikehendaki Tuhan dalam kehidupan seharian.
KKD Taman Indah Jaya
No comments:
Post a Comment