Komuniti Katolik Taman Indah Jaya sedang mengikuti sembahyang.
Sandakan. Perayaan Ekaristi sempena kesyukuran KKD di Taman Indah Jaya, Sandakan. Diadakan pada 2 Julai 2010 jam 7.30 petang dengan kehadiran lebih 100 umat Katolik setempat. Komuniti Katolik berjiran di Taman Perumahan ini sudah lama wujud dan beberapa dari mereka aktif melayani di Gereja Katedral St. Mary, Gereja St. Joseph dan di Gereja St. Mark.
Komuniti Kristian Dasar (KKD) adalah komuniti berjiran yang dibentuk oleh keluarga Katolik (Gereja Domestik) di peringkat akarumbi. Mereka melakukan pertemuan bergilir setiap rumah samada seminggu sekali atau sekali dalam sebulan. Pertemuan ini berdasarkan juga Liturgi Tahunan seperti Mei, bulan Maria, Oktober bulan Rosari, pada musim Adven, dan pada musim Pantang dan Berpuasa. Setiap pertemuan akan merayakan samada pra Liturgi atau Ekaristi. Komuniti KKD juga mengadakan mesyuarat dan merancang aktiviti seperti lawatan ke keluarga yang menghadapi masalah dan sebagainya.
Sepanjang bulan Maria tahun ini, KKD Taman Indah Jaya telah mengadakan Doa Rosari
bergilir-gilir
setiap malam, dari rumah ke rumah ahli, di samping mengeratkan perhubungan kejiranan.
Lawatan ini akan berterusan untuk perayaan INJIL sebagai salah satu daripada elemen 4 Tanda KKD. Di mana program ini ahli akan memberikan perkongsian kerohanian dan iman.
En. George Majawat selaku Penyelaras KKD Pusat gembira kerana satu lagi KKD ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Leonnie Degullacion. Seterusnya Perayaan Ekaristi dan Kesyukuran penubuhan KKD akan diadakan di Taman Mawar. "Namun Tarikh, tempat dan masa masih belum dapat ditentukan buat sementara ini" Katanya. Setakat ini, sudah wujud 6 buah KKD. Proses pembentukannya agak lambat namun dijangka berhasil. Harapan bersama adalah mencapai 10 buah KKD pada tahun ini.
Mesyuarat Majlis Pastoral Paroki (MPP/PPC) yang dipengerusikan oleh John Baptist sebelumnya, membuat keputusan untuk 'turun padang' melawat semua Komuniti KKD serta akan berjumpa dengan umat Katolik di Taman-Taman Perumahan yang belum mewujudkan KKD, bagi tujuan memberikan penerangan.
Komuniti - Komuniti akan membantu menjayakan "Hari Paroki" dan "BAZAAR" St. Mary pada 15 Ogos 2010.
Selepas Perayaan Ekaristi dan Majlis Kesyukuran KKD. Makan Malam diadakan bersempena dengan perayaan Santo Thomas dan Ulang Tahun Jezrael Johnny salah seorang daripada ahli komuniti KKD tersebut.
Lawatan paderi seterusnya ke KKD kawasan Katedral St. Mary Sandakan, pada 7 Julai, jam 8.00 malam di Konven St.Mary. Ahli Komuniti akan berlatih bagaimana menghayati INJIL dengan mudah, menggunakan 7 langkah penghayatan INJIL.
Soccom
No comments:
Post a Comment