Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 13, 2017

TIM KOMISI KERASULAN BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN BERTEMU LAGI!

Lahad Datu – Rekoleksi dan mesyuarat tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan telah dijalankan pada 9 - 10 September 2017. Ini merupakan saat yang senantiasa dinanti - nantikan oleh tim KBK untuk berkumpul dan bertemu. Satu peluang, ruang dan masa bagi setiap ahli tim KBK diperteguhkan dari segi iman, panggilan melayani dan terutama sekali persahabatan antara sesama. Pertemuan pada kali ini diadakan di Paroki St Dominic, Lahad Datu.
"Akan tetapi Ia mengundurkan diri ke tempat - tempat yang sunyi dan berdoa." 
Lukas 5:16

Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan

Berdoa pagi bersama - sama
Rekoleksi pada 9 September 2017 dimulakan dengan doa rosari di hadapan groto Bonda Maria. Doa ini telah dipimpin oleh pemimpin belia dari Paroki Telupid dan Tawau. Selepas sahaja berdoa dan menikmati sarapan pagi, tim KBK bertolak ke Kapela St Edwin, Segama yang terletak kira - kira 15 - 20 kilometer dari pusat bandar Lahad Datu.





Saudara Edwin Kouju
Ketibaan tim KBK telah disambut mesra oleh Saudara Edwin Kouju, iaitu pemilik tanah dimana Kapela St Edwin dibina. Beliau kemudiannya mengongsikan serba sedikit sejarah penubuhan Kapela St Edwin. Kapela ini telah diberkati oleh Yang Mulia Uskup Agung Salvatore Pennachio, perwakilan Apostolik dari Roma yang kebetulan pada masa itu sedang meninjau kesesuaian kawasan - kawasan tertentu sekiranya boleh dijadikan sebagai satu Keuskupan pada tahun 2006.



Sesi disepanjang rekoleksi  ini telah disampaikan oleh Puan Julita Kantod. Beliau bersama suaminya Mario Domingo, sangat giat melayani secara aktif dalam Pelayanan Keluarga di Paroki Tawau dan juga Komisi Keluarga bagi Keuskupan Sandakan. Kehadiran mereka berdua sungguh memberi inspirasi dan suntikan semangat untuk terus melayani.

Dalam rekoleksi ini, tim KBK telah diajak untuk merenung dan mengimbas semula sewaktu mereka menyahut panggilan Tuhan untuk menjadi ahli dalam Komisi ini dan Puan Julita melanjutkan sesinya dengan soalan bagaimana mereka boleh memberikan yang terbaik dalam pelayanan ini.

“Kamu sudah berada di sini, bila kamu duduk di sini, jangan kamu berfikir untuk menyesal kerana berada di sini. Sentiasa ingat walau dimanapun kamu dihantar, pastikan kamu sentiasa bersinar dan sentiasa melayani serta fokus kepada Yesus.” - Puan Julita Kantod

Sememangnya rekoleksi ini amat diperlukan terutama sekali bagi mereka yang melayani. Tuhan Yesus semasa memanggil setiap umatnya untuk melayani tidak pernah menjanjikan 'langit itu sentiasa biru' namun disaat - saat kegembiraan dan kesusahan melayani, Dia tetap setia bersama sehingga ke 'akhir garisan'.


"Christ did not promise an easy life. Those who desire comforts have dialed the wrong number. Rather, he shows us the way to great things, the good, towards an authentic human life." 
Pope Benedict XVI

Puan Julita kemudiannya membawa semua tim dalam merenung perjalanan hidup Nabi Musa yang begitu mengena dengan kehidupan seorang yang dipanggil dan dipilih untuk melayani. Selepas merenung, tim dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk sesi perkongsian berdasarkan soalan - soalan berikut:

1. Apa yang kamu pelajari daripada nabi Musa?
2. Bahagian mana yang membuat kamu tersentuh?

3. Apakah tujuan saya dalam komisi ini?

Perkongsian dalam kumpulan

Perkongsian dalam kumpulan besar.

Bergambar kenangan bersama penyampai sesi
Rekoleksi tim KBK diakhiri dengan sesi saling meneguhkan antara sesama dan rekonsiliasi yang dikendalikan oleh Sr. Lilian Unsoh, fsic. Selesai sahaja sesi, setiap ahli tim KBK membawa hati yang 'baru' ke kemuncak rekoleksi dalam Misa Sunset di Gereja St Dominic dan bersyukur diatas berkat yang telah diterima.

Sesi peneguhan antara sesama dan rekonsiliasi
Pertemuan ini diteruskan dengan 'saat bergembira'. Satu kesempatan yang diambil untuk saling berkongsi, berhibur dan dihiburkan serta 'catching up' dengan ahli - ahli tim yang lain. Turut serta dalam 'saat bergembira' ini adalah tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) Lahad Datu.


Saat bergembira...

Mesyuarat Tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan

Masing - masing memberi tumpuan kepada video aktiviti - aktiviti semasa Temu Raya Orang Muda Katolik Ke - 2 Keuskupan Tanjung Selor, Indonesia.
Pertemuan ini diteruskan dengan mesyuarat KBK yang ke - 22 pada 10 September 2017 yang telah dimulakan dengan doa pagi pada jam 9.00 pagi. Antara agenda yang diketengahkan dan dibincangkan adalah Pelayanan Pelajar Kampus, Asian Youth Day (AYD) 6,  Temu Raya Orang Muda Katolik Ke -2 Keuskupan Tanjung Selor, Indonesia, laporan belia dari setiap paroki dan program-program KBK sepanjang tahun 2018. 

Highlight bagi mesyuarat ini adalah Synod on Youth. Sinod ini merupakan pertemuan para Uskup seluruh dunia yang akan diadakan pada Oktober 2018. Mereka akan merenung dan membincangkan lebih mendalam tentang hal - hal belia. Topik utama yang akan diketengahkan adalah ''Young People, the Faith and Vocational Discernment''. 

Maka bagi membantu perbincangan mereka ini, para belia diseluruh dunia dimohon untuk mengisi Synod on Youth Questionnaire. Bagi para belia di Malaysia, mereka boleh mengisinya melalui pautan berikut: talk2francisMY.archkl.org. 

Mesyuarat diakhiri pada jam 4.30pm dengan doa Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan. Sehingga bertemu lagi di Paroki Telupid pada bulan November 2017. Selamat melayani dan Tuhan memberkati!

Gambar kenangan bersama Tim Kerasulan Belia Paroki St. Dominic, Lahad Datu

PERAYAAN HARI PAROKI KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN KE 134 TAHUN - "JIWAKU MEMULIAKAN TUHAN"

Teks oleh Airene A. Gumanas
Gambar oleh Helda, Rogena dan Leonard


Sandakan – Perayaan Hari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan yang ke-134 tahun telah dirayakan pada Ahad, 13 Ogos 2017 dengan bertemakan “Jiwaku memuliakan Tuhan”. Kemuncak perayaan sebenar jatuh pada 15 Ogos 2017, Pesta Kenaikan Bonda Maria Diangkat ke Syurga. Bonda Maria merupakan santa penaung bagi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.
Dalam homili Bapa Uskup yang juga merupakan Paderi Paroki, mengingatkan para umat agar tidak memisahkan diri dari Allah Bapa kerana setiap umat beriman masing-masing mempunyai misi untuk memperkenalkan Yesus Kristus kepada dunia dalam apa jua situasi yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
“Kita harus belajar mengenali Yesus dalam badai kehidupan kita, fokus tetap terarah dengan Yesus, kerana hanya Yesus yang boleh berikan damai yang sempurna kepada kita. Walaupun ada gelora kehidupan, kita dapat berjalan bersama sebagai komuniti,” demikian kata Bapa Uskup.
Bapa Uskup juga mengajak umat untuk terus bersyukur di atas kesempatan merayakan Pesta Hari Paroki yang telah memasuki tahun yang ke 134 dan memperingati para pemimpin Gereja terdahulu yang telah memulakan Misi Penginjilan di Paroki Sandakan bermula pada tahun 1883 sehinggalah masa kini. Bapa Uskup juga mencabar para umat “Beranikah kita keluar bersama-sama? Menjangkau bersama-sama?” dan pengharapan kepada semua bahawa Yesuslah pemimpin kita; dalam keluarga, hidup sebagai satu komuniti dan peribadi masing-masing.
Pertandingan Melastik
Selesai pemberkatan terakhir Paderi Paroki mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua umat, individu mahupun kumpulan pelayanan di Paroki kerana berganding bahu dalam menjayakan perayaan kesyukuran pada tahun ini dan mengajak umat untuk merenungi kata-kata Bonda Maria apabila Bonda Maria berkata "jiwaku memuliakan Tuhan."
Penjualan T-shirt
Selesai Misa Kudus, Bapa Uskup, Paderi dan Para Religius serta umat yang lain mengunjungi lima pondok tradisi yang dibina semasa Pesta Kaamatan pada bulan Mei yang lalu. Para umat berpeluang melihat dan mengalami suasana di kampung dan menikmati makanan yang terdapat di setiap pondok secara percuma. Acara-acara lain juga diadakan seperti acara jualan Hari Paroki, sudut hiburan, gerai promosi termasuklah jualan buku-buku rohani dari Daughters of St. Paul, pertandingan melastik dan melukis, pertandingan menggubah bunga dari bahan kitar semula dan banyak lagi.
Jualan buku-buku rohani Daughter of St. Paul
Persembahan pelajar-pelajar Sekolah Seni
Pertandingan Gubahan Bunga
Pemberkatan terakhir dilaksanakan oleh Fr. Stanley William Matakim dan acara selesai lebih kurang 3:15 petang.

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA YANG KE-72

Artikel oleh Elton Susanto
Gambar oleh Dominggus, Maria, Farnandes, Matius, Lily dan Jaymar

St. Dominic Lahad Datu - Perayaan Hari Ulang Tahun Republik Indonesia yang jatuh pada tanggal 17 ogos setiap tahun, telah disambut pada 20 Ogos tahun ini oleh umat paroki St. Dominic. Sambutan kali ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya dimana ia di sambut dalam dua acara besar iaitu Konsert Fajar Band pada 19 Ogos 2017 yang diundang khas dari Flores, NTT dan Misa Kudus Kesyukuran pada 20 Ogos 2017.
Kira-kira setahun yang lalu, komiti penganjur sambutan HUT RI ke-72  iaitu “Komiti Pastoral Indonesia” (KPI) telah merancang untuk menjemput sebuah kumpulan band dari Flores untuk memeriahkan sambutan perayaan sekaligus menjana dana bagi pembangunan Dewan Ibadat yang baru Gereja St. Dominic. Cadangan dibawa mesyuarat oleh Ketua KPI, saudara Petrus Dalu bersama Rektor Paroki iaitu Fr. Simon Kontou untuk meminta pendapat dari beliau. Setelah mendapat keizinan Rektor Paroki, Komiti KPI terus mengadakan mesyuarat untuk meneruskan rancangan ini.
Akhirnya, melalui kesepakatan bersama Paroki St. Dominic, Komiti Pastoral Indonesia dan Komisi Pastoral Migran & Perantau Keuskupan Larantuka yang diwakili Romo Lukas telah memaklumkan bahwa beliau akan membawa sekumpulan band dari Flores iaitu Fajar Band (FB) untuk datang dan mengadakan konsert sambutan Hari Ulang Tahun Republik Indonesia di Lahad Datu.
Konsert yang berlangsung lebih kurang 5 jam dihadiri lebih kurang 1500 umat. Acara dimulakan dengan doa yang dipimpin oleh Rektor paroki, Fr. Simon Kontou seterusnya memberikan kata-kata sokongan beliau kepada acara ini. Pelbagai lagu telah didendangkan oleh kumpulan band ini termasuk lagu Tagalog serta kadazandusun. Selain itu, lagu-lagu khas Flores juga dinyanyikan. 

Kemeriahan sambutan hari ulang tahun mencapai puncak keesokan harinya 20 Ogos 2017 dalam perayaan Misa Kudus Kesyukuran.
Dalam homili, Romo Lukas berkata: "Gereja adalah ibu dan juga rumah kita bersama, kemanapun kita merantau, jangan lupa pada ‘Ibu’ kita, jangan lupa pada ‘Rumah' kita. Harus bersama-sama menjaga keharmonian diantara semua umat gereja yang berbilang bangsa, kerjasama dan saling menghargai serta menyayangi satu sama lain. Syukur atas kemerdekaan yang kita capai selama ini dan sebagai umat perantau, kita bersyukur kepada Paroki ini yang memberi kesempatan bagi kita untuk menyambut Ulang Tahun Republik Indonesia disini".
Sebelum menerima berkat penutup, Romo Lukas, Fr. Simon dan Pengerusi KPI sekali lagi diberi kesempatan untuk memberikan sedikit ucapan.
Dalam ucapannya, Romo Lukas merakamkan syukur kepada Paderi Paroki, semua umat tempatan dan semua komiti yang ada di Paroki St. Dominic, Lahad datu. “Saya merasakan paroki St. Dominic sebagai rumah kedua kerana berasa nyaman disini. Bagi bapa ibu khusus umat Indonesia yang berkembang dalam paroki ini, paroki ini sudah sangat baik kerana menerima kita untuk menyumbangkan bagi pembangunan gereja kita, tidak hanya hadir dalam perayaan namun turut menyumbang dalam pembangunan gereja khususnya dewan kita. Kita harus bersama-sama bertanggungjawab. Bukan hanya hadir misa tetapi turut serta dalam pembangunan dewan kita dalam sumbangan dalam bentuk yang lain. Jadilah perantau Katolik yang bermartabat. Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan perayaan hari ini. Tidak lupa juga terima kasih untuk komiti-komiti lain di Paroki ini yang sudah bekerjasama. Semoga kita saling mendukung dan bertemu lagi di tahun yang akan datang’’.

Di dalam ucapan Fr. Simon menyampaikan rasa syukurnya kepada Allah dan juga Bapa Uskup dari Keuskupan Larantuka kerana memberi keizinan bagi Romo Lukas bersama Fajar Band untuk datang ke paroki ini. “Tuhan itu baik, kita datang dari berbagai suku dan bangsa. Kita selalu mendengar Sabda Tuhan bahawa Tuhan mahu menyelamatkan semua orang tanpa mengira asal usulnya. Keselamatan yang Tuhan bawa itu bersifat universal dan begitu juga Gereja. Gereja itu bersifat universal ertinya semua tanpa mengira suku dan bangsa setiap zaman, setiap masa. Sama seperti Tuhan menerima kita, begitu juga Gereja menerima kita tanpa mengira asal usul kita. Ketahuilah disini tidak mengira asal usul kita, dari Filipina, Sabah atau dari Indonesia sekalipun, kamu adalah warga Gereja dan juga warga Paroki St Dominic. Gereja mampu maju ke hadapan dan berkembang kerana kerjasama kamu semua. Maka marilah menyatakan kesatuan kita dengan bersama-sama merayakan ulangtahun ini”.
Bagi Pengerusi Komiti Pastoral Indonesia, Saudara Petrus Dalu merakamkan ribuan terima kasih kepada Bapa Uskup Fransiskus Kopong Kung bagi Keuskupan Larantuka kerana memahami dan mengambil berat tentang keinginan para migran dan perantau khususnya di Lahad Datu serta menghantar wakil iaitu Romo Lukas Laba Erap untuk mengunjungi paroki ini.
Kemeriahan perayaan ini diteruskan lagi dengan acara-acara pentas, sukan tradisi dan cabutan tiket bertuah. Acara pentas dimulai dengan iringan tarian dari kaum Filipino dan Kadazan seterusnya pemotongan reben oleh Fr. Simon dan Romo Lukas menandakan kerjasama sebagai umat separoki. Setelah itu, pertukaran baju tradisi diantara Fr. Simon dan Romo Lukas. Setelah paderi menukar pakaian tradisi, bunyi gong bersahut-sahutan mengiringi penari Hedung dan Seleng dari kaum Indonesia.

Para jemputan telah disambut oleh para belia yang mengenakan pakaian tradisi dari daerah masing-masing. Lagu Kebangsaan “Indonesia Raya” telah dimainkan tanda penghormatan. Sebuah lagu wajib iaitu “Mengheningkan Cipta” dimainkan untuk mengenang para pahlawan yang telah gugur di medan perang. 
Setelah selesai penghormatan bendera, acara dilanjutkan dengan pemotongan kek, persembahan pembuka acara “Tarian Rampai se-Nusantara” oleh Belia St. Dominic disusuli dengan acara-acara lain. Acara telah ditutup dengan doa penutup oleh Rev Father Simon lebih kurang jam 5 petang.

Tuesday, September 12, 2017

Walk For Jesus - Lahad Datu 2017

Artikel oleh: Farnandes Siprianus
Gambar oleh: Jaymar & Matius

St. Dominic Lahad Datu – Lebih seribu penyertaan umat dari semua denominasi gereja di sekitar Lahad Datu telah menyertai program “Walk For Jesus” pada 27 Ogos 2017. Tuan rumah pada anjuran kali ini ialah Paroki St. Dominic.
Program dimulakan seawal jam 3 petang di dewan terbuka St. Dominic dengan pendaftaran seterusnya nyanyian lagu-lagu pujian yang dipimpin oleh tim koir tuan rumah sendiri. Doa pembukaan telah dipimpin oleh Pastor Daniel (Pastor dari gereja Basel) disusuli dengan taklimat serta penerangan tentang keselamatan dan  laluan perjalanan oleh beliau. 
Didalam taklimatnya beliau menegaskan bahawa program ini adalah untuk berdoa bagi Kesejahteraan Negara Malaysia, para pemimpin Negara dan terutama sekali semua umat di kawasan ini. “Jangan main telefon bimbit atau pun 'selfie-selfie', kita mesti berdoa dalam perjalanan ini” demikianlah serba sedikit kata-kata Pastor Daniel.
Program ini mengambil jarak lebih kurang 5km. Perjalanan dimulakan di hadapan gereja St. Dominic tepat jam 4 petang dan berakhir di tempat yang sama lebih kurang jam 6 petang.
Terdapat 3 kategori di dalam perjalanan ini, kategori pertama dimulakan oleh para bapa serta para ibu dan seterusnya para belia. Semua kategori ini didahului oleh pembawa bendera Malaysia dan Sabah. Setelah semua peserta selamat tiba di gereja St. Dominic, program diteruskan dengan nyanyian lagu “Negaraku”  disusuli dengan lagu-lagu rohani.
Program berakhir dengan ucapan penutup dari Pastor Daniel dan doa penutup oleh Rev Fr. Simon Kontou. Acara selesai pada jam 6.30 petang.

Friday, September 8, 2017

“我愿意2”

      (山打根讯) 2017831(星期四) 一个深具意义的大日子。阔别十年,山打根圣玛莉主教座堂华文协调委员会属下快乐家庭为庆祝华协成立30周年,再次举办我愿意2结婚周年纪念弥撒暨晚宴。举办此次活动的目的:(一)为夫妇们庆祝结婚周年,藉此重发婚姻誓愿,重新巩固婚姻的承诺,让大家重温当初的庄严与浪漫;(二)藉此机会感恩天主在过去的岁月里赐予的种种恩典。

      结婚周年纪念弥撒于当天下午4时正举行。感恩亚庇黄士交总主教专程莅临主祭这台意义重大的弥撒。此结婚周年纪念弥撒共有52对夫妇报名参与重发婚姻誓愿,遗憾的是由于不可避免的原因,当天只有49对夫妇出席参与。

      当天下午三时许,夫妇们偕同家人陆续抵达圣堂,盛装的夫妇们使场面倍添色彩。弥撒开始时,夫妇们列队进入圣堂,场面盛大而庄严。讲道后,一对对的夫妇依次序来到祭台前,在黄总主教的面前重发婚姻誓愿并接受祝福,一句句的誓言让夫妇们重温结婚当初的温情,婚后一路走来,有许多的感触,有许多的温馨,还有更多的感动。感谢黄总主教的用心,当天参与重宣婚誓的夫妇们都有幸领受圣体圣血,更得到上主满满的祝福。

       弥撒于傍晚六时许结束,夫妇们列队步出圣堂,在圣堂门口拍摄大合照留念。

       弥撒后,大家移步到兴隆酒家参加晚宴。晚宴于晚上七时开始,当晚席开33桌,场面热闹非常。黄总主教因有要事赶回亚庇而未能出席晚宴,使大家倍感遗憾。晚宴在华协秘书廖琳琳姐妹致词及作餐前祈祷后正式开始。席间也播放参与结婚周年纪念之夫妇的结婚照和生活照的视频、情歌献唱及陈业雄夫妇和胡国文夫妇的见证分享。

      经出席的神职人员及筹备会成员主持切蛋糕及敬酒仪式后,即颁发最长久婚龄夫妻奖予林伟强夫妇(50)、林明华夫妇(51)及陈耀庆夫妇(56)、参与重宣婚誓最有福气夫妻奖予锺学良夫妇(11个儿女)、最浅婚龄夫妻奖予李文健夫妇(2)、夫妻服装最匹配奖予陈川宇夫妇及来宾中最有福气奖予锺添英女士(11个儿女)。

       主办当局也贴心地为参与结婚周年纪念弥撒的夫妇们准备了由黄总主教亲笔签名的纪念证书,和内含结婚周年纪念之夫妇的结婚照和生活照的视频光碟作为纪念。当然,节目中也少不了幸运抽奖的环节。最后,晚宴以一曲“爱的真谛”和结束祈祷后画下完美的句号。















      

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent