Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 10, 2015

Seminar Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan

Oleh Lawrence Matusin, SOCCOM Telupid
Telupid : Santo Martin Telupid sekali lagi telah menjadi tuan rumah bagi Seminar Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan yang diadakan dari 24hb-26hb Julai baru-baru ini.
Seminar ini telah disertai oleh 147 orang peserta yang diwakili oleh empat paroki dalam Keuskupan Sandakan. Turut serta ialah 4 religious; Sr Appollonia fsic, Sr Slyvia fsic, Sr Martha fsic dan Sr Maria rgs, fasilitator utama seminar tersebut.
Hari pertama seminar, 24hb Julai, didahului dengan Misa Kudus dan seterusnya sesi dimulakan dengan suai kenal tetapi dengan cara yang berbeza dan menarik sekali. Selepas acara suai kenal berakhir setiap peserta yang mewakili paroki masing-masing diberikan masa untuk mengongsikan secara ringkas aktiviti yang telah mereka laksanakan di paroki masing-masing berserta dengan perancangan yang telah dibincangkan.
Hari kedua seminar, 25hb Julai, dimulakan dengan doa pagi. Selepas itu Sr Maria rgs memberi perkongsian tentang panggilan dan peranan KWK. Di antara isi ceramah, beliau menerangkan Kerasulan Wanita yang ada pada masa kini adalah pendorong kehidupan kekudusan untuk semua wanita. Dengan contoh kehidupan yang mereka tunjukkan akan menyebabkan orang lain mengenal akan cinta kasih Tuhan.
Pada sesi yang seterusnya, penceramah membawa semua peserta mengenali dan mendalami hati Yesus dan Maria yang boleh menjadi model yang baik buat wanita masa kini. “Tuhan berilah aku air itu” yang merupakan tema seminar tersebut membawa semua peserta berkongsi sesama sendiri tentang pengertian dan erti petikan ini di dalam kehidupan peribadi masing-masing.
Pada sesi berikutnya yang dijalankan pada waktu petang para peserta diberikan peluang untuk menunjukkan kreativiti mereka secara solo dan berkumpulan dengan mencipta sesuatu yang menarik hanya dengan menggunakan sehelai kain sarung. Hasil yang ditunjukkan amat menarik sekali kerana hasil ciptaan mereka secara langsung memberi simbol dan makna yang indah terutama dalam kehidupan dan pelayanan.
Sesi pada malam hari iaitu Malam Solidariti Wanita juga menarik kerana para peserta diberi peluang untuk merenung keperluaan peribadi masing-masing dan menggungkapkan permintaan peribadi tersebut di dalam kertas yang bercorakkan bunga dan diapung di atas air di dalam sebuah bekas.
Pada hari terakhir, 26hb Julai, Sr Maria rgs telah membawa peserta sekali lagi merenung perancangan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Perancangan tersebut agak berbeza dari perancangan sebelum ini kerana kebanykan daripadanya memberi focus kepada masalah wanita masa kini contohnya penindasan dan memperdagangkan kaum wanita.
Sesi penutup agak menyentuh hati peserta apabila Sr Maria rgs sendiri membasuh kaki beberapa peserta yang dipilih.
Secara keseluruhan seminar ini telah memberi impak yang positif di kalangan para peserta yang hadir. Adalah diharapkan seminar seperti ini akan dijalankan pada setiap tahun kerana seminar ini bukan saja memberi semangat kepada wanita yang baru melayani tetapi juga memberi kesegaran rohani dan juga kekuatan iman dalam melakukan tugas-tugas pelayanan. 

Sunday, August 9, 2015

Bishop Julius Commits Assistance to Chapels

BY DS

Bundu Tuhan : Some two months ago, 5th June 2015 a 5.9-magnitude earthquake rocked the  State of Sabah at and around Mount Kinabalu. The calamity claimed many lives and caused damages to roads and properties. Subsequent tremors aggravated the situation. The event saddened all of us.
When news got round that there was insufficient of drinking water and daily provisions to go around through an appeal from the Parish Priest of St Claver's Church, Ranau, Fr Nicholas Stephen, Catholic faithful all over responded positively and above all  overwhelmingly. People were moved to contribute. All the four parishes in the Diocese of Sandakan mobilized themselves, collected and send loads of bottled drinking water and provisions to the Church for those in need.
Bishop Julius (left) handing over the letter of commitment to catechist  Leo Yasoi of Holy Spirit Chapel Tomis Jaya witnessed by Fr Michael Modoit
A month later, the Diocesan Human Development Commission led by Sr Maria Dipal RGS organized a month-long Earthquake Relief Fund. A sum of RM39,350 was collected through kind parishioners from St Mary's Cathedral Parish Sandakan, St Dominic'c Parish Lahad Datu, Holy Trinity Parish Tawau and St Martin's Parish Telupid.
Bishop Julius (centre front row) with William Ginting, Chairman of the Pastoral Committee St Anthony, Kiau Bersatu (3rd right) and Fr Michael Modoit (3rd left) 
On 5th August, Bishop Julius visited and inspected three chapels at St Pius X Parish of Bindu Tuhan; Holy Spirit Chapel of Tomis Joya, St Ireneus Chapel, Kiau Nulu and St Anthony Chapel, Kiau Bersatu. Accompanying Bishop Julius was Fr Michael Modoit, the Rector of the Parish. The three chapels are badly affected by the quake and tremors. They need to be repaired and restored urgently.
Bishop Julius handing over the letter of commitment to George Sulidan
Chairman of the Pastoral Committee of St Ireneus witnessed by Fr Michael Modoit
The money has been forwarded to the Archdiocese of Kota Kinabalu for onward distribution to the three affected chapels. through St Pius X Parish of Bundu Tuhan. This gesture connects us to others with broader needs. It opens the door in building solidarity beyond our diocesan boundaries.
The Diocesan Human Development Commission would like to thank all generous parishioners for their kind donations.

Thursday, August 6, 2015

PEMBENTUKAN IMAN BELIA KOMUNITI INDONESIA GEREJA HOLY TRINITY TAWAU

Oleh Selvia Edyson - Kordinator Belia IPC
Tawau : Komuniti Indonesia merupakan antara komuniti yang mempunyai jumlah yang ramai di Gereja Holy Trinity Tawau. Pada dasarnya komuniti ini terdiri daripada para migran yang sudah bermastautin di daerah ini sejak lama dahulu. Atas keadaan ini komuniti Indonesia telah sebati dengan umat tempatan dan migran lain di Paroki ini.
Kehadiran komuniti Inodesia sama ada dikalangan para dewasa mahupun para belia banyak menyumbang kepada pertumbuhan iman di Paroki ini.
Sebagai langkah untuk mengekalkan kesinambungan pertumbuhan dan pembangunan iman dikalangan komuniti ini maka pihak ahli tertinggi dalam komuniti ini telah menganjurkan satu aktiviti yang julung kali diadakan iaitu “program GERAK” ( MOVE Program ).
Objektif program ini adalah untuk memberikan motivasi dan panduan serta mendedahkan para belia Indonesia yang baru dan lama akan peranan dan peluang untuk melayani Gereja dan sesama.
Dianggarkan lebih 150 peserta  belia  telah menyertai program ini. Turut serta dalam acara ini ialah Sister Mary Liza Augustine dan Sister Mary Anita Philip dari Kongregasi Franciscan Sister of the Immaculate Conception, ahli-ahli Legio Maria dan ahli tertinggi Komuniti Indonesia.
Program ini telah diadakan pada 2 Ogos 2015 bermula pada jam 12.30 tengah hari di Dewan Paroki Holy Trinity. Ia dimulai  dengan pendaftaran peserta, doa dan lagu-lagu pujian disusuli dengan acara “pengenalan diri“ ( ice breaking )
Antara aktiviti yang dijalankan pada masa itu adalah seperti :
  • Pengenalan secara umum tentang komuniti Indonesia di Holy Trinity yang disampaikan oleh Sdra. Gabriel Muda Pengerusi KPI
  • Tayangan Video yang berkisar kepada pelayanan Belia Indonesia di Paroki ini – Sdri.Sylvia Nona
  • Promosi dan pengenalan tentang program belia peringkat Paroki seperti YMG dan SYD yang dikendalikan oleh Kerasulan Belia Paroki
  • Pengisian Borang Kajiselidik , yang mana antara lain diperlukan dalam maklumbalas ini adalah keinginan belia untuk melayani mana-mana pelayanan yang boleh mereka sertai.

Secara keseluruhannya program ini berjaya menarik ramai belia Indonesia yang baru dan yang sedia ada untuk bersama-sama bersatu dalam pelayanan dalam komuniti dan di Gereja. Penyertaan mereka sepanjang aktiviti ini menunjukkan adanya persefahaman dan kerjasama dikalangan para belia ini.
Keperluan untuk menganjurkan program seperti ini amat memberi manfaat dari segi pertumbuhan iman dan menguatkan tali persaudaraan dalam Kristus. 
Walaupun masih terdapat ruang dan aktiviti yang boleh ditambah baik dalam usaha untuk mengekalkan kesatuan dalam komuniti ini, ia adalah satu langkah yang cukup menggalakkan. Kepercayaan dan usahasama yang ada dikalangan para ahli tertinggi mampu meneruskan budaya kesatuan dalam komuniti ini.

Program berakhir pada jam 4.00 petang dengan sesi bergambar dan doa penutup.

Sunday, August 2, 2015

Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD) 2015 - Hari Keenam

Dikumpul/susun oleh Maxwell Elity Sulaiman

KUCHING : Pada hari keenam, 19hb Julai, sesi yang terakhir adalah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) disampaikan oleh Prof Andrew Aeria, seorang profesor dari UNIMAS. Sesi ini berlangsung pada sebelah pagi.

(Michelle Cornelius berasal dari Keuskupan Sandakan, kini adalah pelajar tahun pertama di Kolej Kesihatan Bersekutu, Kuching)

What an awakening message from Prof. Dr. Andrew on how students can be a voice of change. Personally, I have no idea that AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), exist with a great history behind. It began on how two best friends courageously took a path to be the voice of the young generation. They first fought for a fair education system to all students and then leapt to a bigger step, that is having a desire to have a fair government’s system in our country. It amazed me how these people who used to be ordinary, subsequently turned out to be extraordinary setting a good example for others. 

It has shown us and had opened our eyes that certain authorities had used their power in a way to suppress the young generation from voicing out their thoughts. How ignorant! In spite of being a student at tertiary level, I have no guts at all to even ask for improvements to the facilities provided. It can be clearly seen that not all rules and regulation in any university and college are relevant and up to standard for our young and energetic generation. We need improvements to our attitude too and through this session, it really struck me that change has to start from myself first. Back in my college, the main focus is  excellent academic performance. The rest is immaterial. However, to be able to perform well, one of the criteria is to have a conducive learning environment. How can a student perform well, when basic facilities, such as tables and chairs are insufficient. 

It is a minor issue and can be easily sorted out. It is not all about tables and chairs but sending the message to the authorities to be more concern in assisting the students. It really hit me hard and encouraged me to do something about it. I believe, it struck the hearts of most participants too, as they slowly began to speak up and share their problems they encountered in their university or college. Obviously religious freedom has become a major issue in most institutes of higher learning. Dr Andrew’s response remains fresh in my head. "Yes we can do something about it, but the question is, are YOU willing and brave enough to accept the consequences of your action?" The only answer I can think of is, "if I wish to do nothing about it then who will take up the challenge?" What a great moment for me to rediscover my call in the college that God had planned for me. 

Pada sebelah petang, para peserta dalam kumpulan bercampur menghabiskan masa selama tiga jam untuk mempersiapkan persembahan masing-masing. Dalam masa yang agak terhad, kumpulan tersebut hendaklah bersetuju ke atas jenis persembahan, mengorak dan menyusun langkah, berlatih berulang kali untuk menghasilkan persembahan yang terbaik. Ia amat mencabar kerana ia melibatkan ciri-ciri kepimpinan, semangat berpasukan dan komitmen.
Rozita (kanan), merupakan pelajar tahun akhir di UMS 
Cawangan Sandakan, Batu10
Saya merupakan salah satu anggota dari kumpulan 2. Terdapat 10 orang di dalam kumpulan kami yang datang dari berbagai keuskupan, 7 dari Sarawak, 2 dari Sabah dan 1 dari Semenanjung. Walaupun berasal dari pelbagai latar belakang, kami tetap mampu berkomunikasi antara sesama atas nama Yesus Kristus. Secara ringkas, kami hanya diperuntukkan 3 jam untuk membuat persiapan bagi persembahan pada malam itu.
Pada mulanya saya ragu, sama ada 3 jam ini mencukupi atau tidak bagi kami melakukan persiapan yang memuaskan. Namun terbukti, tiada yang mustahil bagi yang percaya. Hasil usahasama setiap ahli kumpulan dan berkat bantuan roh kudus yang memberikan kebijaksanaan, segalanya berjalan dengan lancar dan kami berjaya melakukan persembahan pada malam tersebut dengan baik.
Pengajaran yang saya dapat pada hari ini adalah, "apabila anda merasa sesuatu itu tidak akan terjadi ataupun mustahil, sebenarnya itulah saat yg paling tepat untuk anda melakukan sesuatu yg terbaik di dalam hidup anda."
Fokus serta komitmen adalah kunci kejayaan bagi sesuatu.


Malam Solidariti

Pada sebelah malam, "Solidarity Night" telah diadakan. Peserta diminta untuk memakai pakaian tradisional mereka dan membuat persembahan mengikut kreativiti masing-masing. Ia adalah malam yang telah menyatukan semua, tidak kira apa bangsa dan latar belakang masing-masing. Ia juga adalah malam untuk meraikan persahabatan yang telah terjalin sepanjang MCCSD diadakan.

Saturday, August 1, 2015

NILAI CINTAKASIH WUJUD DI MISI PAITAN

Gambar dan berita oleh Omik Daniel Zullian

MISI PAITAN. 225KM dari Sandakan. Rev. Fr. Thomas Makajil selaku Rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan kini kerap melakukan lawatan pastoral ke Daerah Kecil Paitan, memandangkan bilangan stasiluar di kawasan ini semakin bertambah dan memerlukan perhatian. Kunjungan pastoral kali ini dari 24hb - 30hb Julai meliputi St. Clare Dalamas, St. Simon Timpus , St. Francis Assisi Sukang, IJM, Kg. Sokoon dan Kg. Pinangkau.

ST. CLARE DALAMAS, PAITAN.

Pewartaan Injil dalam Misa Kudus telah menyentuh tentang peristiwa mukjizat Yesus memberi makan kepada 5000 orang yang berkumpul dan membahagi-bahagikan makanan tersebut dari 5 roti dan 2 ikan. 
Perkembangan dari renungan dari Injil ini, homili Fr. Thomas telah mengaitkan perkongsian makanan antara sesama manusia buat ketika ini. Katanya suatu ketika dahulu, di kampung ini tidak perlu bimbang tentang kekurangan makanan kerana kaya dengan sumber alam, ditambah lagi sikap penduduk itu sendiri yang bermurah hati dan ingin berkongsi-kongsi makanan antara jiran. Semangat perkongsian makanan dan kerjasama yang erat merupakan nilai-nilai budaya murni yang perlu dikekalkan.
Beliau telah menyentuh tindakan yang sangat praktikal adalah peristiwa 5 Jun lalu di mana terjadinya gempa bumi di Ranau, Sabah.  Paderi paroki di sana telah meminta sumbangan air dari seluruh umat Katolik melalui text mesejnya. Dengan spontannya, beberapa buah lori yang berisi penuh bekalan air mineral telah tiba untuk menyampaikan sumbangan. Ini menunjukkan bahawa semangat keprihatinan dan kepedulian antara sesama tanpa mengira bangsa dan agama masih dan tetap diamalkan. 
Akhir sekali,  Fr. Thomas menyeru umat sentiasa saling membantu antara satu sama yang lain agar nilai cinta kasih terus wujud di kalangan kita. Beliau juga memohon agar umat berdoa buat mereka yang kurang bernasib baik.

Untuk makluman pembaca bahawa terdapat beberapa tempat di Paitan kini menghadapi masalah kekurangan bekalan air akibat kemarau panjang. Fr. Thomas mengajak umat untuk berdoa dan bersama bertindak mengatasi masalah kekurangan air tersebut. 

Sehubungan dengan itu, Komiti Misi Paitan dengan rendah hati memohon jasa baik umat membantu dalam aspek kewangan, material dan tenaga. Sekiranya ada pertanyaan silalah hubungi Fr. Thomas melalui telefon +089 ~212623, 271331 Faks: 089 272 025 (Pejabat Paroki Katedral St. Mary, Sandakan).
Umat Katolik Kg. Dalamas sedang menerima komuni
ST. SIMON TIMPUS, PAITAN.

Fr. Thomas  bergambar bersama para belia dari 
Keuskupan Melaka-Johor selepas merayakan Misa Kudus 
di Chapel St. Simon Timpus, Paitan.

Rev. Fr. Thomas menyampaikan cenderahati 
kepada ketua Komiti Umat Katolik Misi Paitan



ST. FRANCIS ASISSI PAITAN.


Acara gotong-royong selepas Misa Kudus oleh umat setempat 
di kawasan Kampung Sukang Paitan


Dr. Henry Ong dan Dr. Francis Chung serta pembantu mereka  
berada di 'Mission House' St. Francis Assisi Kg. Sukang Paitan.


Pemeriksaan tekanan darah oleh Dr. Henry Ong 

Pemeriksaan dan rawatan gigi oleh Dr. Francis Chung 

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent