|
Sebahagian daripada tim penganjur yang hadir untuk rekoleksi |
Sandakan - Pada 1 - 2 September lalu iaitu 16 hari selepas Temasya Belia Keuskupan (TBK) Sandakan yang pertama diadakan, satu rekoleksi yang santai diadakan bagi memberi ruang kepada para penganjur untuk mengalami proses 'cooling down' pada masa yang sama untuk mengimbas semula apa yang bertumbuh dan diperolehi sepanjang menjadi penganjur semasa TBK yang lalu.
Rekoleksi yang dikendalikan oleh Sr. Rusiah Garuk, fsic telah mengajak para penganjur untuk merenung apa yang mereka telah perolehi secara fikiran, perasaan, spiritual dan fizikal. Rata - rata penganjur mengongsikan kepenatan secara fizikal yang dialami semasa penganjuran TBK. Namun disebalik kepenatan itu ada kepenuhan di dalam hati. Mereka dapat merasakan bagaimana Tuhan benar - benar berkarya di dalam melaksanakan tugas mereka dengan sepenuh hati dan memberikan yang terbaik.
Pada masa yang sama mereka juga dapat merasakan pertumbuhan dari segi pengetahuan berkenaan tugas mereka dan kepimpinan yang mereka ada. Tidak dinafikan dalam sepanjang penganjuran itu ada juga situasi yang mencabar keperibadian mereka dan di dalam situasi inilah mereka belajar untuk merendahkan hati dan terus setia dalam pelayanan sehingga tamat TBK.
Selepas sesi rekoleksi, para penganjur diajak dalam sesi peneguhan iaitu "When I look back... those were the best days of my life" yang dikendalikan oleh Saudari Anna. Dalam sesi ini penganjur diingatkan akan menghargai masa lalu agar dapat maju ke hadapan dengan hati dipenuhi dengan kesyukuran. Meskipun terdapat banyak cabaran yang dilalui, semua yang berlaku mengajar setiap orang untuk belajar dan bertumbuh dari segi iman dan pengalaman serta keinginan untuk memperbaikinya.
Dalam sesi ini juga, para penganjur dibawa untuk menghargai persahabatan yang terbina. Kejayaan penganjuran TBK juga sangat berkait rapat dengan persahabatan yang akrab hasil dari cinta kasih kepada sesama. Tidak kira kesilapan dan kekurangan yang ada, masing - masing masih mengangkat teman seperjuangan mereka sebagai sahabat yang terbaik. Sesi ini diakhiri dengan memberikan 'affirmation' kepada semua yang hadir dan pemberian cenderakenangan yang berbentuk keychain tanda penghargaan.
Selesai sesi, semua penganjur meneruskan membawa rasa syukur mereka dalam misa hari Ahad di gereja St Joseph, Batu 2, Sandakan. Selesai misa, semua penganjur berarak ke Tropical Garden Trig Hill, Sandakan untuk makan malam kesyukuran. Suasana malam kesyukuran pada masa itu amat indah sekali, kerana semua merayakan kejayaan penganjuran TBK dan merayakan kasih persahabatan antara sesama. Keikhlasan untuk bersama amat dirasakan kerana masing - masing bersukacita dengan cinta kasih di dalam hati. Kedengaran tawa riang, ada yang meneruskan perkongsian dan ada yang menghiburkan. Sesungguhnya, setiap yang hadir is living the moments.
Pada 2 September 2019, pertemuan tim penganjur diteruskan dengan mesyuarat evaluasi program TBK. Dalam mesyuarat ini, masing - masing telah memberikan komen masing - masing berdasarkan kepada konsep 3S iaitu Success (Kejayaan), Shorfalls (Kelemahan / Kekurangan) dan Suggestion (Cadangan). Pertemuan yang sangat berbuah kerana masing - masing memberikan evaluasi dengan ikhlas agar penganjuran akan datang akan lebih baik.
Selesai mesyuarat, saudari Anna Teresa selaku Kordinator penganjuran TBK 2019, dengan rasminya telah membubarkan tim penganjuran TBK 2019 dengan rasminya. Semoga penganjuran TBK ini akan menjadi "the best days of their life" bukan sahaja kepada penganjur dan peserta tetapi kepada semua yang tealh terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran TBK 2019.
|
Pengumuman pembubaran Tim penganjur bagi program TBK 2019 |
|
Wajah - wajah sebahagian tim penganjur TBK (MOT, Sub - MOT, LOT dan Sub LOT), mereka adalah yang terbaik dan tidak sabar untuk penganjuran SYD 5 2020 |
|
Sebahagian MOT TBK yang hadir. Mereka juga merupakan ahli dalam Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan |
Di kesempatan ini, Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Bishop Julius Dusin Gitom dan semua paderi serta para religus di seluruh Keuskupan Sandakan di atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan untuk penganjuran Temasya Belia Keuskupan Sandakan yang pertama kali ini. Ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua ahli MPP, komiti - komiti pelayanan, KKD dan umat Paroki Sandakan yang telah turut serta secara langsung dan tidak langsung menjayakan TBK ini. Selain itu setinggi penghargaan juga diberikan kepada semua peribadi - peribadi yang telah menyumbangkan dalam bentuk kewangan, mahupun dari material dan tenaga, terima kasih banyak - banyak.
Ucapan terima kasih juga ditujukan khusus bagi Rev. Fr. David Garaman, selaku paderi penasihat bagi penganjuran TBK ini kerana kesetiaannya dalam berjalan bersama bukan sahaja dengan tim penganjur TBK akan tetapi dengan para belia seluruh Keuskupan Sandakan. Terima kasih kerana sentiasa mendengarkan para penganjur dan menuntun mereka dalam setiap langkah yang diambil dalam menjayakan program TBK ini. You are simply the best!
Akhir sekali, semoga melalui penganjuran ini Visi Keuskupan Sandakan untuk menjadi "Komuniti berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan kasih" dapat direalisasikan. Semoga kerjasama dan pelayanan ini tidak berhenti di TBK, namun akan berterusan sehingga selama - lamanya. Semoga semua apa yang dilakukan ini adalah untuk kemuliaan Tuhan yang menjadikan "the impossible, possible!" Tuhan memberkati!