Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 25, 2019

LAWATAN PASTORAL YANG MULIA USKUP JULIUS DUSIN GITOM KE KKD ST. BENEDICT

oleh : Lucy Francis 


Sandakan: Komuniti Kristian Dasar (KKD) St. Benedict telah dilawati oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom sempena Program Lawatan Pastoral  pada 18 Mac 2019. Perayaan Misa Kudus pada jam 7.30 malam telah diadakan dirumah saudara Bernardinus Jacob, salah seorang daripada  keluarga Katolik di taman perumahan Sejati. Seramai lebih kurang 60 umat KKD St. Benedict telah hadir.
Dalam homili, Bapa Uskup menerangkan bahawa pewartaan Injil hari ini menyatakan tentang musim prapaska yang menuntut agar semua umat bermurah hati. “Bermurah hati bukan hanya dalam bentuk kebendaan, tetapi juga melalui kata-kata, pandangan dan apa saja yang mendatangkan kebaikan. Walaupun sedikit kemurahan hati diberikan, tetapi rahmat Tuhan akan datang berlimpah-limpah.” Bapa Uskup turut menyentuh tentang tiga perkara semasa musim Prapaska iaitu berdoa, berpuasa dan bersedekah (amal kasih). Setiap umat diajak berdoa untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Berpuasa bukan sahaja bermaksud mengurangkan makanan dan bersederhana dalam apa sahaja bentuk, tetapi penjimatan dan simpanan yang terhasil daripada berpuasa itu nanti dapat digunakan untuk menyumbang bantuan bagi mereka yang memerlukannya. Seterusnya, Bapa Uskup mengingatkan agar bersedekah dengan hati ikhlas dan tidak mempunyai sikap menghakimi antara satu sama lain. “Dalam hidup berkomuniti, komen dan menegur antara satu sama lain biarlah dalam bentuk yang membina,” katanya lagi. Bapa Uskup mengakhiri homili dengan berharap semua umat dapat memurnikan dan memperbaharui diri agar musim Paska 2019 dapat dirayakan dengan lebih bermakna. Selepas Misa Kudus, Bapa Uskup dijemput untuk memberkati barang-barang kudus disusuli bergambar bersama. Makan malam telah disediakan oleh umat KKD St. Benedict.
Selepas makan malam, acara diteruskan dengan ucapan daripada Pn. Paulina Francis, Pengerusi KKD St. Benedict. Dalam ucapannya, beliau memanjatkan syukur kepada Tuhan atas Program Lawatan Pastoral ini dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran Bapa Uskup untuk merayakan Misa Kudus bersama umat di KKD St. Benedict. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua umat KKD yang hadir kerana telah menaruh kepercayaan dan sokongan atas perlantikannya sebagai pengerusi KKD yang baharu. Beliau memaklumkan aktiviti yang sudah dijalankan oleh umat KKD St. Benedict serta aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan. Beliau juga menitikberatkan tentang Visi Keuskupan yang menjadi Komuniti Berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan Kasih sejajar dengan Misi Keuskupan supaya memupuk penyertaaan aktif dalam gereja dengan Ekaristi sebagai sumber dan kemuncak kehidupan kristiani.
Dalam ucapan ringkas, Bapa Uskup mengajak semua umat yang hadir bahawa hiduplah dalam berkomuniti yang berpusatkan Kristus. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada umat KKD St. Benedict kerana bersedia dengan Program Lawatan Pastoral melalui pengurusan yang baik dan teratur serta koir yang mantap. Acara diakhiri dengan menyerahkan sumbangan kasih kepada Bapa Uskup. Acara selesai sekitar jam 10.30 malam.
 Sumbangan kasih disampaikan oleh Pn. Paulina Francis (Pengerusi KKD St. Benedict) dengan diiringi timbalan pengerusi KKD St. Benedict. Encik Matius Sodomon.

Saturday, March 23, 2019

RETRET PRA PASKAH, PERHIMPUNAN AGUNG KE-8 KERASULAN WANITA KATOLIK KEUSKUPAN SANDAKAN & PERAYAAN HARI WANITA SEDUNIA

Artikel: Mdm Derren /SOCCOM SDC/ Pn. Jovinia I. Justin

Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan (KWKK) sekali lagi menganjurkan program 3 dalam 1 iaitu Retreat Pra-Paska, Perhimpunan Agung Kali ke-8 dan Hari Wanita Sedunia 2019. Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah pada kali ini. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 8 – 10 Mac 2019 bertempat di My Inn Hotel Bandar Perdana, Lahad Datu. Seramai 117 orang delegasi dari setiap paroki – 16 Delegasi dari Holy Trinity, Tawau, 14 delegasi dari St. Martin, Telupid, 8 delegasi dari Our Lady of Fatima, Beluran, 22 delegasi dari St. Mary, Sandakan, 57 delegasi dari St. Dominic Lahad Datu, kecuali Misi Paitan yang tidak dapat turut serta dalam program kali ini.
Pada hari pertama, dimulakan dengan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr. Christopher Ireneus. Dalam homili, beliau mengucapkan rasa bersyukur dan tahniah kerana sekali lagi berjaya menganjurkan perhimpunan 3 dalam 1 pada tahun ini. Beliau mengajak semua perwakilan supaya lebih menghayati dan merenungkan sedalam-dalamnya tujuan para perwakilan hadir ke perhimpunan ini. Beliau juga dengan penuh harapan menyeru supaya semua ahli merenung lebih mendalam keperluan dalam pelayanann wanita masa kini yang penuh dengan cabaran dan dapat memperlihatkan penyelamatan Yesus Kristus sebagai sumber kasih kepada semua orang. Oleh kerana tiada tema khas pada perhimpunan tahun ini, Fr. Christopher meminta kepada perwakilan untuk memberi beberapa topik atau persoalan yang ingin dibincangkan bersama. Hal ini sekaligus dapat menarik perhatian para perwakilan semasa sesi-sesi yang akan diadakan, kerana semua yang bakal dibincangkan adalah isu yang dibangkitkan oleh para perwakilan sendiri.
Selepas makan malam, satu tayangan video ‘Kisah Sengsara Yesus’ telah disediakan oleh Sr. Sylvia Imbun sebagai renungan. Tayangan yang memberi fokus kepada kesengsaran Yesus dan Bonda Maria sebagai idola bagi semua wanita ini telah menyentuh hati setiap perwakilan susulan babak-babak kesengsaraan Yesus yang sangat menyayat hati. Sementara tayangan video ditayangkan, Sakramen pengakuan turut dijalankan.
Hari kedua dimulakan dengan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr. Simon Kontou, Rektor Paroki St. Dominic. Dalam homili, beliau mengingatkan semua umat untuk sentiasa memelihara kesederhanaan, memupuk kesedaran terhadap panggilan Tuhan, dan siap sedia untuk menerima teguran di dalam pelayanan. Menurut beliau, pelayanan di dalam gereja adalah sesuatu yang dituntut oleh gereja kepada setiap umat. “Sama seperti Levi (dalam Injil) berubah dari sikapnya setelah bertemu dengan Yesus dan bertobat. Kerana itu janganlah berputus asa dan tidak lemah semangat apabila menerima kritikan” tambah Fr. Simon.
Sesi Pertama bertajuk “Berjalan Bersama Bonda Maria” dikendalikan oleh Fr. Simon Kontou. Antara inti sesi ini ialah membawa perwakilan menghayati sifat-sifat Bonda Maria yang kurang bercakap tetapi banyak merenungkan kehendak Allah yang disampaikan oleh malaikat Gabriel dan menerima dengan rela akan terjadi menurut rencana Allah. Antara penginjilan yang terawal gereja yang dilakukan oleh Bonda Maria ialah berjalan melawat saudaranya dengan membawa Yesus di dalam kandungannya. Membawa kegembiraan serta mengenali Yesus di pesta perkahwinan di Kanna. Sesungguhnya dari awal misi sehingga misi terakhir Yesus di kayu salib, Bonda Maria tetap setia kepadaNya. Selesai sesi tersebut, semua perwakilan mengadakan Doa Rosari sebagai renungan dan penghormatan kepada Bonda Maria.
Sesi kedua oleh Fr. Christopher Ireneus. Di dalam sesi ini, Beliau membincangkan tentang topik atau persoalan yang telah dikemukakan diawal sesi pendaftaran sebelum ini. Antara rumusan yang dikongsikan adalah pertentangan dalam keluarga, ketidaksetiaan suami atau isteri, masalah komunikasi dengan ahli keluarga, kesukaran memaafkan, tidak mendapat sokongan dalam pelayanan gereja, masalah anak tidak memahami ibubapa dan ekonomi keluarga. HUBUNGAN DENGAN TUHAN telah menjadi tajuk sesi ini kerana hubungan baik dengan Tuhan akan membuat diri mampu menghadapi semua dugaan tersebut denga DOA. Dengan amat memahami cabaran dan masalah, Fr. Christopher menyeru supaya tekun dan setia di dalam doa. DOA adalah cara berhubung dengan Tuhan, mengongsikan serta menyatakan segala fikiran, keperluan atau keinginan kita kepadaNya.
Dalam sesi seterusnya juga oleh Fr. Christopher Ireneus sendiri. Di dalam sesi ini, beliau sekali lagi membawa perwakilan untuk mengimbas dan merenungkan kembali bentuk pelayanan yang penuh dengan cinta kasih. “Pelayanan itu adalah penginjilan dan kesaksian tentang Kristus. Bukan kita yang bekerja, tetapi Yesus yang bekerja dalam diri kita, maka setiap orang yang melihat pelayanan kita, melihat Yesus didalam diri kita” kata beliau. “Pelayanan yang baik adalah seperti “mendengar tanpa mengganggu”, “memberi tanpa bersungut”, “Memaafkan tanpa menghukum” dan “menjawab tanpa bertengkar dan berdoa tanpa henti” tambahnya lagi. Sesi ini diakhiri dengan sesi doa Kerahiman Ilahi juga sebagai persiapan untuk sakramen pengakuan.
Dalam sesi keempat pula ialah “Cabaran Wanita masa kini” telah disampaikan oleh Sr. Regina Kimung. Dalam perkongsian beliau, wanita tidak akan pernah terlepas dari bebanan dan cabaran. Ramai wanita di dunia berputus asa dan kecewa. Namun, wanita beriman masih boleh memikul beban kerana Yesus tidak pernah membiarkan wanita bersendirian. Semasa sesi ini, Sr. Regina merujuk pada nama wanita yang tercatat dalam perjanjian lama dan baru. Peranan mereka dalam perkembangan iman serta bagaimana mereka menggunakan kebijaksaan terutama Bonda Maria yang tidak Bernoda.
Ketua Penyelaras Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan, Pn. Cecelia D'Souza
Pada sebelah malam, para delegasi berkumpul lagi untuk makan malam bersama dan turut dihadiri oleh Rev Fr Simon Kontou.  Selesai sahaja makan malam, acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penyelaras KWKK Sandakan, Pn Cecelia D’Souza dan Rev. Fr. Simon Kontou selaku wakil daripada Paroki St. Dominic, Lahad Datu. Acara pemotongan kek juga turut diadakan sebagai simbolik perayaan Hari Wanita Sedunia. Persembahan koir dari setiap paroki merupakan acara pentas pada malam tersebut. Sebelum setiap persembahan dimulakan, perkongsian singkat berkaitan wanita dari seorang wakil setiap paroki turut diadakan. Buat julung kalinya, Anugerah Khas diberikan kepada para delegasi yang telah lama melayani dalam Kerasulan Wanita. Anugerah ini telah diberikan kepada Pn. Bibiana Gadisa dan Rosali Yapuan dari Paroki St Dominic, Lahad Datu, Pn Siony Fiel dan Pn Cecelia D’Souza dari Paroki St Mary’s, Sandakan, Pn Nora Nicholas dan Pn Victoria Salati dari Paroki St Martin, Telupid, Pn Theresa Kampun dan Pn Esther Bungkun dari Paroki Holy Trinity, Tawau dan seterusnya dari Paroki Our Lady of Fatimah Beluran diberikan kepada Pn. Helda Marusin dan Pn. Marayah Undin.
Pada hari terakhir dimulakan dengan Misa Kudus disusuli sarapan pagi. Perhimpunan diteruskan dengan pembentangan laporan perhimpunan KWKK yang lalu. Antara yang diperkatakan ialah mengenai pengubahsuaian dan penambahbaikan garis panduan KWKK perihal keahlian. Penetapan perhimpunan ke-9 di Paroki Our Lady of Fatima (OLOF) Beluran akan dibincangkan lagi pada mesyuarat Penyelaras Keuskupan. Fr. Christopher memaklumkan perlantikan lanjutan AJK termasuk pengerusi penyelaras perlu dikekalkan kerana pengerusi dan AJK telah memahami Misi dan Visi Diosis serta mampu membawa Misi dan Visi ini dalam pelayanan. Perhimpunan berakhir jam 12.30 tenghari dan diakhir dengan Doa pengutusan oleh Fr. Christopher sendiri.
Barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KKWK untuk tahun 2019-2021
Semasa perhimpunan dijalankan
Para Perwakilan menghadiri sesi ceramah

Friday, March 22, 2019

“RETURN TO ME WITH ALL YOUR HEART”

Reported by Susanna C
Photos by Parish Soccom Team


Sandakan – As the called by the Lord through the 1st reading of Joel 2:12-13 during Ash Wednesday, “Return to Me with all your heart”, the Star of Yahweh Covenant Community (SYCC) and in collaboration with the Parish Pastoral Committee organised a seminar entitled, Inner Healing and Transformation in St Mary Cathedral on 7th – 9th March and a followed-up session on 14th March 2019. Around 120 parishioners attended the seminar, which was delivered by invited speakers from the Light of Jesus Christ Covenant Community (LJCCC) of Archdiocese of Kota Kinabalu.    
Anthony Lim of LJCC ( Light of Jesus Covenant Community) from Archdiocese of Kota Kinabalu shared his talks about Inner Healing and transformation
On officiating the seminar, St. Mary Cathedral’s Rector Fr. David Garaman commended the committee for their initiative in organising the seminar as a marked of invitation call from the church in entering Lent season. He said such seminar will help the participants in strengthening their faith formation and was in line with the pastoral plan stated in the Vision and Mission Statements of the Diocese. He called upon the participants to take the opportunity to gain as much knowledge and applied them in their life. He hoped this will be a great awakening as well as to be transformed in order to carry out the mission of Christ in our diocese.
In the introduction of the seminar, Anthony Lim who had conducted such seminar locally and internationally immersed the participants with his talks and sharing. He pointed out that most of us need inner healing because of; who we are (God created us in His likeness and image), the way by which we have been brought up and because of the environment we were brought up have conditioned our life. Other speakers in the seminar, Daniel Kong and Bernard Liew were equally captivating the attention of the participants with their experiences in dealing with those affected with past inner wounds. Through the sessions, it helps the participants to become aware of their inner heart wounds and offer the process of healing through praying over for deliverance inside the Cathedral that conclude the 3 days seminar.
The participants who came for the seminar
Six days later, in connection with the seminar, a followed-up Talk entitled Living and Growing in Inner Healing and Transformation was held. “Attending this seminar once is not the end of it. Inner healing and Transformation is a process of gradual change and it needs to be nurtured and be allowed to grow into full maturity”, said Anthony. In order to achieve that change, he recommended steps through the scriptures quotations by Believing in faith that God has answered your prayer, Change the way you live, Stay focus in Jesus, Follow the Path of Growth, Be part of the Church Community, Build Faith in the Rock and Be docile to the Holy Spirit. Not only has the seminar helped the participants in their spiritual growth and formation of faith but also to understand of their own personality that might hold them captive in their life.

Wednesday, March 20, 2019

Fasting, Prayer and Almsgiving

Report by Soccom


Sandakan : On 6th March 2019, Ash Wednesday was celebrated simultaneously at St Mary’s Cathedral in English, St Joseph’s Church in Chinese and St Mark’s Church in Bahasa Malaysia. Ash Wednesday marks the beginning of the Lenten Season.
Rt. Rev. Julius Dusin Gitom, the Bishop of Sandakan presided over the Mass at St Mary’s Cathedral. More than two thousand faithful attended the Eucharistic celebration.
In his homily, Bishop Julius mentioned that, over a billion Catholic faithful across the world flock to the Church for Ash Wednesday, a time of grace for all of us. The prelate reminded parishioners that the season of Lent is a time of prayer, fasting and penance.  Catholics try to imitate Jesus’ withdrawal to the wilderness for 40 days in prayer and fasting also contemplating his suffering, death and resurrection.
The ashes being marked on our forehead symbolizes penance and contrition and is a reminder that God is merciful and gracious. As sinners, we ask the Lord to cleanse our hearts and renew the right spirit within us.
The season of Lent is also a time to prepare candidates for baptism through intensive instruction. The prelate called on all parishioners to lend support to the candidates in their journey of faith especially in preparation of their baptism during Easter.
The prelate touched on the three pillars of Lent that is prayer, fasting and almsgiving. Prayer is our personal relationship with God, our union with Him. It unites us with Jesus and all others in the church, His body. Fasting leads to self-control and make us realise the suffering of others. Alms giving is the response by us to God. It is an expression of gratitude for all that God has given us. It is the attitude of hearts, being humble, merciful, repentant and compassionate leading us to works of charity and the promotion of justice, an integral element of Christian life.
In conclusion, Bishop Julius quoted Pope Francis’ Lenten message for 2019.
“Let us not allow this season of grace to pass in vain. Let us ask God to help us set out on the path of true conversion. Let us leave behind our selfishness and self-absorption, and turn to Jesus’ Pasch. Let us stand beside our brothers and sisters in need, sharing our spiritual and material goods with them. In this way, by concretely welcoming Christ’s victory over sin and death into our lives, we will also radiate its transforming power to all of creation.”
At the same time, over a thousand faithful attended Eucharistic celebration at St. Mark's Church presided over by Rev. Fr. Christopher Ireneus.

Monday, March 18, 2019

BERSIAP MENUJU TEMASYA BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN 2019

Keuskupan Sandakan merupakan sebuah keuskupan yang terdiri daripada kepelbagaian kaum, bangsa dan budaya seperti Kadazan, Dusun, Murut, Indonesia, Filipino dan Cina. Selain itu ada juga umat yang berbangsa Iban dan Bidayuh. Kepelbagaian ini telah mencorak cara hidup berkomuniti di keuskupan dan merupakan satu keindahan dan keunikan di keuskupan ini.

Dalam kepelbagaian ini juga terdapat banyak talenta – talenta terutama sekali dikalangan orang – orang muda. Maka amat penting untuk memberi ruang bagi mereka mengetengahkan dan ownership talenta yang mereka ada. Ia (bakat) dianugerahkan oleh Tuhan untuk dikongsikan kepada orang lain yang lebih memerlukan terutama sekali di zaman ini kita dicabari dengan realiti – realiti yang boleh “merompak” keimanan anak – anak muda kita.

Keaslian iman Kristiani pasti akan ditelan zaman sekiranya ia (iman) tidak di ‘tanam’, di‘siram’, di‘baja’ dan dijaga dengan baik. Satu ketakutan yang nyata adalah apabila belia merasakan iman itu bukan lagi menjadi yang paling utama tapi satu pilihan. Nah apa akan jadi kepada dunia dan generasi belia akan datang? Janji manis dan keenakan yang ditaburkan oleh dunia mengaburi mata iman mereka sehingga boleh membelakangi Yesus dan ajaran gereja. Sekiranya ini berterusan maka nilai – nilai kemanusiaan akan jatuh dan ini mengancam kepada kesatuan umat dan kesatuan keluarga.

Gereja sejagat mengenali, mengetahui dan menerima akan realiti yang sedang dihadapi terutama sekali berkenaan dengan orang-orang muda. Maka gereja juga tidak putus – putus untuk mencari jalan dan mencari ‘ubat’ yang sesuai untuk ‘penyakit’ yang sedang dihadapi sejak dari dahulu sehingga ke hari ini.

Banyak usaha dan  program – program pembentukan iman yang dianjurkan oleh pihak gereja di peringkat dunia, Asia dan peringkat gereja lokal seperti World Youth Day, Asian Youth Day dan Sabah Youth Day adalah satu usaha murni bahawa tetap ada sinar harapan di hujung ‘terowong yang gelap’ bagi orang – orang muda kita.

Maka, sebagai sahutan kepada seruan dan bersatu dengan misi gereja sejagat, program Temasya Belia Keuskupan  (TBK) yang akan dianjurkan buat pertama kali sejak kewujudan Keuskupan Sandakan, releven bagi para belia untuk dijadikan satu platform dalam kehidupan mereka untuk menemukan iman dan kasih yang sejati, kerana hanya dan melalui Tuhan Yesus semua ini boleh dipenuhi. 

Selain daripada memperkasakan iman, TBK juga adalah tempat bagi belia dan umat merayakan iman, kepelbagaian budaya, bakat dan panggilan. Ia juga merupakan satu ruang bagi kesatuan para belia di Keuskupan Sandakan, medium menginspirasikan belia remaja tahun dalam pembangunan umat, pembentukan  dan persiapan khusus bagi tim Kerasulan Belia Paroki menuju SYD 5 dan mengukuhkan sense of ministry and instilling the heart of missionary dikalangan para belia.


Pada 16 Mac 2019 yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Paroki St Mary, Sandakan, satu pertemuan di antara Tim Penganjur Utama, Tim Penganjur Lokal dan wakil Majlis Pastoral Paroki diadakan untuk membincangkan lebih lanjut berkenaan program ini. Turut serta dalam mesyuarat ini adalah Rev. Fr. David Garaman, Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan merangkap Penasihat Rohani bagi program TBK ini. 

 "Apa yang boleh kami bantu?" soalan yang dikemukakan oleh pengerusi MPP, Saudara Pilis Malim di akhir mesyuarat sungguh - sungguh memberikan suntikan semangat kerana sokongan penuh yang telah ditunjukkan dan diberikan kepada belia - belia yang hadir. Meskipun, ini merupakan program belia namun, ia juga merupakan program bersama sebagai satu gereja. Semoga melalui program TBK ini, Visi Keuskupan Sandakan untuk menjadi satu Komuniti yang berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan kasih dapat dihidupi dan dicapai.



Berikut merupakan maklumat penuh berkenaan Temasya Belia Keuskupan Sandakan 2019.

Tema: "Aku ini adalah hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut Perkataan-Mu" Lukas 1:38

Objektif: 
  1. Agar belia pelbagai kaum dan budaya bersatu untuk merayakan iman sebagai seorang Katolik. 
  2. Agar belia dapat dibentuk dan diinspirasikan oleh misi Bonda Maria. 
  3. Agar belia dapat menyahut panggilan sebagai seorang missionari dan menjadi saksi - saksi Kristus di zaman ini.

Tarikh: 12 - 16 ogos 2019

Tempat: Paroki Katedral St Mary, Sandakan

Sasaran: Para Belia yang beumur 14 tahun sehingga 45 tahun

** Sila berhubung dengan koordinator Kerasulan Belia Paroki masing - masing dan bagi belia di Paitan sila rujuk koordinator Kerasulan Belia Katolik Misi Paitan.

Thursday, March 14, 2019

Saturday, March 9, 2019

“Belajar Melangkah” Permulaan SOCCOM Misi Paitan

Artikel oleh Omik

PAITAN – Kehadiran rombongan Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan (SOCCOM) telah membawa nafas baru kepada penulisan berita di Misi Paitan. Program yang bertajuk Bengkel Singkat Asas Penulisan dan Gambar telah berlangsung pada 2hb dan 3hb Mac 2019 di Pusat Misi Paitan, St. Francis of Assisi, Kg Sukang.
Sdra. Leonard Sabinus, Pengerusi Komisi SOCCOM baharu mengongsikan pengalaman beliau.
Ahli-ahli SOCCOM Paroki Katedral St.Mary, Sandakan dan Paroki St. Martin, Telupid telah mengongsikan pengalaman mereka kepada 12 orang peserta yang datang dari Chapel St. Petrus Kg. Tawanan, Chapel St. Francis Kabrini Kg. Lubang Buaya dan gereja tuan rumah sendiri iaitu Gereja St. Francis of Assisi, Kg. Sukang.
Sdra. Dalius L. Lobinjang menyampaikan sesi kepada peserta
Mantan pengerusi SOCCOM Keuskupan Sandakan, Sdra. Dalius L Lobinjang turut hadir memberikan tip perkongsian tentang penulisan artikel. Dalam sesinya, beliau mengatakan penulisan artikel dan pengambilan gambar ini bukanlah suatu perkara yang sukar, dan perlu seiring dalam pelayanan untuk memuliakan nama Tuhan Yesus. Beliau menegaskan Santo Petrus walaupun adalah seorang nelayan tetapi mampu mewartakan karya penyelamatan. Di dalam gurauan, beliau memberi semangat, “Lebih mudah kita memberitakan Kerajaan Allah sampai ke hujung dunia pada zaman sekarang melalui pen dan gambar berbanding dengan Santo Petrus seorang nelayan.” Selain daripada itu, ahli-ahli komisi Soccom yang lain juga turut mengongsikan pengalaman melalui perbincangan kumpulan dan sesi soal-jawab.
Sdra. Romeo Francis mengongsikan cara-cara untuk mengambil gambar yang betul
Rev. Fr. Thomas Makajil, Paderi Penguasa Misi Paitan dalam ucapan penutupannya, beliau berharap agar SOCCOM Misi Paitan selepas ini akan berani menyahut cabaran seterusnya mula melangkah dan tidak mudah hilang semangat. “Seperti kanak-kanak yang mula belajar berjalan, walaupun sering kali terjatuh, namun dengan usaha akhirnya dia dapat berjalan sendiri.”
Sdra. Leonard menyampaikan vest SOCCOM kepada Rev. Fr. Thomas Makajil
Berbekalkan harapan dan semangat baru ini, SOCCOM Misi Paitan akan disusuli dengan penubuhan ahli jawatankuasa seterusnya memulakan langkah demi langkah dengan memberitakan program-program yang dilaksanakan di Misi Paitan pada masa akan datang.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent