Laporan dan gambar disediakan oleh Tim Dokumentasi YPL Batch 9
|
Akhirnya, peserta - peserta YPL Batch 9 menerima sijil tanda tamat formasi selama dua minggu. |
SANDAKAN - YouthPrepLink (YPL) merupakan satu program yang diinisiatif oleh Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) pada 2005. Program ini bertujuan untuk membawa kesedaran dan pembelajaran kepada belia-belia di kawasan luar bandar. Selain itu intensi program ini adalah untuk menyediakan para belia bagi menghadapi dan menangani realiti budaya dan sosial yang dialami dalam masyarakat apabila mereka berhijrah dari luar bandar ke bandar di lokasi untuk mencari dan melanjutkan pelajaran dan pekerjaan.
Seramai 40 belia lepasan SPM dan STPM seluruh Keuskupan Sandakan telah menyertai program ini. Ini merupakan penyertaan yang agak ramai, memandangkan pengkhususan program ini adalah untuk 30 peserta. Namun, pihak penganjur membuka kuota lebih agar peluang dapat diberikan kepada mereka yang ingin dibentuk oleh Tuhan melalui sesi - sesi yang disediakan dalam program YPL ini.
Modul program ini terdiri
daripada dua peringkat. Peringkat pertama lebih menjurus kepada kesedaran
peribadi. Manakala peringkat yang ke dua lebih memfokuskan kepada kepimpinan, komuniti dan penjangkauan serta pendedahan
kepada realiti dan sosial secara lokal dan global.
Pada peringkat pertama (level 1), peserta dibawa dalam sesi - sesi mengenali diri iaitu 1. Siapakah Saya?, 2. Peralihan (transition), 3. Sexuality, 4. Hubungan Sihat lelaki dan Perempuan, 5. Sex sebelum Kahwin - Generasi kini dalam Risiko, 7. Penghijrahan Belia dan Kehidupan di Bandar, 8. Globalisasi dan Literasi Media, 9. Kepenggunaan dan Alam Sekitar, 10. Career Talk dan 11. Psiko Aspek Kerohanian.
|
Sesi Dots and Stars - Peserta diajak untuk melihat semula diri sendiri dan memberi label 'stars' untuk kejayaan, kebaikan yang ada pada diri dan ''dots' untuk kelemahan, kegagalan dan menyedihkan. |
|
Sesi berdoa |
|
Sesi Time of Life |
Selain sesi - sesi penting, para peserta juga di kongsikan dengan English Lesson. Meskipun ada peserta yang memang sudah faham berbahasa Inggeris, namun, aktiviti ini diketengahkan agar lebih meyakinkan para peserta untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk bertutur Bahasa Inggeris apabila mereka melanjutkan pelajaran di mana - mana institusi pengajian tinggi.
Pada peringkat kedua (level 2), peserta disajikan dengan sesi The Prayer, Realiti Sosial dan Ajaran Sosial Gereja, Pemerdagangan Manusia, Hak Asasi dan Hak Perlembagaan dan Memahami Agama lain. Selain daripada menerima informasi ini, para peserta akan lebih berdikari kerana mereka yang akan mengatur hal - hal seperti makan dan minum, kerja - kerja membersih, membuat Time of Life dan sebagainya. Di sinilah kepimpinan para peserta diasah.
|
Misa harian yang diselebrankan oleh Rev. Fr. David Garaman yang juga Paderi paroki Katedral St Mary Sandakan |
|
Gambar kenangan bersama Rev. Fr. David Garaman |
|
Sesi Time of Life - peserta dilatih untuk bersharing secra ringkas dan padat dalam masa yang diberikan. |
|
Program outdoor yang mencabar peserta secara fizikal dan emosi dan memerlukan teamwork dalam menyelesaikan satu - satu aktiviti. |
|
Peserta sedang berbincang dalam program outdoor |
|
Sesi Psiko Aspek Kerohanian - Peserta di bawa dalam satu aktiviti dimana mata mereka ditutup dan dibawa ke bilik yang gelap. Dalam bilik tersebut mereka perlu mencari sebatang lilin dan mancis serta menhidupkannya. Simbolik aktiviti ini adalah untuk menyedarkan para peserta pentingnya iman dan Yesus yang menerangi hidup sehari - harian. |
|
English Lesson yang disampaikan oleh para graduan YPL |
Untuk level 2 juga, para peserta dibawa kepada 'back to basic'. Mereka akan mendirikan khemah sebagai penginapan dan memasak menggunakan kayu api. Keadaan yang serba kekurangan yang mereka alami ini mengajar mereka untuk menghargai apa yang mereka ada dan bersyukur dengan kehidupan yang diberikan.
|
YPL Level 1 sudah selesai, perjalanan YPL Level 2 bermula, seawal jam 6.00 pagi, para peserta menuju ke pusat YPL level 2 di St John Baptist Kg. Telupid. |
|
Masing - masing berusaha mendirikan khemah kerana disitulah tempat mereka akan tinggal selama 7 hari. |
|
Misa Pembukaan untuk YPL level 2 yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery Garuk, selaku Paderi Paroki St Martin, Telupid. |
|
Penyampai Sesi The Prayer: Seminarian Raymond Lee |
|
Penyampai Sesi Realiti Sosial dan Ajaran Sosial Gereja Katolik: Fettwinda Sipaan |
|
Penyampai Sesi Pemerdangan Manusia: Raynold Thomas |
|
Penyampai Sesi Memahami Agama Lain : Hildy Albert |
|
Penyampai Sesi Hak Asasi dan Hak Perlembagaan: Walter Milter |
Di level 2 ini, para peserta akan menjangkau belia dan kanak - kanak serta ibu - bapa di kampung - kampung terpilih. Untuk tahun ini kampung terpilih itu adalah Kg. Sinaputan dan Kg. Mangkadait. Untuk mempersiapkan penjangkauan ini, para peserta yang telah dibahagikan kepada kumpulan penjangkauan kanak - kanak dan kumpulan penjangkauan belia, akan merancang program penjangkauan dan berlatih cara penyampaian sesi - sesi mereka. Dalam latihan penjangkauan ini, mereka telah dicabari oleh lakonan mantap para penganjur (graduan) sebagai kanak - kanak dan belia. Lakonan mereka adalah berdasarkan kepada pengalaman yang mereka (graduan) alami apabila menjangkau semasa batch mereka masing - masing. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi keyakinan dan menjadikan mereka penjangkau yang bersifat kasih kerana itulah yang ingin dicapai dalam penjangkauan iaitu meninggalkan pengalaman kasih Kristus dalam setiap hati ibu - bapa, belia dan kanak - kanak yang dijangkau.
|
Latihan untuk penjangkauan belia. |
|
Latihan untuk penjangkauan kanak - kanak. |
|
Aktiviti Row - Row - Row your boat ~ Tim Penjangkauan kanak - kanak dan Tim penjangkauan Belia perlu berada di atas kayu (tidak lurus) yang telah disedia dan perlu 'mengayuh' kayu itu sehingga destinasi yang di tentukan oleh penganjur. Aktiviti ini mengajar para peserta untuk selalu bersatu, mendengar antara satu dengan lain, hormat - menghormati dan semangat menghabiskan misi sehingga akhirnya. |
|
Para peserta mengadakan mesyuarat Majlis YPL Batch 9 berkenaan tugasan harian dan persiapan penjangkauan. |
Pengalaman selama dua minggu ini, telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada para peserta untuk merenung akan keperibadian dan keimanan mereka sebagai seorang belia. Malah telah mewujudkan suasana keluarga yang akrab, sama - sama menangis, sama - sama ketawa, sama - sama dicabar dan sama - sama mendukung antara satu dengan yang lain. Inilah yang dikatakan sebagai 'Home is where the heart is'.
|
Peserta YPL batch 9 yang siap untuk menjangkau. |
|
Tim Penjangkauan kanak - kanak bergambar kenangan bersama kanak -kanak Kg. Mangkadait Telupid. |
|
Tim Penjangkauan belia bergambar kenangan bersama dengan belia - belia Kg. Mangkadait Telupid. |
|
Gambar kenangan bersama umat yang dijangkau di Kg. Sinaputan Telupid. |
|
Destinie Alexander merupakan Pengerusi bagi peserta YPL Batch 9 sedang memberikan penerangan berkenaan YPL. |
|
Antara gelagat ahli Tim penjangkauan kanak - kanak bersama dengan kanak - kanak yang dijangkau. |
Semoga dalam program YouthPrepLink ini mereka, sama seperti graduan - graduan yang lain dapat belajar dan mengalami pengalaman yang dapat membantu diri mereka untuk menjadi orang yang baik dan semoga mereka dapat menggunakan pengalaman yang YPL apabila melanjutkan pelajaran di menara gading.
|
Rekoleksi bersama selepas dua hari penjangkauan semua peserta dan penganjur dalam merenungkan perjalanan dan pengalaman disepanjang program YPL ini. |
|
Misa penutupan program YPL Batch 9 yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery Gabuk. |
|
Wajah - wajah pemimpin belia generasi kini dan esok. |
No comments:
Post a Comment