Sandakan: Telah menjadi satu amalan bagi KKD St. Teresa of Calcutta, Indah Jaya membawa kegembiraan dan semangat Natal kepada sekurang-kurangnya satu keluarga yang memerlukan dalam masyarakat semasa musim adven. Mesej Adven telah mengajak kita untuk membuka hati kita, mempedulikan orang lain, menggalakkan satu sama lain untuk melakukan amal dan kerja yang baik.
Gambar bersama
keluarga Puan Winnie
Pada tahun ini, warga KKD St. Teresa of Calcutta, Indah Jaya telah menziarahi
seorang ibu tunggal yang tinggal di kawasan Taman Indah Jaya pada 8hb Disember 2018. Puan Winnie Tay, seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak kini tinggal bersama dua orang anak yang masih bersekolah. Manakala yang lain menetap di Kota Kinabalu.
Membaiki lampu di dalam tandas
Ahli menyusun dan membuang sampah
Hasil dari lawatan tersebut, warga KKD St.
Teresa of Calcutta telah mengambil inisiatif untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan rumah serta kerja-kerja pembaikan
Kerja membaiki
lampu di luar rumah
Harapan mereka agar amalan ini dapat dijalankan lagi pada tahun-tahun seterusnya agar dapat menjangkau lebih banyak keluarga yang serba kekurangan serta memerlukan.
Kerja memasang
paip sedang dilakukan
Ahli
membersihkan perkarangan rumah
No comments:
Post a Comment