Dikumpul, disusun
dan diolah semula oleh Girald Palipus
Program Youth Prep-Link atau lebih
di kenali sebagai YPL telah di adakan di Keuskupan Sandakan pada 02 – 15
Januari 2019. Penganjuran YPL kali ke-9 pada kali ini telah membawa pulang seramai lebih kurang 45 orang
graduan YPL dari Batch pertama hingga Batch yang ke-8 bagi membantu dalam
penganjuran program ini. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada
beberapa Volunteers yang membantu sepanjang program ini.
Alfredsius
Albert Jab, Gereja Holy Trinity, Tawau. (Batch 8)
Sepanjang penglibatan saya sebagai
Volunteer bagi penganjuran YPL9 ini saya berasa teruja dan gembira dapat berjumpa
dan berkumpul semula dengan para graduan yang lain. Pengalaman berharga saya
bagi penganjuran ini dimana saya dapat merasakan cinta kasih Tuhan melalui
peribadi setiap peserta. Memikul tugasan sebagai salah satu tim logistik adalah satu perkara yang
saya tidak akan lupakan kerana banyak yang saya telah pelajari bagi
mengembangkan potensi diri dalam pelayanan dalam mana-mana komiti yang akan
saya ikuti pada masa akan datang. Bekerjasama dan saling menyokong antara satu
sama yang lain dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan kami yang telah
terbina sebelum ini. Tidak lupa juga suka dan duka yang kami kongsikan bersama
menjadi salah satu pembakar semangat saya untuk terus melayani sebagai
volunteer pada YPL9 ini. Saya dapat merasakan yang panggilan Tuhan terhadap
saya pada penglibatan saya pada kali ini ialah untuk terus bertumbuh dan
sekaligus menjadi alat-Nya bagi membantu membentuk setiap peribadi belia serta
terus melayani kerana saya sedar yang tuaian memang banyak namun pekerjanya
sedikit, dan itulah yang mengingatkan saya untuk terus berkerja di ladangNYa Tuhan. Saya berharap agar lebih ramai belia lepasan
sekolah akan membukakan hati untuk dibentuk di sini sebelum terdedah pada dunia
luar yang sangat mencabar. Program YPL ini sangat membantu dalam pembentukkan
iman dan sahsiah diri, keyakinan dan disiplin diri serta dapat lebih mengenali
diri sendiri. Jadi akhir kata dari saya, semoga kita berjumpa di penganjuran
YPL seterusnya iaitu YPL Batch 10 pada tahun hadapan.
Shallom semua. Saya ingin
mengongsikan sedikit pengalaman saya melalui penglibatan saya dalam
penganjuran program YPL9 ini.
Pertama-tama sekali, saya berasa bersyukur sekali kerana dapat mengikuti
program YPL9 ini sebagai volunteer, kerana saya tahu ada ramai lagi graduan
yang lain yang ingin mengikuti penganjuran ini namun tidak mempunyai kesempatan
untuk pulang. Bermacam-macam perasaan
yang saya rasakan sewaktu pulang membantu
di YPL9 ini. Yang paling saya rasakan ialah saya diterima dalam keluarga besar YPL
ini dan saya berasakan yang saya di sayangi sebagaimana layaknya keluarga
saling sayang menyayangi antara satu sama yang lain. Pengalaman berharga di
YPL9 ini sebagai volunteer ialah di mana saya berasa diterima oleh para
peserta dan mereka berasa selesa berkawan dengan saya dan juga menghormati saya
seadanya. Saya juga suka untuk mendengarkan perkongsian mereka sekaligus saya
dapat mengimbas kembali pengalaman sewaktu saya masih peserta sebelum ini dan
melalui perkongsian pesertalah saya mendapat pengajaran bagi diri sendiri untuk
membantu mereka yang memerlukan. Melalui penglibatan saya sebagai volunteers,
saya merasakan Tuhan mahu saya untuk lebih merendahkan diri dan lebih dapat
untuk menerima orang di sekeliling. Bah
akhir dari saya, saya berharap agar anda sekalian(para belia) ambillah peluang
ini untuk turut serta dalam keluarga
YPL, kerana di sini kita dapat
membina sikap yang baik, memperbaiki diri ke arah lebih baik dan lebih bersedia
untuk keluar dari zon selesa kepada dunia yang makin mencabar. Carilah sahaja
kami disini,sebagai abang dan kakak anda semua. Dan percayalah You are special and You are stronger than
you’ll ever think.
Shallom semua yang seiman dalam
Kristus Tuhan. Disini saya ingin mengongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya
semasa menjadi sebahagian daripada penganjuran program YPL9 pada kali ini.
Program YPL pada kali ini membuat saya berasa lega disebabkan saya dapat
menenangkan diri sedikit sebanyak daripada kesibukan tugasan seharian dan juga
dapat mengubat sedikit kerinduan untuk melayani bersama-sama dengan keluarga
YPL yang lain. Dapat mengenali peribadi setiap peserta dengan lebih mendalam
dan mencipta satu ikatan yang erat dengan mereka merupakan suatu pengalaman
yang berharga yang saya akan kenang untuk masa yang lama. Berkongsi pengalaman
dengan lebih ramai belia yang jauh berada di kawasan pedalaman melalui
penjangkauan sekaligus membantu mereka dalam pembentukan diri dan iman juga
memberikan suatu kepuasan pada diri saya sendiri. Ada masanya saya merenung
tentang apakah penggilan Tuhan pada saya melalui penglibatan di sepanjang
penganjuran YPL pada kali ini, dan saya merasakan bahawa Tuhan mahukan saya
untuk teruskan pelayanan saya sebagai seorang belia dan menjalinkan pesaudaraan
bersama-sama dengan para belia yang lain terutamanya yang sudah lama tidak pulang ke rumah Bapa(Gereja). Demikian
sajalah perkongsian dari saya, dan untuk para belia di luar sana; Strive to put yourself in your fullest
potential, don’t limit yourself.
Saya berasa amat diberkati apabila
saya diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi sebahagian daripada
penganjuran program YPL9 ini. Dalam perjalanan pulang ini saya berasa sangat gembira dan sangat teruja di mana saya
dapat bertemu kembali dengan para graduan yang lalu dan melepaskan kerinduan
saya kepada keluarga YPL ini. Banyak yang telah saya pelajari dalam penganjuran
YPL sebelum ini jadi kini saya kembali pulang untuk menyumbangkan segala ilmu
yang sudah saya terima sebelum ini. Dan yang paling penting bagi saya adalah
saya dapat refreshkan diri saya setelah
lama tidak pulang ke rumah(YPL). Bagi saya pengalaman pada
YPL9 ini adalah pengalaman baru dimana kami menerima koordinator YPL yang
baharu dan koordinator sebelum ini iaitu saudari Anna Teresa Peter Amandus
hanya mengambil tugas sebagai pendamping sahaja. Justeru itu saya turut belajar
bagaimana untuk mengikuti proses protokol. Di YPL9 ini juga saya merasakan
yang Tuhan memanggil saya untuk menyertai sekali lagi program ini, kerana ingin
saya lebih bersifat merendahkan diri dengan tidak menghakimi peribadi para
peserta yang datang menyertai YPL ini. Para peserta ini datang dengan pelbagai
bebanan dan luka dalaman yang selama ini menghambat mereka, jadi saya berasakan
yang saya patut menunjukkan cinta kasih agar mereka dapat merasakan bahawa diri
mereka masih ada yang sayang serta make
them feel belong. Jadi kepada belia yang bakal atau ingin menyertai YPL
yang akan datang suka saya ingatkan bahawa janganlah terlalu menjangkakan apa yang akan berlaku. Saya tahu
ada belia yang mungkin sudah mendengarkan perkongsian daripada para graduan YPL
yang lain namun berlapang dadalah sahaja dan datanglah dengan hati yang terbuka
untuk di bentuk. Akhir kata, saya berharap kita dapat berjumpa di YPL Batch 10
yang akan datang. God bless you all.
Shallom kawan-kawan belia semuanya.
Mengikuti penganjuran program YPL9 pada kali ini merupakan suatu keputusan yang
terbaik saya buat. Dengan kesibukan diri sebagai pelajar, saya terpaksa
membahagi-bahagikan masa saya. Namun begitu saya masih berasa bersyukur dan
sangat terharu kerana masih diberikan peluang untuk kembali pulang dan melayani dalam keluarga YPL
ini. Banyak kesukaran yang melanda untuk saya pulang pada kali ini, namun saya hanya mengingatkan diri saya
dengan suatu prinsip iaitu; Untuk pergi
dan berbuat sesuatu itu kita tidak sepatutnya menunggu untuk merasa di layakkan
namun kita hanya perlukan kesanggupun untuk melakukannya. Melalui YPL9 ini saya merasakan kesatuan dan
kasih sayang antara sesama volunteers yang lain. Ditambah lagi dengan kepulangan
beberapa graduan lain yang datang
membantu walaupun program sudah hampir habis, dan kehadiran mereka menambahkan
lagi perasaan cinta kasih sebagai sebuah keluarga YPL. Melalui penglibatan saya
ini, saya dapat merasakan yang Tuhan sedang mengajar saya untuk lebih bersabar
menghadapi cabaran dan selalu mengingatkan saya bahawa sesukar mana pun perjalanan
hidup ini namun saya masih mempunyai sebuah rumah
dan sebuah keluarga iaitu keluarga
YPL ini. Jadi, bagi adik-adik belia yang bakal menyertai YPL Batch 10 nanti,
ingatlah bahawa kita tidak perlu menjadi layak untuk melakukan atau memiliki
sesuatu namun apa yang perlu ialah kesanggupan diri untuk melakukannya. Terima
YPL, kerana memori indah bersama keluarga ini akan saya ingati sampai
bila-bila.
Shallom semua warga YPL sekalian. Setiap
penganjuran YPL pada tiap tahun akan mendatang penglaman dalam diri yang
berbeza-beza. Dan pada penganjuran YPL kali ke-9 ini adalah yang sangat
mencabar bagi diri saya sendiri dimana saya telah terpanggil untuk melayani
dalam keluarga YPL ini sebagai koordinator yang mana sebelum ini adalah di bawa
pimpinan saudari Anna Teresa Peter Amandus. Tidak ada perasaan lain selain
berasa teruja dengan tugas baharu sebagai koordinator dan juga bersyukur
kerana masih dapat berkumpul dengan para graduan YPL yang lain
sebagai sebuah keluarga besar. Dapat mengenali seramai 38 wajah baharu para
peserta YPL9 ini yang kini telah menjadi sebahagian dari keluarga besar YPL ini
merupakan suatu pengalaman manis lebih-lebih lagi mereka di bentuk dalam
program YPL pimpinan saya sendiri. Penganjuran YPL kali ini, saya merasakan
yang Tuhan mahukan saya untuk membantu lebih ramai lagi belia di luar sana yang
masih perlukan bantuan tidak kira dari segi apapun. Pelayanan kali ini
mengingatkan saya pada suatu filem yang pernah saya tonton iaitu ‘Hacksaw Ridge’ dimana suatu petikan ayat dari filem tersebut
menjadi pegangan dalam pelayanan saya, dan ianya ialah ‘Lord, help me get one more’. Okeylah, akhir dari dari saya untuk
anda semua, ingatlah bahawa anda tidak bersendirian. And remember to come HOME
because HOME IS WHERE THE HEART IS.
Jadi ingatlah untuk pulang dan temuilah
keluarga YPL kita, dan hanya kitalah yang boleh lakukan perubahan untuk jadikan
diri kita menjadi versi yang terbaik. Terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang telah saya terima dalam keluarga YPL selama ini.
No comments:
Post a Comment