Foto oleh SOCCOM Lahad Datu
LAHAD DATU – 16 Disember 2018 merupakan hari di mana cahaya Kristus menerangi dan diiringi dengan lagu-lagu natal dalam menantikan sambutan hari kelahiran Raja Damai kita iaitu Yesus Kristus.
Seramai 33 Wakil KKD turut bersiap sedia dengan lagu persembahan natal mereka yang cukup menghidupkan suasana di dewan terbuka gereja ini. Walaupun Karol Natal kali ini, kedua-dua Rektor Paroki tidak dapat menghadirinya atas sebab masih berada di outstasi bagi upacara sakramen pengakuan dosa, namun semua itu tidak menjadi penghalang bagi warga St. Dominic untuk sama-sama menghidupi Carol by Candlelight tahun ini.
Saudara Willie Binati
Carol by Candlelight dimulakan dengan doa pembukaan oleh Saudara Patrick Chong dan bacaan Injil oleh Saudara Willie Binati. Bacaan Injil dipetik dari Santo Lukas 3:16 yang turut memberitakan kepada warga Kristian bahawa kehadiran Yesus akan membaptiskan kita dengan Roh Kudus dan api.
Nostalgiknya setiap tahun Carol by candlelight diadakan, para umat tidak pernah berhenti untuk terus memberikan persembahan yang cukup indah dalam menyanyikan lagu natal dan puji-pujian. Hal inilah yang menyatukan para umat untuk berkumpul bersama untuk menjayakan upacara ini setiap tahun.
Setelah selesai persembahan Karol natal dari setiap KKD, nyalaan lilin memenuhi setiap ruang di dewan terbuka Gereja memberi penghormatan akan bakal kelahiran Raja damai kita. Doa penutup telah dipimpin oleh Sr. Evelin Tivit.
Kelahiran Yesus Kristus merupakan saat yang dinantikan oleh setiap umat kerana itu bersorak-sorailah atas kehadiran penyelamat kita.
No comments:
Post a Comment