Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 5, 2019

Mini Karnival Krismas Penutup Acara Tahunan Umat Di Paroki St. Martin Telupid.

oleh Girald Palipus

Telupid – Mengambil tema dari perayaan Misa Kudus pada hari tersebut iaitu Pesta Keluarga Kudus, Kerasulan Belia Paroki St. Martin, dengan usaha sama dari pihak Majlis Pastoral Paroki telah berjaya menganjurkan Mini Karnival sempena dengan hari Natal yang telah lalu. Mini Karnival yang diadakan pada 30 Disember 2018 bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung serba sedikit perbelanjaan program Youth Preplink kali ke-9 yang akan bermula pada 2 Januari 2019 sekaligus  menjangkau keluarga katolik yang berada di sekitar kawasan Paroki St. Martin Telupid.
Terdapat ramai belia beserta umat yang datang dengan keluarga masing-masing  memeriahkan lagi mini karnival tersebut walaupun masing-masing masih mempunyai komitmen yang berlainan. Acara mini karnival tersebut bermula sekitar jam 2 petang dengan pendaftaran dan taklimat para peserta. Sejurus selepas itu acara sukaneka seperti boling kelapa, tiup tepung, tiup belon dan isi air dalam botol telah dijalankan. Pertandingan permainan elektronik iaitu Mobile Legend turut dijalankan.
Rev. Fr. Stanley
Acara mini karnival bersambung semula pada sebelah malam bermula dari jam 7.30 malam dengan ucapan pengerusi penganjur mini karnival iaitu saudara Jornelius Francis Sales dan juga ucapan daripada Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, Telupid iaitu saudara Roger Sebastian Enti. Seterusnya acara jamuan makan malam secara pot luck yang  didahului doa makan oleh Rev. Fr. Stanley.
Pertandingan karaoke daripada peserta memeriahkan dan menghangatkan lagi suasana mini karnival ini. Selain itu, para umat yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan akustik dari kumpulan De’ Trips Band yang dianggotai oleh belia daripada St. Martin, Telupid. Selepas itu, penyampaian hadiah bagi para pemenang acara sukaneka.  Mini karnival ini menutup tirai tepat jam 10 malam dengan doa dari Romo Anthonius. Pihak penganjur berterima kasih atas sokongan yang diberikan dan berjanji akan memberikan yang terbaik pada masa yang akan datang jika diberikan peluang lagi untuk menganjurkan mini karnival seperti ini.

2 comments:

  1. mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add black.berry pin 58CD292C.
    WwW-AJoQQ club-c0m | bonus rollingan 0,3% | bonus referral 20% | minimal deposit 15000

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent