Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 30, 2019

PERHIMPUNAN PARA PERWAKILAN KALI KE-2 KEUSKUPAN SANDAKAN


Perhimpunan Para Perwakilan Kali Ke - 2 Keuskupan Sandakan akan diadakan pada 31 Januari sehingga 2 Februari 2019 di Dewan Konferensi Keuskupan Sandakan. Perhimpunan pada kali ini akan menjangkakan kehadiran seramai 130 perwakilan dari seluruh Keuskupan Sandakan termasuk para Paderi, Religus dan pemimpin umat awam. 

Perhimpunan ini akan merangkumi rekoleksi khusus kepada para perwakilan, sesi - sesi, perkongsian, laporan setiap paroki dan di akhir perhimpunan akan diadakan pelancaran Tahun Misi Luar Biasa 2019 bagi Keuskupan Sandakan.

Semoga Tuhan memberkati perhimpunan ini dan semoga semuanya berjalan dengan baik. sukses dan menghasilkan buah yang baik bagi semua yang hadir dan juga bagi seluruh Keuskupan Sandakan.

Saturday, January 19, 2019

Diaconate Ordination of Seminarian Dafrinn Diwol

By SOCCOM Tawau

The laying of hands performed by Bishop Julius assisted by seminarians Arthur John (left) and Stephen Esquara (right) as seminarian Dafrinn is ordained to diaconate - Carlos George (SOCCOM)
Tawau : It was a special New Year and a proud moment for parents, the late Diwol Sundaling from Tenom and Helda Laurencius from Papar as their third child, Seminarian Dafrinn Diwol was ordained deacon on January 1, 2019.

The rite of ordination, presided over by Rt. Rev. Julius Dusin Gitom, Bishop of Sandakan took place in between the Liturgy of the Word and the Liturgy of the Eucharist. The auspicious occasion was held at Holy Trinity Catholic Church which was fully packed. Msgr Nicholas Ong, the parish priest was pleased with the huge turnout of faithful.

Presence during the Diaconate Ordination were the 10 Diocesan priests from the five parishes and the Paitan Mission in the Diocese of Sandakan, a lecturer from St. Peter's College (major seminary), Fr Francis Dakun from Keningau Diocese, Romo Antonius from Indonesia, 11 seminarians of the Diocese of Sandakan, 12 FSIC Sisters (3 from KK and 9 from the Diocese of Sandakan).

Born in Sandakan on November 24, 1980, Dafrinn who has two brothers and four sisters, attended preschool at Tadika Ming Chung, Sandakan, primary school at S.K. Gum Gum, Sandakan (1987-1992), secondary school at S.M.K. Gum Gum, Sandakan (1993-1997).

Before aspiring to become a priest, he journeyed from the Forestry Department to an Insurance Company and culinary before finally answering the call to serve the Lord.

Prior to his call, Dafrinn worked with the Deramakot Forest Reserve, Telupid, Sabah (1998), as life Insurance agent with MAA Insurance, Sandakan (1999) and took a course in Culinary Art at Asian Tourism Institution, Kota Kinabalu (1999).

In 2000 - 2002, he worked as a kitchen apprentice with Hyatt Regency Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah and from there as forest research assistant at Forestry Research Centre, Sepilok, Sandakan, Sabah (2003-2008).

His formation started in 2009 at the Catholic Diocesan Centre (English Year) and was initiated in 2010 at the Minor Seminary, Kota Kinabalu.

In 2011-2012, he took his philosophy year and in 2013-2016 for his theology year at St. Peter’s Major Seminary College, Kuching, Sarawak.

From there Dafrinn started his Ministry of Lector on 4th November 2013, Ministry of Acolyte on 3rd November 2014.
The laying of hands performed by Bishop Julius assisted by seminarians Arthur John (left) and Stephen Esquara (right) as seminarian Dafrinn is ordained to diaconate - photo by Jerome Lim (SOCCOM)
For his pastoral observation, he was assigned to the Children’s Liturgy, Legion of Mary (2011). He made compassionate visit to the Cheshire Home, Hospital Sentosa, and the Cancer Ward Hospital Kuching (2012).

His Pastoral Immersion was at the Youth Ministry, Kg. Krokong, Bau, Sarawak (2013). St. Martin, Telupid (2014), St. Dominic, Lahad Datu (2015), Clinical Pastoral Education, Assunta Hospital, Petaling Jaya (2016) and Holy Trinity, Tawau in 2018.

Thursday, January 17, 2019

PERKONGSIAN DARI SUKARELAWAN BAGI PENGANJURAN YPL BATCH 9 2019


Dikumpul, disusun dan diolah semula oleh Girald Palipus

Program Youth Prep-Link atau lebih di kenali sebagai YPL telah di adakan di Keuskupan Sandakan pada 02 – 15 Januari 2019. Penganjuran YPL kali ke-9 pada kali ini telah membawa pulang seramai lebih kurang 45 orang graduan YPL dari Batch pertama hingga Batch yang ke-8 bagi membantu dalam penganjuran program ini. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada beberapa Volunteers yang membantu sepanjang program ini.


Alfredsius Albert Jab, Gereja Holy Trinity, Tawau. (Batch 8)
Sepanjang penglibatan saya sebagai Volunteer bagi penganjuran YPL9 ini saya berasa teruja dan gembira dapat berjumpa dan berkumpul semula dengan para graduan yang lain. Pengalaman berharga saya bagi penganjuran ini dimana saya dapat merasakan cinta kasih Tuhan melalui peribadi setiap peserta. Memikul tugasan sebagai salah satu tim logistik adalah satu perkara yang saya tidak akan lupakan kerana banyak yang saya telah pelajari bagi mengembangkan potensi diri dalam pelayanan dalam mana-mana komiti yang akan saya ikuti pada masa akan datang. Bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama yang lain dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan kami yang telah terbina sebelum ini. Tidak lupa juga suka dan duka yang kami kongsikan bersama menjadi salah satu pembakar semangat saya untuk terus melayani sebagai volunteer pada YPL9 ini. Saya dapat merasakan yang panggilan Tuhan terhadap saya pada penglibatan saya pada kali ini ialah untuk terus bertumbuh dan sekaligus menjadi alat-Nya bagi membantu membentuk setiap peribadi belia serta terus melayani kerana saya sedar yang tuaian memang banyak namun pekerjanya sedikit, dan itulah yang mengingatkan saya untuk terus berkerja di ladangNYa Tuhan.  Saya berharap agar lebih ramai belia lepasan sekolah akan membukakan hati untuk dibentuk di sini sebelum terdedah pada dunia luar yang sangat mencabar. Program YPL ini sangat membantu dalam pembentukkan iman dan sahsiah diri, keyakinan dan disiplin diri serta dapat lebih mengenali diri sendiri. Jadi akhir kata dari saya, semoga kita berjumpa di penganjuran YPL seterusnya iaitu YPL Batch 10 pada tahun hadapan.


Jacynth Christine Glenmarie Silveo, Katedral St. Mary, Sandakan. (Batch 8)
Shallom semua. Saya ingin mengongsikan sedikit pengalaman saya melalui penglibatan saya dalam penganjuran  program YPL9 ini. Pertama-tama sekali, saya berasa bersyukur sekali kerana dapat mengikuti program YPL9 ini sebagai volunteer, kerana saya tahu ada ramai lagi graduan yang lain yang ingin mengikuti penganjuran ini namun tidak mempunyai kesempatan untuk pulang. Bermacam-macam perasaan yang saya rasakan sewaktu pulang membantu di YPL9 ini. Yang paling saya rasakan ialah saya diterima dalam keluarga besar YPL ini dan saya berasakan yang saya di sayangi sebagaimana layaknya keluarga saling sayang menyayangi antara satu sama yang lain. Pengalaman berharga di YPL9 ini sebagai volunteer ialah di mana saya berasa diterima oleh para peserta dan mereka berasa selesa berkawan dengan saya dan juga menghormati saya seadanya. Saya juga suka untuk mendengarkan perkongsian mereka sekaligus saya dapat mengimbas kembali pengalaman sewaktu saya masih peserta sebelum ini dan melalui perkongsian pesertalah saya mendapat pengajaran bagi diri sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan. Melalui penglibatan saya sebagai volunteers, saya merasakan Tuhan mahu saya untuk lebih merendahkan diri dan lebih dapat untuk menerima orang di sekeliling.  Bah akhir dari saya, saya berharap agar anda sekalian(para belia) ambillah peluang ini untuk  turut serta dalam  keluarga  YPL,  kerana di sini kita dapat membina sikap yang baik, memperbaiki diri ke arah lebih baik dan lebih bersedia untuk keluar dari zon selesa kepada dunia yang makin mencabar. Carilah sahaja kami disini,sebagai abang dan kakak anda semua. Dan percayalah You are special and You are stronger than you’ll ever think.


Kristen Kletus Muyuk, Gereja St. Dominic, Lahad Datu.(Batch 7)
Shallom semua yang seiman dalam Kristus Tuhan. Disini saya ingin mengongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya semasa menjadi sebahagian daripada penganjuran program YPL9 pada kali ini. Program YPL pada kali ini membuat saya berasa lega disebabkan saya dapat menenangkan diri sedikit sebanyak daripada kesibukan tugasan seharian dan juga dapat mengubat sedikit kerinduan untuk melayani bersama-sama dengan keluarga YPL yang lain. Dapat mengenali peribadi setiap peserta dengan lebih mendalam dan mencipta satu ikatan yang erat dengan mereka merupakan suatu pengalaman yang berharga yang saya akan kenang untuk masa yang lama. Berkongsi pengalaman dengan lebih ramai belia yang jauh berada di kawasan pedalaman melalui penjangkauan sekaligus membantu mereka dalam pembentukan diri dan iman juga memberikan suatu kepuasan pada diri saya sendiri. Ada masanya saya merenung tentang apakah penggilan Tuhan pada saya melalui penglibatan di sepanjang penganjuran YPL pada kali ini, dan saya merasakan bahawa Tuhan mahukan saya untuk teruskan pelayanan saya sebagai seorang belia dan menjalinkan pesaudaraan bersama-sama dengan para belia yang lain terutamanya yang sudah lama tidak pulang ke rumah Bapa(Gereja). Demikian sajalah perkongsian dari saya, dan untuk para belia di luar sana; Strive to put yourself in your fullest potential, don’t limit yourself.


Roynner Patrick Assang, Katedral St. Mary, Sandakan.(Batch 6)
Saya berasa amat diberkati apabila saya diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi sebahagian daripada penganjuran program YPL9 ini. Dalam perjalanan pulang ini saya berasa sangat gembira dan sangat teruja di mana saya dapat bertemu kembali dengan para graduan yang lalu dan melepaskan kerinduan saya kepada keluarga YPL ini. Banyak yang telah saya pelajari dalam penganjuran YPL sebelum ini jadi kini saya kembali pulang untuk menyumbangkan segala ilmu yang sudah saya terima sebelum ini. Dan yang paling penting bagi saya adalah saya dapat refreshkan diri saya setelah lama tidak pulang ke rumah(YPL). Bagi saya pengalaman pada YPL9 ini adalah pengalaman baru dimana kami menerima koordinator YPL yang baharu dan koordinator sebelum ini iaitu saudari Anna Teresa Peter Amandus hanya mengambil tugas sebagai pendamping sahaja. Justeru itu saya turut belajar bagaimana untuk mengikuti proses protokol. Di YPL9 ini juga saya  merasakan yang Tuhan memanggil saya untuk menyertai sekali lagi program ini, kerana ingin saya lebih bersifat merendahkan diri dengan tidak menghakimi peribadi para peserta yang datang menyertai YPL ini. Para peserta ini datang dengan pelbagai bebanan dan luka dalaman yang selama ini menghambat mereka, jadi saya berasakan yang saya patut menunjukkan cinta kasih agar mereka dapat merasakan bahawa diri mereka masih ada yang sayang serta make them feel belong. Jadi kepada belia yang bakal atau ingin menyertai YPL yang akan datang suka saya ingatkan bahawa janganlah terlalu  menjangkakan apa yang akan berlaku. Saya tahu ada belia yang mungkin sudah mendengarkan perkongsian daripada para graduan YPL yang lain namun berlapang dadalah sahaja dan datanglah dengan hati yang terbuka untuk di bentuk. Akhir kata, saya berharap kita dapat berjumpa di YPL Batch 10 yang akan datang. God bless you all.


Lydiana Kantiu, Katedral St. Mary, Sandakan.(Batch 5)
Shallom kawan-kawan belia semuanya. Mengikuti penganjuran program YPL9 pada kali ini merupakan suatu keputusan yang terbaik saya buat. Dengan kesibukan diri sebagai pelajar, saya terpaksa membahagi-bahagikan masa saya. Namun begitu saya masih berasa bersyukur dan sangat terharu kerana masih diberikan peluang untuk kembali pulang dan melayani dalam keluarga YPL ini. Banyak kesukaran yang melanda untuk saya pulang pada kali ini, namun saya hanya mengingatkan diri saya dengan suatu prinsip iaitu; Untuk pergi dan berbuat sesuatu itu kita tidak sepatutnya menunggu untuk merasa di layakkan namun kita hanya perlukan kesanggupun untuk melakukannya.  Melalui YPL9 ini saya merasakan kesatuan dan kasih sayang antara sesama volunteers yang lain. Ditambah lagi dengan  kepulangan beberapa graduan lain yang  datang membantu walaupun program sudah hampir habis, dan kehadiran mereka menambahkan lagi perasaan cinta kasih sebagai sebuah keluarga YPL. Melalui penglibatan saya ini, saya dapat merasakan yang Tuhan sedang mengajar saya untuk lebih bersabar menghadapi cabaran dan selalu mengingatkan saya bahawa sesukar mana pun perjalanan hidup ini namun saya masih mempunyai sebuah rumah dan sebuah keluarga iaitu keluarga YPL ini. Jadi, bagi adik-adik belia yang bakal menyertai YPL Batch 10 nanti, ingatlah bahawa kita tidak perlu menjadi layak untuk melakukan atau memiliki sesuatu namun apa yang perlu ialah kesanggupan diri untuk melakukannya. Terima YPL, kerana memori indah bersama keluarga ini akan saya ingati sampai bila-bila.


Jason Alexander Degullacion, Katedral St. Mary, Sandakan.(Batch 4)
Shallom semua warga YPL sekalian. Setiap penganjuran YPL pada tiap tahun akan mendatang penglaman dalam diri yang berbeza-beza. Dan pada penganjuran YPL kali ke-9 ini adalah yang sangat mencabar bagi diri saya sendiri dimana saya telah terpanggil untuk melayani dalam keluarga YPL ini sebagai koordinator yang mana sebelum ini adalah di bawa pimpinan saudari Anna Teresa Peter Amandus. Tidak ada perasaan lain selain berasa teruja dengan tugas baharu sebagai koordinator dan juga bersyukur kerana  masih dapat  berkumpul dengan para graduan YPL yang lain sebagai sebuah keluarga besar. Dapat mengenali seramai 38 wajah baharu para peserta YPL9 ini yang kini telah menjadi sebahagian dari keluarga besar YPL ini merupakan suatu pengalaman manis lebih-lebih lagi mereka di bentuk dalam program YPL pimpinan saya sendiri. Penganjuran YPL kali ini, saya merasakan yang Tuhan mahukan saya untuk membantu lebih ramai lagi belia di luar sana  yang  masih perlukan bantuan tidak kira dari segi apapun. Pelayanan kali ini mengingatkan saya pada suatu filem yang pernah saya  tonton iaitu ‘Hacksaw Ridge’ dimana suatu petikan ayat dari filem tersebut menjadi pegangan dalam pelayanan saya, dan ianya ialah ‘Lord, help me get one more’. Okeylah, akhir dari dari saya untuk anda semua, ingatlah bahawa anda tidak bersendirian. And remember to come HOME because HOME IS WHERE THE HEART IS. Jadi ingatlah untuk pulang dan temuilah keluarga YPL kita, dan hanya kitalah yang boleh lakukan perubahan untuk jadikan diri kita menjadi versi yang terbaik. Terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang telah saya terima dalam keluarga YPL selama ini.

YOUTHPREPLINK BATCH 9 2019

Laporan dan gambar disediakan oleh Tim Dokumentasi YPL Batch 9

Akhirnya, peserta - peserta YPL Batch 9 menerima sijil tanda tamat formasi selama dua minggu.
SANDAKAN - YouthPrepLink (YPL) merupakan satu program yang diinisiatif oleh Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) pada 2005. Program ini bertujuan untuk membawa kesedaran dan pembelajaran kepada belia-belia di kawasan luar bandar. Selain itu intensi program ini adalah untuk menyediakan para belia bagi menghadapi dan menangani realiti budaya dan sosial yang dialami dalam masyarakat apabila mereka berhijrah dari luar bandar ke bandar di lokasi untuk mencari dan melanjutkan pelajaran dan pekerjaan.

Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan dengan kerjasama graduan - graduan YPL 1,2,3,4,5,6,7 dan 8 sekali lagi telah menganjurkan program YPL buat kali ke 9 pada 2 sehingga 15 Januari 2019 bertempat di Katedral St Mary Sandakan bagi peringkat pertama dan St John the Baptist Kg. Telupid untuk peringkat ke dua.


Tim Pengajur YPL Batch 9 memperkenalkan diri

Penyampai sesi Sexuality dan hubungan sihat Lelaki dan Perempuan : Remy Martin Gunsalam

Penyampai Sesi Sex sebelum Berkahwin - Generasi kini dalam Risiko : Francis Tan

Penyampai Sesi Penghijrahan Belia dan Kehidupan di Bandar : Corey Felino Henry
Penyampai Sesi 'Globalisasi  dan Literasi Media' dan 'Kepenggunaan dan Alam Sekitar': Roney Alfred 

Penyampai Sesi Carrier Talk : Esther Albert Alim
Penyampai Sesi - Siapakah Saya dan Peralihan: Anna Teresa Peter Amandus
Tim Penganjur Batch 9 tahun ini telah dipimpin oleh Jason Alexander selaku Kordinator dan berjalan bersama dengan mereka adalah pendamping - pendamping YPL iaitu Anna Teresa, Esther Albert, Fettwinda Sipaan dan Raynold Thomas.

Seramai 40 belia lepasan SPM dan STPM seluruh Keuskupan Sandakan telah menyertai program ini. Ini merupakan penyertaan yang agak ramai, memandangkan pengkhususan program ini adalah untuk 30 peserta. Namun, pihak penganjur membuka kuota lebih agar peluang dapat diberikan kepada mereka yang ingin dibentuk oleh Tuhan melalui sesi - sesi yang disediakan dalam program YPL ini.

Modul program ini terdiri daripada dua peringkat. Peringkat pertama lebih menjurus kepada kesedaran peribadi. Manakala peringkat yang ke dua lebih memfokuskan kepada kepimpinan, komuniti dan penjangkauan serta pendedahan kepada realiti dan sosial secara lokal dan global.

Pada peringkat pertama (level 1), peserta dibawa dalam sesi - sesi mengenali diri iaitu 1. Siapakah Saya?, 2. Peralihan (transition), 3. Sexuality, 4. Hubungan Sihat lelaki dan Perempuan, 5. Sex sebelum Kahwin - Generasi kini dalam Risiko, 7. Penghijrahan Belia dan Kehidupan di Bandar, 8. Globalisasi dan Literasi Media, 9. Kepenggunaan dan Alam Sekitar, 10. Career Talk dan 11. Psiko Aspek Kerohanian. 


Sesi Dots and Stars - Peserta diajak untuk melihat semula diri sendiri dan memberi label  'stars' untuk kejayaan, kebaikan yang ada pada diri dan ''dots' untuk kelemahan, kegagalan dan menyedihkan.
Sesi berdoa

Sesi Time of Life
Selain sesi - sesi penting, para peserta juga di kongsikan dengan English Lesson. Meskipun ada peserta yang memang sudah faham berbahasa Inggeris, namun, aktiviti ini diketengahkan agar lebih meyakinkan para peserta untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk bertutur Bahasa Inggeris apabila mereka melanjutkan pelajaran di mana - mana institusi pengajian tinggi.

Pada peringkat kedua (level 2), peserta disajikan dengan sesi The Prayer, Realiti Sosial dan Ajaran Sosial Gereja, Pemerdagangan Manusia, Hak Asasi dan Hak Perlembagaan dan Memahami Agama lain. Selain daripada menerima informasi ini, para peserta akan lebih berdikari kerana mereka yang akan mengatur hal - hal seperti makan dan minum, kerja - kerja membersih, membuat Time of Life dan sebagainya. Di sinilah kepimpinan para peserta diasah. 


Misa harian yang diselebrankan oleh Rev. Fr. David Garaman yang juga Paderi paroki Katedral St Mary Sandakan
Gambar kenangan bersama Rev. Fr. David Garaman


Sesi Time of Life - peserta dilatih untuk bersharing secra ringkas dan padat dalam masa yang diberikan. 

Program outdoor yang mencabar peserta secara fizikal dan emosi dan memerlukan teamwork dalam menyelesaikan satu - satu aktiviti.

Peserta sedang berbincang dalam program outdoor

Sesi Psiko Aspek Kerohanian - Peserta di bawa dalam satu aktiviti dimana mata mereka ditutup dan dibawa ke bilik yang gelap. Dalam bilik tersebut mereka perlu mencari sebatang lilin dan mancis serta menhidupkannya. Simbolik aktiviti ini adalah untuk menyedarkan para peserta pentingnya iman dan Yesus yang menerangi hidup sehari - harian.


English Lesson yang disampaikan oleh para graduan YPL
Untuk level 2 juga, para peserta dibawa kepada 'back to basic'. Mereka akan mendirikan khemah sebagai penginapan dan memasak menggunakan kayu api. Keadaan yang serba kekurangan yang mereka alami ini mengajar mereka untuk menghargai apa yang mereka ada dan bersyukur dengan kehidupan yang diberikan. 


YPL Level 1 sudah selesai, perjalanan YPL Level 2 bermula, seawal jam 6.00 pagi, para peserta menuju ke pusat YPL level 2 di St John Baptist Kg. Telupid.
Masing - masing berusaha mendirikan khemah kerana disitulah tempat mereka akan tinggal selama 7 hari.

Misa Pembukaan untuk YPL level 2 yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery Garuk, selaku Paderi Paroki St Martin, Telupid.
Penyampai Sesi The Prayer: Seminarian Raymond Lee

Penyampai Sesi Realiti Sosial dan Ajaran Sosial Gereja Katolik: Fettwinda Sipaan

Penyampai Sesi Pemerdangan Manusia: Raynold Thomas

Penyampai Sesi Memahami Agama Lain : Hildy Albert

Penyampai Sesi Hak Asasi dan Hak Perlembagaan: Walter Milter
Di level 2 ini, para peserta akan menjangkau belia dan kanak - kanak serta ibu - bapa di kampung - kampung terpilih. Untuk tahun ini kampung terpilih itu adalah Kg. Sinaputan dan Kg. Mangkadait. Untuk mempersiapkan penjangkauan ini, para peserta yang telah dibahagikan kepada kumpulan penjangkauan kanak - kanak dan kumpulan penjangkauan belia, akan merancang program penjangkauan dan berlatih cara penyampaian sesi - sesi mereka. Dalam latihan penjangkauan ini, mereka telah dicabari oleh lakonan mantap para penganjur (graduan) sebagai kanak - kanak dan belia. Lakonan mereka adalah berdasarkan kepada pengalaman yang mereka (graduan) alami apabila menjangkau semasa batch mereka masing - masing. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi keyakinan dan menjadikan mereka penjangkau yang bersifat kasih kerana itulah yang ingin dicapai dalam penjangkauan iaitu meninggalkan pengalaman kasih Kristus dalam setiap hati ibu - bapa, belia dan kanak - kanak yang dijangkau.



Latihan untuk penjangkauan belia.


Latihan untuk penjangkauan kanak - kanak.
Aktiviti Row - Row - Row your boat ~ Tim Penjangkauan kanak - kanak dan Tim penjangkauan Belia perlu berada di atas kayu (tidak lurus) yang telah disedia dan perlu 'mengayuh' kayu itu sehingga destinasi yang di tentukan oleh penganjur. Aktiviti ini mengajar para peserta untuk selalu bersatu, mendengar antara satu dengan lain, hormat - menghormati dan semangat menghabiskan misi sehingga akhirnya. 


Para peserta mengadakan mesyuarat Majlis YPL Batch 9 berkenaan tugasan harian dan persiapan penjangkauan.

Pengalaman selama dua minggu ini, telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada para peserta untuk merenung akan keperibadian dan keimanan mereka sebagai seorang belia. Malah telah mewujudkan suasana keluarga yang akrab, sama - sama menangis, sama - sama ketawa, sama - sama dicabar dan sama - sama mendukung antara satu dengan yang lain. Inilah yang dikatakan sebagai 'Home is where the heart is'.


Peserta YPL batch 9 yang siap untuk menjangkau.
Tim Penjangkauan kanak - kanak bergambar kenangan bersama kanak -kanak Kg. Mangkadait Telupid.

Tim Penjangkauan belia bergambar kenangan bersama dengan belia - belia Kg. Mangkadait Telupid.
Gambar kenangan bersama umat yang dijangkau di Kg. Sinaputan Telupid.
Destinie Alexander merupakan Pengerusi bagi peserta YPL Batch 9 sedang memberikan penerangan berkenaan YPL.

Antara gelagat ahli Tim penjangkauan kanak - kanak bersama dengan kanak - kanak yang dijangkau.
Semoga dalam program YouthPrepLink ini mereka, sama seperti graduan - graduan yang lain dapat belajar dan mengalami pengalaman yang dapat membantu diri mereka untuk menjadi orang yang baik dan semoga mereka dapat menggunakan pengalaman yang YPL apabila melanjutkan pelajaran di menara gading. 


Rekoleksi bersama selepas dua hari penjangkauan semua peserta dan penganjur dalam merenungkan perjalanan dan pengalaman disepanjang program YPL ini.

Misa penutupan program YPL Batch 9 yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery Gabuk.
Wajah - wajah pemimpin belia generasi kini dan esok.

Thursday, January 10, 2019

华文青年庆祝圣诞佳节联系彼此友谊


《斗湖讯》华文青年团于1230日晚上7时在堂区食堂举行一年一度的圣诞派对。大约40位男女青年及华人牧灵委员会几位成员代表出席参与。在还没开始晚餐前,大家利用靓丽及洪亮的歌声詠唱几首圣诞歌曲如“天主圣子”“普天同庆”及“寒夜雪飘扬”来庆祝耶稣诞生的好消息。吃过晚餐后,主办局免不了安排几项有趣的游戏给所有参与者。游戏后,大家彼此交换圣诞礼物。约莫9时,青年们拍了一张大合照来结束2018年的圣诞派对。
图与文:Esther Kong

PARISH SOCCOM ADVENT PROJECT - SOUP KITCHEN

By SOCCOM (Euthalia)

Everyone has a story to tell. Unfortunately for the poor, homeless and the needy that story is “Hunger.” Every day they will look for food, hoping that God will hear their prayer. Not all stories have happy endings. Sometimes sad endings can be lessons that may strengthen and build us up. During the advent season, the SOCCOM members of St Mary’s Cathedral Parish organized a soup kitchen project. The project was headed by Marshall Owen and fully supported by the SOCCOM Coordinator, Leonard and other members, as well as volunteers.

The theme for the project is taken from Matthew 25 : 40 - “You Did It To Me”  (Truly, I say to you, as you did it to one of the least of these my brothers, you did it to me).
Preparation for this advent project began with promoting the event a few weeks before at the church entrance. We received donations not only from parishioners but also from non parishioners such as mineral water from Ms. Elena and cakes from Ms Shirley Yeo. 
This project was held every Friday evening during the season of advent. Members and volunteers assembled at the Parish Hall on 30th November 2018. After the opening prayer by Mr. Francis Tan, a short briefing on safety and locations was conducted by the Coordinator, Mr. Leonard. We were divided into two groups during our first assignment.

After which, we moved out to our designated locations to distribute the packed foods and drinks. The locations selected were the town and hospital areas. Volunteers were touched and moved when they encountered those living in the periphery. After distributing the foods and drinks, we felt blessed that God has used us as in some way to bring relief to those in need.

Testimonies from members

Personally, I felt that the advent project is no longer about the differences of religions. When I handed out the foods and drinks to the needy, a simple ‘Thank You’ from them would make me feel blessed. Most of all, it is a joy that I could share Christ’s love in my own little way. (Euthalia Jihan Soccom Tresurer)
This is my first time joining the soup kitchen. I’ve heard about it and seen it but never experience it myself. So, I decided to participate during the second week of advent and at that time I was still recovering from gastric which occurred a few weeks before. We were divided into two groups and I was assigned to lead the group designated in the town area. When we arrived, we carried the packed foods to the town mosque.
As we went up the stairs we saw a number of the homeless who were taking refuge there. I was really surprised because I pass by the mosque quite often but I never knew that there were people living there. As we handed out the packed meals I could see that even though they do not know who we were and where we came from, they were very willing to accept our little gift. After witnessing that, I felt that the love of humankind still exist though a simple gesture. Thank you all especially to Marshall Owen for the opportunity to serve the poor during the advent season. (Romeo Francis Asst. Coordinator Soccom) 

Our “Soup Kitchen” project ended on 21st December with a closing prayer followed by singing some Christmas songs. This project is so meaningful to us and SOCCOM will continue with this project next year. We would like to say “Thank You” to all our kind parishioners and generous donors who have contributed in one way or another in making this event a success. 

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent