Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 21, 2018

"Sukacita Krismas" ~ Pesta Koir St. Martin, Telupid

Oleh Malia Watis


TELUPID -  Pada 8 Dis 2018, Pesta Koir telah dianjurkan oleh Kerasulan Wanita Katolik Paroki St. Martin.  Ini merupakan salah satu takwim tahunan bagi KWK  Paroki St. Martin dan kali ini, Zon Pekan telah menjadi tuan rumah bagi Pesta Koir yang mengambil tema "Sukacita Krismas". 
Acara dimulakan dengan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Stanley William selaku pembantu Paderi Paroki.  Beliau dalam homilinya, mengatakan bahawa pesta Koir dianjurkan pada musim Adven bertujuan agar umat dapat mempersiapkan jalan bagi Tuhan iaitu dengan cara pertobatan dan perdamaian di antara sesama keluarga Kristian khasnya.  
Zon Pekan
Puan Arina Anggatis, Pengerusi pelaksana Pesta Koir tahun ini dalam ucapannya berpesan bahawa kalah atau menang itu adalah perkara biasa tetapi yang paling utama ialah berjalan bersama melayani dengan kasih Tuhan di antara satu dengan yang lain khasnya di kalangan ahli KWK.

Jalan Nangoh
Zon Jalan Sandakan
Pada tahun ini hanya empat Zon sahaja yang menyertai pertandingan iaitu Zon Pekan, Zon Jalan Ranau, Zon Jalan Sandakan dan Zon Jalan Nangoh.  Puan Nora Nicholas selaku Timbalan Penyelaras Kerasulan Wanita Katolik Paroki Telupid telah menggantikan Puan Victoria Salati yang tidak dapat menyertai pesta koir kali ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Puan Nora Nicholas dalam ucapannya menyatakan tujuan sebenar penganjuran pesta koir kali ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan di kalangan ahli KWK seterusnya di dalam pelayanan dan khasnya untuk semua umat agar dapat merasai persiapan menyambut kelahiran Kristus ke dunia.  
Zon Jalan Ranau
Johan bagi pertandingan Pesta Koir tahun 2018 ini telah disandang oleh Kerasulan Wanita Katolik Zon Pekan. Ini merupakan kali kedua bagi Zon Pekan menjuarai pertandingan pesta koir, dengan tajuk lagu "Jadikan HatiKu Istana CintaMu". Naib Johan oleh KWK Zon Jalan Sandakan dan Tempat Ketiga ialah KWK Zon Jalan Ranau.
Penyampaian hadiah hamper kepada pemenang oleh Rev. Fr. Jasery Emmanuel selaku Rektor Paroki bersama dengan Rev. Fr. Stanley William selaku Pembantu Rektor Paroki.
Johan - Zon Pekan

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent