oleh Lucy Francis
Sandakan:
KKD St. Benedict yang dipengerusikan oleh Pn. Paulina Francis telah mengadakan “Program
Ziarah dan Doa” di kediaman Pn. Lumbogoi (isteri mendiang Piling Odon) serta
anaknya Pn. Dora Piling pada 25 November 2018 (Ahad).
KKD St. Benedict diwakili oleh Paulina Francis, Encik Matius Sodomon dan
isteri, Pn. Christina Lee, Encik Edysius Mijeh dan isteri , Encik Wislee
Francis dan isteri, Encik Michael Siak dan
isteri, Encik Chia Thomas, Pn. Mary Paggiling dan Pn. Mariana.
Objektif utama program ini ialah mendoakan
sesama kita sambil menyalurkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.
Sumbangan yang disalurkan adalah
berbentuk keperluan harian keluarga. Semua sumbangan datang daripada pihak individu
dan keluarga-keluarga daripada KKD St. Benedict.
Program dimulai dengan suaikenal Pn.
Lumbogoi disusuli dengan pengisian doa yang dipimpin oleh Encik Matius Sodomon.
Pn. Paulina Francis, pengerusi KKD St. Benedict telah menyampaikan sumbangan kepada
ahli keluarga tersebut. Program diakhiri dengan bergambar bersama.
Dalam lawatan yang singkat tetapi penuh
makna ini bertepatan dengan Injil yang dipetik dari Mat 25:35-36 “Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku haus, kamu memberi Aku minum; ketika Aku seorang asing, kamu memberi Aku tumpangan; ketika Aku telanjang, kamu memberi Aku pakaian; ketika Aku sakit, kamu melawat Aku; ketika Aku di dalam penjara, kamu mengunjungi Aku”.
Bagi wakil keluarga yang dilawati iaitu Pn. Dora Piling dan seisi keluarganya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada KKD St. Benedict
kerana telah mengunjungi keluarganya serta menyalurkan sumbangan yang
diperlukan. Tuhan Memberkati. Amen!
No comments:
Post a Comment