Oleh Matthew Kiun
St. Paul, Ulu Dusun - Program ‘Sukacita Dalam Kasih Keluarga’ wujud selaras dengan Misi Keuskupan Sandakan iaitu untuk mengeratkan dan memupuk nilai-nilai kekeluargaan. Program ini telah diadakan pada 24-25 November 2018, bertempat di Dewan Gereja St. Paul, Ulu Dusun, Sandakan. Program tersebut dianjurkan oleh Komiti Keluarga, Paroki Our Lady of Fatima, Beluran dengan kerjasama Komisi Keluarga Diosis Sandakan dan Kementerian Pembangunan Masyarakat.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibu dan bapa serta anak-anak agar dapat mengeratkan hubungan dan menghargai nilai-nilai kekeluargaan dengan memberi peluang untuk berkomunikasi dan memulihkan hubungan antara satu sama lain.
Pada hari pertama, seawal jam 7.30 pagi pendaftaran peserta telah dibuka. Seramai 180 orang termasuk AJK telah hadir ke program tersebut. Program dimulakan dengan ‘Pentakhtaan Alkitab’ dan sesi suai kenal.
Pn. Daria menyampaikan sesi pertama
Sebanyak 6 sesi ceramah sepanjang 2 hari program dijalankan iaitu sesi pertama dengan tajuk ‘Komunikasi dan Peranannya Dalam Keluarga’ yang disampaikan oleh Pn. Daria Joseph, pensyarah di kolej swasta (SIDMA College, Kota Kinabalu) dan Sr. Susana Guntabid, Kaunselor dari Pasukan Kaunselor Komisi Keluarga, Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Sesi 2 telah disampaikan oleh Sister Susana Guntabid iaitu ‘Cabaran Keluargaku’.
Seterusnya dalam Sesi 3 ‘Keluarga, Anugerah dan Bukan Masalah’ telah disampaikan oleh Rev. Fr. Phillip A. Muji, Rektor Paroki Our Lady of Fatima, Beluran.
Sesi 4 ‘Memahami Keluargaku’ yang disampaikan oleh Pn. Daria Joseph.
Aktiviti berkumpulan (remaja berumur 16-17 tahun dan 13-15 tahun)
Kanak-kanak bawah 12 tahun
Aktiviti berkumpulan golongan Ibu
Aktiviti berkumpulan golongan Bapa
Setiap sesi ceramah disertai dengan aktiviti berkumpulan yang dibahagikan kepada kumpulan ibu, bapa, kumpulan remaja berumur 16-17 tahun, 13-15 tahun dan kanak- kanak 12 tahun ke bawah.
Pembentangan hasil perkongsian dari setiap kumpulan
Pada hari kedua, dimulai dengan Doa Keluarga dipimpin oleh Sdri Sophia Anros, seorang Pelayan Komuni Tak Lazim.
Cesar Siruno menyampaikan sesi beliau
Eva Siruno dalam sesinya
Ceramah Sesi ke-5 ‘ Keibubapaan Cemerlang’ disampaikan oleh pasangan suami isteri, saudara Cesar Siruno, Pengerusi Komiti Keluarga, Katedral St. Mary, Sandakan dan saudari Pn. Eva Siruno, Pengerusi Komisi Keluarga, Keuskupan Sandakan.
Sesi Rekonsiliasi
Di dalam sesi terakhir iaitu ‘Harapan Keluargaku’ yang disampaikan oleh Sr. Susana dimana perdamaian di antara keluarga dan komuniti diadakan.
Nyanyian lagu puji-pujian sebagai persediaan doa dipimpin oleh Sdri. Anna Teresa, Koordinator Belia Keuskupan Sandakan disusuli sesi pertobatan keluarga yang dipimpin oleh Sr. Susana di mana semua ahli keluarga saling memohon maaf dan kasih dengan membawa lilin sebagai tanda cahaya dan harapan.
Semua peserta program mengikuti Misa Kudus pada jam 11.00 pagi. Misa Kudus ini dirayakan oleh Rev.Fr. Phillip A.Muji. Dalam homili, beliau mengatakan bahawa program ini merupakan satu peluang kepada semua keluarga untuk menguatkan hubungan serta iman. “Ini dapat membantu keluarga anda menghindari daripada penyalahgunaan dadah, pelacuran, pemerdagangan manusia, perceraian dan penjualan organ manusia”. Beliau menambah, “sempena perayaan Kristus Raja, benarkanlah Kristus berada di dalam setiap keluarga dan peribadi kita”.
Persembahan dari setiap kumpulan
Selesai Misa, semua peserta dihidangkan dengan jamuan tengah hari. Sesi petang adalah sesi perkongsian dan persembahan dari keluarga. Setiap keluarga membuat persembahan sama ada nyanyian lagu, melafaz puisi ataupun teledrama mengenai tema program itu. Program ditutup dengan doa dan gotong-royong pada jam 3.15 petang.
Menyampaikan cenderahati kepada fasilitator
No comments:
Post a Comment