Artikel Oleh: Evelyn
Lahad Datu – Pada 1hb May 2018 yang lalu,
Paroki St. Dominic telah menganjurkan satu program larian amal yang bertemakan ‘Kesatuan’
(Unity Run). Larian ini telah mendapat sokongan padu daripada umat dengan
kehadiran seramai 701 peserta. Beberapa kategori telah dibahagikan yang terdiri
daripada usia 7 hingga 60 tahun. Program yang bermula seawal 7 pagi ini
dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Sister Evelyn dan diteruskan
dengan pemanasan badan yang dikendalikan oleh pihak penganjur iaitu Komiti
Katekatikal Pusat.
Larian dimulakan dengan kategori kanak-kanak
yang berumur 7 tahun ke atas. Kesemua peserta harus melalui 5 perhentian untuk mendapatkan
5 gelang getah bagi setiap perhentian untuk melengkapi larian ini.
Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan
hubungan kesatuan diantara semua umat di paroki termasuk kawasan luar stasi
tanpa mengira bangsa dan usia. Selain daripada itu, program ini diadakan untuk
memungut dana bagi pembanguan dewan ibadat di paroki ini sendiri.
Kesemua peserta larian berjaya menghabiskan
larian mereka lebih kurang jam 10 pagi dan acara diteruskan dengan penyampaian
hadiah bagi semua kategori. Rev. Fr Simon Kontou mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua umat yang terlibat di dalam acara larian ini. Beliau juga
berharap agar program seperti ini akan terus mendapat sokongan daripada umat
bagi meneruskan usaha pembangunan dewan ibadat di paroki ini. Acara diakhiri
dengan doa penutup oleh Rev. Father Simon Kontou.