Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 23, 2018

Pelayanan SOCCOM Saluran Kreativiti Dalam Penginjilan

Artikel dan gambar oleh Airene AG / Rogena

Sandakan – Komiti SOCCOM Paroki telah mengadakan ‘SOCCOM Fellowship’ pada 13 Februari 2018 bertujuan beramah mesra dengan ahli-ahli yang baru, mengenali skop pelayanan SOCCOM dan pembentukan Komiti Komunikasi Sosial Paroki bagi Sesi 2018-2021.
Tayangan Video tentang Sejarah Soccom di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan
Paderi Paroki, Fr. David A. Garaman mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir dan mengucapkan terima kasih di atas respon dan menyahut panggilan melayani dalam pelayanan Soccom di Paroki. "Pelayanan Soccom memerlukan ramai kakitangan dan penglibatan semua pihak dalam memberikan idea demi pembangunan iman di Paroki. Pelayanan Soccom kelihatan ‘simple’ tetapi rumit juga kerana memerlukan kreativiti dalam misi penginjilan." Fr. David juga mengajak semua yang hadir untuk sama-sama memiliki Visi dan Misi itu kerana ianya adalah milik bersama – ‘make it your own’.
Barisan belakang: Lovink Prinze James, John Tan, Dalius L. Lobinjang, Romeo Francis, Marshall Owen, Veronica Amzah, Gin Wulen Marcus, Euthalia J, Airene AG
Barisan hadapan: Francis Tan (Penasihat Soccom), Fr. David A. Garaman (Paderi Paroki/Penasihat Rohani Soccom), Leonard Christopher Sabinus (Kordinator Soccom)

Selesai acara makan malam, acara diteruskan dengan sesi suaikenal dan perkongsian mengenai kemahiran setiap ahli. Pengalaman dan kemahiran setiap ahli Soccom yang hadir diharapkan dapat membentuk satu team yang dapat bekerjasama dan melayani melalui bakat yang ada seperti dalam bidang penulisan, mereka 'banner', mengambil gambar, menyunting video dan sebagainya.

Sesi disambung dengan Penerangan Sejarah Soccom di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan disampaikan oleh Leonard Christopher Sabinus. Penasihat Soccom iaitu Francis Tan mengongsikan pelayanan beliau dalam pelayanan Soccom kepada semua yang hadir sebelum penyusunan semula dalam Komiti Soccom Paroki dijalankan agar semua yang hadir memahami peranan masing-masing dan dapat bekerjasama dalam melaksanakan tugasan yang bakal dilaksanakan nanti.
Penyerahan Tugasan daripada Kordinator Soccom Sesi 2016-2018, Dalius L. Lobinjang kepada Kordinator Baharu bagi Sesi 2018-2021, Leonard Christopher Sabinus dengan disaksikan oleh Paderi Paroki, Fr. David. A. Garaman

Fr. David A. Garaman bersama dengan Ahli Komiti SOCCOM Paroki Sesi 2018-2021

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent