Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 22, 2018

Misa Rabu Abu ~ Katedral St. Mary, Sandakan

SOCCOM PARISH
14 February 2018

Misa Rabu Abu di Katedral St. Mary
“Remember you are dust and to dust you will be return. Genesis 3:19”. Misa Rabu Abu adalah permulaan bagi memasuki musim pra-paskah dimana kita semua diingatkan untuk bertaubat, berpuasa selama 40 hari dan berpantang serta berdoa mempersiapkan diri untuk kebangkitan Juruselamat kita, Yesus Kristus.
“Let your heart be broken, not your garments torn.~Joel 2:12-18”
“Be Reconciled to God...Now is the favourable time.~2 Cor 5:20-6:2”
“Your Father who sees all that is done in secret will reward you.”
Di dalam homili Bapa Uskup Julius Dusin Gitom mengatakan "semua umat katolik memulakan pra-paskah dengan mengingatkan diri sendiri sebagai orang yang memerlukan pertobatan. Maka dengan itu, kita ditandai dengan abu di dahi yang menandakan bahawa kita ini hanyalah abu dan kepada abu kita kembali. Tetapi sebenarnya abu yang ada di dahi kita adalah datang daripada daun-daun palma tahun lalu yang menandakan atau memperingatkan kita tentang kesengsaraan, kematian dan kebangkitan Kristus. Maka tujuan kehidupan kita sebenarnya bukanlah hanya menjadi abu tetapi kita akan mendapat  kehidupan dalam Kristus yang telah bangkit dengan mulia." Selain itu, Bapa Uskup juga berkongsi tentang 3 perkara yang disampaikan oleh Bapa Suci Fransiskus iaitu berdoa, berpuasa dan memberi. "Bapa Suci Fransiskus berpesan kepada kita agar tidak terlalu terikat dengan peraturan-peraturan berpuasa yang sebenarnya memberi kesenangan kepada diri kita sebab kita telah mematuhi peraturan. Tetapi Bapa Suci mengatakan apabila kita berpuasa kita melihat lebih kepada diri kita untuk datang kepada Tuhan serta dapat memperhatikan  keperluan-keperluan orang lain dengan cara berpuasa. Dengan demikian, kita lebih mengetahui kelemahan kita sendiri dan kelemahan orang lain. Bapa Suci juga mengatakan tentang doa. Doa adalah kekuatan orang-orang beriman. Doa juga menandakan bahawa kita hanyalah bersandarkan kepada Tuhan. Maka, kita boleh mempersatukan diri kita dengan Tuhan dengan cara berdoa. Selain itu, kita juga orang yang lemah yang memerlukan kekuatan daripada Tuhan sendiri. Tentang memberi sedekah, Bapa Suci mengatakan segala yang diberikan kepada kita adalah percuma yang datang daripada Tuhan termasuklah kehidupan kita sendiri. Kita telah diberikan segala sesuatu maka dengan itu marilah kita memberikan kepada orang lain yang memerlukan. Segala 3 perkara ini bukan sahaja menguatkan iman kita tetapi menjadi sesuatu yang mulia apabila mendatangkan kebaikan kepada orang lain."
Upacara Komuni
“Remember you are dust and to dust you will be return. Genesis 3:19”~Penerimaan Abu 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent