Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 7, 2017

Ulang Tahun Pentahbisan Rev Fr. Marcelinus yang Ke-21

Artikel oleh Farnandes

Gambar oleh Matius & Jaymar

Lahad Datu – Pada 19 Februari 2017, Ulang tahun Pentahbisan Kepaderian Fr. Marcelinus Pongking yang ke-21 telah dirayakan oleh umat di Paroki St. Dominic.
Dalam ucapan, Fr. Simon mengucapkan syukur dan terima kasih atas kesempatan para umat untuk merayakan hari ulang tahun tersebut. "Kehadiran kamu semua disini sangat bererti bagi kami kerana ini adalah tanda kesatuan kita di gereja St. Dominic. Lebih-lebih lagi sokongan anda kepada kami, khususnya kepada Fr. Marcellinus yang kita rayakan pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada beliau yang telah melayani lebih kurang 6 tahun bersama-sama saya. Doakanlah kami agar terus setia di dalam pelayanan kami”. Demikianlah kata-kata aluan daripada Rev Fr Simon selaku Rektor paroki
“Tuhan siapa aku adalah hadiah-Mu padaku, Jadikanlah hadiah-Mu ini sebagai pujianku pada-Mu, bentuk dan pakailah hidupku menurut kehendak-Mu”.
“Hidup diri ini merupakan doa pada semua orang, doakanlah aku agar diri ini menjadi paderi yang baik, pengasih dan kudus agar kehendak Allah terjadi melalui diri ini menurut kehendak-Nya”.
Demikianlah 2 ayat yang ditulis oleh Rev. Fr Marcellinus setahun sebelum dia ditahbiskan sebagai paderi. Ayat tersebut dicipta dan dijadikan dorongan untuk beliau apabila ditahbis menjadi paderi sehinggalah pada hari ini. Beliau turut menceritakan perasaan dukacitanya kerana menganggap bahawa walaupun telah 21 tahun beliau menjadi paderi, beliau masih merasakan pelayanannya berkekurangan. Ini kerana apa yang telah dilaksanakan sepertinya kurang menepati ayat pedomannya. Sama seperti kata-kata Santo Petrus “Roh itu mahu tetapi daging itu lemah”
Fr. Marcellinus turut berterima kasih kepada semua yang hadir dan bersyukur atas segala yang telah diberikan kepada paroki dan dalam komiti. Beliau juga sangat mengagumi pelayanan Rev Fr Simon yang begitu bersemangat  dan setia di dalam pelayanan pastoralnya serta di dalam pentadbirannya sebagai Rektor paroki. Beliau juga sangat berterima kasih kepada fr Simon kerana memahami dirinya serta kekurangannya. “Walaupun terdapat kegagalan dan kelemahan di dalam pelayanan saya, saya tetap percaya saya masih melayani dengan hati dan doakanlah kami berdua terutama diri ini yang masih memerlukan sokongan doa dari anda". Demikianlah ucapan beliau.
Majlis pada hari tersebut diteruskan dengan upacara pemotongan kek, jamuan dan persembahan dari umat. Majlis berakhir lebih kurang jam 4pm.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent