Laporan: Walter Milter
Gambar: Ester Martinus
Telupid:
Seramai 73 orang peserta yang terdiri daripada pelayan altar dari beberapa
paroki telah datang beramai-ramai untuk menyertai program Altar Server Camp-1
yang julung kalinya diadakan di paroki St. Martin, Telupid. Program 3 hari 2
malam yang bermula pada 17 Februari sehingga 19 Februari 2017 ini dianjurkan oleh gabungan para pelayan altar
dari St. Martin, Telupid dan pelayan altar dari beberapa paroki lain. Para
peserta terdiri daripada pelayan altar dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu;
Paroki Our Lady of Fatimah, Beluran, Paroki St. Peter Claver, Ranau, Luar-stasi
dan juga dari paroki St. Martin, Telupid selaku tuan rumah.
Para peserta dan penganjur bergambar bersama paderi paroki
selepas misa kudus
Penganjuran kem yang berteraskan teambuilding dan pemantapan
pelayanan ini bertujuan untuk menyuntik semangat melayani kepada para pelayan
altar yang baru dan yang lama di dalam pelayanan mereka di gereja, serta
menyedarkan para pelayan altar untuk lebih berkomitmen dan bertanggungjawab
dalam pelayanan mereka. Di samping itu, kem ini juga dapat menyatukan para
pelayan altar dari pelbagai paroki dalam mengongsikan pengalaman dan
pengetahuan mereka antara sesama.
Antara aktiviti untuk hari
pertama: Pendaftaran, Makan Malam dan taklimat singkat
Untuk hari pertama, para peserta telah datang seawal jam 2
petang untuk pendaftaran. Sesi ceramah
telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Puan Rose Michael.
Dalam sesi tersebut, beliau telah mengongsikan tentang ‘Mindset dalam pelayanan
dan teamwork’. Beliau banyak menekankan tentang kepentingan untuk mempunyai
mindset yang betul di dalam pelayanan gereja. Hal ini kerana, mindset yang
sihat mampu melahirkan pelayan yang berkomitmen dalam pelayanan mereka. Program
hari pertama selesai pada jam 10 malam dan ditutup dengan doa dan pemberkatan
oleh Rev. Fr. Jasery, paderi paroki St. Martin Telupid.
Pn. Rose Michael, sebagai
penceramah jemputan memberikan input
Pada hari kedua, penceramah yang sama iaitu Pn Rose Michael,
menyampaikan topik ‘Dimanakah Tahan Pelayanan Saya?’. Kali ini para peserta
telah dicabar oleh beliau untuk merenung dalam pelayanan mereka secara peribadi
dan melihat sejauh mana tahap pelayan mereka. Beliau menyatakan bahawa tahap
pelayan bagi setiap orang itu adalah berbeza-beza dan unik. Namun begitu setiap
individu itu masih mempunyai potensi untuk berkembang bergantung kepada
kesanggupan individu tersebut untuk belajar secara berterusan dan mempunyai
mindset ‘Mahu’ (dalam pelayanan) secara dinamik.
Antara peserta daripada paroki
luar
Acara diteruskan dengan aktiviti teambuilding. Pada kesempatan ini,
peserta mempunyai peluang untuk mempraktikan apa yang mereka telah pelajari di
dalam ceramah melalui pelbagai aktiviti-aktiviti bekerja secara berkumpulan.
Antara aktiviti teambuilding yang
telah dijalankan
Di waktu petang, sekali lagi peserta telah dipecahkan kepada beberapa
kumpulan untuk aktiviti mendaki bukit Doji. Aktiviti ini agak lasak dan mencabar
kerana kebanyakan laluan adalah licin dan curam. Namun hasil daripada kegigihan
dan kerjasama berkumpulan yang telah menyatukan para peserta, mereka telah
berjaya menawan bukit Doji dengan jayanya. Aktiviti sukaneka juga telah
diadakan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendaki.
Aktiviti Lasak: Mendaki Bukit
Doji
Dalam aktiviti malam, para peserta berkesempatan untuk duduk dan
merenung serta berdoa pada Tuhan, memohon kekuatan dalam pelayan mereka di
dalam doa Taize. Aktiviti pada hari tersebut diakhiri dengan perkongsian
daripada wakil peserta dari setiap paroki yang hadir.
Doa Taize dan Adorasi
Pada hari terakhir, peserta juga berkesempatan menghadiri misa kudus di paroki dan bergambar bersama paderi paroki. Selepas itu, peserta di beri peluang untuk berkongsi pengalaman dalam kumpulan di akhir acara program ini. Selepas doa penutup, semua peserta dan juga para jemputan diajak bersama dalam makan tengah hari dan fellowship. Acara selesai sepenuhnya pada jam 2 petang selepas para pelayan altar bergotong royong untuk membersihkan kawasan gereja.
Perkongsian pengalaman dan sesi
autograph pada hari terakhir
Bergambar berkumpulan selepas doa
taize pada malam terakhir
No comments:
Post a Comment