Sandakan: Kempen Prapaska merupakan program pembentukan iman Gereja Katolik yang akan dijalankan pada musim Prapaska. Kempen ini bertujuan untuk penglibatan aktif umat beriman di dalam tiga bentuk amalan penting iaitu berdoa (Matius 6:6), berpuasa (Matius 6:17) dan bersedekah (Matius 6:2). Sempena Musim Prapaska 2017, kali ini, Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) Katedral St. Mary, Sandakan telah menjalankan satu Projek untuk Kempen Prapaska diberi nama, 'Lawatan Lilin Kasih - Jadilah Terang'.
Projek ini memfokuskan nilai kekeluargaan dan penjangkauan kepada insan yang terpinggir atau memerlukan. Kehadiran 'Lilin Kasih' tersebut adalah simbolik kepada Cahaya Kristus yang umat Kristian terima pada malam Paska dan akan menerangi setiap keluarga mahupun insan yang terpinggir melalui cara hidup berdoa dan berkomuniti.
Sesi lawatan pertama telah dilancarkan pada Isnin, 6hb Mac 2017 bertempat di Dewan Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Lebih kurang 200 umat datang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai program ini. Mereka terdiri daripada kalangan umat Komuniti Kristian Dasar (KKD) dan beberapa komiti pelayanan yang ada di Paroki Sandakan.
Semasa sesi tersebut, Fr. Christopher Ireneus telah memberikan katekesis singkat. Petikan daripada katekesis tersebut, Fr. Christopher berkata, "Yesus haruslah menjadi pusat bagi setiap keluarga. Kita haruslah berpegang kepada cahaya Kristus. Cahaya itu dapat menerangi hidup keluarga kita dan juga mereka yang hidup dalam kemiskinan rohani."

Antara pengisian pada sesi-sesi sepanjang projek ini dijalankan adalah seperti berikut:-
- Lilin Kasih
- Kad Doa Keluarga
- Kotak Doa Permohonan Keluarga
- Lawatan Lilin Kasih
- Lawatan Khas
Pada minggu kedua Paska iaitu pada 23hb April 2017 nanti, Lilin Kasih yang telah diberikan, Kad Doa Keluarga dan semua Doa Permohonan Keluarga akan dipersembahkan semasa Misa Kudus Senja, Misa Kudus Bahasa Cina dan Misa Kudus Bahasa Malaysia. Lawatan Lilin Kasih ini akan berjalan sepanjang Musim Prapaska 2017.
KPIP Sandakan menyeru para umat yang berada di Paroki Sandakan untuk terlibat dalam projek ini samada sebagai peserta ataupun sukarelawan yang membantu menjalankan projek tersebut. Mereka juga berharap agar pelaksanaan kempen ini mampu membuahkan penukaran, pembaharuan dan transformasi di kalangan individu, keluarga dan komuniti.

No comments:
Post a Comment