Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 31, 2017

KPIP Sandakan Lancar Projek Kempen Prapaska 2017: 'Lawatan Lilin Kasih - Jadilah Terang'

Oleh KPIP Sandakan

Sandakan: Kempen Prapaska merupakan program pembentukan iman Gereja Katolik yang akan dijalankan pada musim Prapaska. Kempen ini bertujuan untuk penglibatan aktif umat beriman di dalam tiga bentuk amalan penting iaitu berdoa (Matius 6:6), berpuasa (Matius 6:17) dan bersedekah (Matius 6:2). Sempena Musim Prapaska 2017, kali ini, Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) Katedral St. Mary, Sandakan telah menjalankan satu Projek untuk Kempen Prapaska diberi nama, 'Lawatan Lilin Kasih - Jadilah Terang'.
Projek ini memfokuskan nilai kekeluargaan dan penjangkauan kepada insan yang terpinggir atau memerlukan. Kehadiran 'Lilin Kasih' tersebut adalah simbolik kepada Cahaya Kristus yang umat Kristian terima pada malam Paska dan akan menerangi setiap keluarga mahupun insan yang terpinggir melalui cara hidup berdoa dan berkomuniti.
Sesi lawatan pertama telah dilancarkan pada Isnin, 6hb Mac 2017 bertempat di Dewan Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Lebih kurang 200 umat datang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai program ini. Mereka terdiri daripada kalangan umat Komuniti Kristian Dasar (KKD) dan beberapa komiti pelayanan yang ada di Paroki Sandakan. 
Semasa sesi tersebut, Fr. Christopher Ireneus telah memberikan katekesis singkat. Petikan daripada katekesis tersebut, Fr. Christopher berkata, "Yesus haruslah menjadi pusat bagi setiap keluarga. Kita haruslah berpegang kepada cahaya Kristus. Cahaya itu dapat menerangi hidup keluarga kita dan juga mereka yang hidup dalam kemiskinan rohani."
Antara pengisian pada sesi-sesi sepanjang projek ini dijalankan adalah seperti berikut:-
  • Lilin Kasih
  • Kad Doa Keluarga
  • Kotak Doa Permohonan Keluarga
  • Lawatan Lilin Kasih
  • Lawatan Khas
Pada minggu kedua Paska iaitu pada 23hb April 2017 nanti, Lilin Kasih yang telah diberikan, Kad Doa Keluarga dan semua Doa Permohonan Keluarga akan dipersembahkan semasa Misa Kudus Senja, Misa Kudus Bahasa Cina dan Misa Kudus Bahasa Malaysia. Lawatan Lilin Kasih ini akan berjalan sepanjang Musim Prapaska 2017.
KPIP Sandakan menyeru para umat yang berada di Paroki Sandakan untuk terlibat dalam projek ini samada sebagai peserta ataupun sukarelawan yang membantu menjalankan projek tersebut. Mereka juga berharap agar pelaksanaan kempen ini mampu membuahkan penukaran, pembaharuan dan transformasi di kalangan individu, keluarga dan komuniti.

Thursday, March 23, 2017

Program Altar Server Camp-1 – Anjuran Gabungan Pelayan Altar St. Martin, Telupid.

Laporan: Walter Milter 
Gambar: Ester Martinus


Telupid: Seramai 73 orang peserta yang terdiri daripada pelayan altar dari beberapa paroki telah datang beramai-ramai untuk menyertai program Altar Server Camp-1 yang julung kalinya diadakan di paroki St. Martin, Telupid. Program 3 hari 2 malam yang bermula pada 17 Februari sehingga 19 Februari 2017 ini  dianjurkan oleh gabungan para pelayan altar dari St. Martin, Telupid dan pelayan altar dari beberapa paroki lain. Para peserta terdiri daripada pelayan altar dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu; Paroki Our Lady of Fatimah, Beluran, Paroki St. Peter Claver, Ranau, Luar-stasi dan juga dari paroki St. Martin, Telupid selaku tuan rumah.

Para peserta dan penganjur bergambar bersama paderi paroki selepas misa kudus
Penganjuran kem yang berteraskan teambuilding dan pemantapan pelayanan ini bertujuan untuk menyuntik semangat melayani kepada para pelayan altar yang baru dan yang lama di dalam pelayanan mereka di gereja, serta menyedarkan para pelayan altar untuk lebih berkomitmen dan bertanggungjawab dalam pelayanan mereka. Di samping itu, kem ini juga dapat menyatukan para pelayan altar dari pelbagai paroki dalam mengongsikan pengalaman dan pengetahuan mereka antara sesama.
Antara aktiviti untuk hari pertama: Pendaftaran, Makan Malam dan taklimat singkat
Untuk hari pertama, para peserta telah datang seawal jam 2 petang untuk pendaftaran. Sesi ceramah  telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Puan Rose Michael. Dalam sesi tersebut, beliau telah mengongsikan tentang ‘Mindset dalam pelayanan dan teamwork’. Beliau banyak menekankan tentang kepentingan untuk mempunyai mindset yang betul di dalam pelayanan gereja. Hal ini kerana, mindset yang sihat mampu melahirkan pelayan yang berkomitmen dalam pelayanan mereka. Program hari pertama selesai pada jam 10 malam dan ditutup dengan doa dan pemberkatan oleh Rev. Fr. Jasery, paderi paroki St. Martin Telupid.
Pn. Rose Michael, sebagai penceramah jemputan memberikan input
Pada hari kedua, penceramah yang sama iaitu Pn Rose Michael, menyampaikan topik ‘Dimanakah Tahan Pelayanan Saya?’. Kali ini para peserta telah dicabar oleh beliau untuk merenung dalam pelayanan mereka secara peribadi dan melihat sejauh mana tahap pelayan mereka. Beliau menyatakan bahawa tahap pelayan bagi setiap orang itu adalah berbeza-beza dan unik. Namun begitu setiap individu itu masih mempunyai potensi untuk berkembang bergantung kepada kesanggupan individu tersebut untuk belajar secara berterusan dan mempunyai mindset ‘Mahu’ (dalam pelayanan) secara dinamik. 
Antara peserta daripada paroki luar
Acara diteruskan dengan aktiviti teambuilding. Pada kesempatan ini, peserta mempunyai peluang untuk mempraktikan apa yang mereka telah pelajari di dalam ceramah melalui pelbagai aktiviti-aktiviti bekerja secara berkumpulan. 
Antara aktiviti teambuilding yang telah dijalankan 
Di waktu petang, sekali lagi peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti mendaki bukit Doji. Aktiviti ini agak lasak dan mencabar kerana kebanyakan laluan adalah licin dan curam. Namun hasil daripada kegigihan dan kerjasama berkumpulan yang telah menyatukan para peserta, mereka telah berjaya menawan bukit Doji dengan jayanya. Aktiviti sukaneka juga telah diadakan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendaki.
Aktiviti Lasak: Mendaki Bukit Doji 
Dalam aktiviti malam, para peserta berkesempatan untuk duduk dan merenung serta berdoa pada Tuhan, memohon kekuatan dalam pelayan mereka di dalam doa Taize. Aktiviti pada hari tersebut diakhiri dengan perkongsian daripada wakil peserta dari setiap paroki yang hadir.
Doa Taize dan Adorasi
Pada hari terakhir, peserta juga berkesempatan menghadiri misa kudus di paroki dan bergambar bersama paderi paroki. Selepas itu, peserta di beri peluang untuk berkongsi pengalaman dalam kumpulan di akhir acara program ini. Selepas doa penutup, semua peserta dan juga para jemputan diajak bersama dalam makan tengah hari dan fellowship. Acara selesai sepenuhnya pada jam 2 petang selepas para pelayan altar bergotong royong untuk membersihkan kawasan gereja.
Perkongsian pengalaman dan sesi autograph pada hari terakhir

Bergambar berkumpulan selepas doa taize pada malam terakhir

Saturday, March 18, 2017

SERVE WITH A HUMBLE HEART

By : Julita Kantod

Holy Trinity Parish Tawau – A short recollection organised by the PPC (Parish Council Committee) members was presided over by Rev. Fr. Philip A Muji. It began with a Eucharistic celebration at 7.30 in the morning on the 4th March 2017. 
PPC or the Parish Pastoral committee is one of the main service teams in the church. It acts as a consultative body thus, were expected to become a model in spiritual maturity. The committee together with a few members of the CCR music ministry led the praise and worship before the mass began.
This recollection hoped to refresh and sustain their knowledge, skills and courage that nourished by the grace of God they may be faithful and effective in their service.
Rev. Fr. Philip in his homily stressed on the importance of spiritual food to all ministers of the Church especially the PPC members, for them to gain wisdom and enlightenment to maintain the welfare of the church. He said, “As a member of the PPC, you are the focus of the people in the course of implementation of any spiritual development activities in the church. Without God’s grace and guidance, your faith will easily loosen and weaken. All of us require a firm and strong momentum to face challenges in our services as we are facing with human nature and thus you must give yourself the opportunity to receive the gift of wisdom through this recollection“.
He also said that, “Your concern to the current issues is also very important so that you can evaluate and do something to protect our faith from being corrupted by irresponsible ideologies. Pray for strength and inspiration from God so that you will be granted the knowledge and wisdom that accompany you in your service to the church“.
He ended his homily by expressing gratitude to all those present in that recollection.

There were 3 main topics presented, as well as group sharing on ministering their respective groups besides being a PPC member.
1. Leadership in serving was presented by Mario Domingo, Family Life Vice-Chairman who is also an ex- PPC chairman.
In his sharing, he said that being a leader in the church can never be compared to the outside leadership. Serving the church means we are the precious servants of Christ that bring the people of God into awareness of the real presence of God in our daily lives by humbling ourselves to offer our service to others. "Being a leader of the Church one must be a servant of all, a humble servant, dependent on the wisdom of God, firm in the faith and patient. It is not about power or authority but it is all about how others see Christ in us and in our action.
2. Serving with Love was presented by Sr. Julita Joseph -FSIC
Serving is an act that is free from feeling forced or coerced but it is a service of encouraging, caring, loving, comforting and usually a rewarding lives. It is very different, when we complete a work that usually ends with tiredness and dissatisfaction because we are forced to do something, not out of our willingness and honesty. A true and pure action comes from the heart and soul. It is always uplifting and full of peace and satisfaction. Serving the Lord is not a job to accomplish but the love of Christ may be reflected through us.
3. Sustaining the Spirit of Leadership in Serving was presented by seminarian Arthur John.
To understand and discern our call as a leader in the church is very important. Being positive and creative in leadership contribute to the sense of confidence, attentiveness, calmness and prudent in leading. Thus, it will always provide the spirit of serving in faithfulness. 
After the sharing of the three leaders, personal sharing was then open to all participants before the summary was given.
The participants were then encouraged to a deeper reflection as to what fruits they experienced personally and in others. Did Christ’s love become the foundation or model of their service towards others? The wisdom, strength and spirit of service are from God; true servants of Christ will continue to offer themselves humbly for the benefit of others without expecting anything in return.
Participants shared that all the topics presented had inspired them personally. “Without the wisdom and love from God, all action that has been executed is only an action without love that does not benefit God’s Kingdom. Serving the Church is equal to serving God “ Julita said.
The Recollection ended with “Washing of the Feet” as a symbol of humble service to one another as shown by our Lord Jesus, the Model of Servanthood.
The program ended at 2.30 in the afternoon with a prayer led by Mario followed by light refreshment.

Tuesday, March 7, 2017

Ulang Tahun Pentahbisan Rev Fr. Marcelinus yang Ke-21

Artikel oleh Farnandes

Gambar oleh Matius & Jaymar

Lahad Datu – Pada 19 Februari 2017, Ulang tahun Pentahbisan Kepaderian Fr. Marcelinus Pongking yang ke-21 telah dirayakan oleh umat di Paroki St. Dominic.
Dalam ucapan, Fr. Simon mengucapkan syukur dan terima kasih atas kesempatan para umat untuk merayakan hari ulang tahun tersebut. "Kehadiran kamu semua disini sangat bererti bagi kami kerana ini adalah tanda kesatuan kita di gereja St. Dominic. Lebih-lebih lagi sokongan anda kepada kami, khususnya kepada Fr. Marcellinus yang kita rayakan pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada beliau yang telah melayani lebih kurang 6 tahun bersama-sama saya. Doakanlah kami agar terus setia di dalam pelayanan kami”. Demikianlah kata-kata aluan daripada Rev Fr Simon selaku Rektor paroki
“Tuhan siapa aku adalah hadiah-Mu padaku, Jadikanlah hadiah-Mu ini sebagai pujianku pada-Mu, bentuk dan pakailah hidupku menurut kehendak-Mu”.
“Hidup diri ini merupakan doa pada semua orang, doakanlah aku agar diri ini menjadi paderi yang baik, pengasih dan kudus agar kehendak Allah terjadi melalui diri ini menurut kehendak-Nya”.
Demikianlah 2 ayat yang ditulis oleh Rev. Fr Marcellinus setahun sebelum dia ditahbiskan sebagai paderi. Ayat tersebut dicipta dan dijadikan dorongan untuk beliau apabila ditahbis menjadi paderi sehinggalah pada hari ini. Beliau turut menceritakan perasaan dukacitanya kerana menganggap bahawa walaupun telah 21 tahun beliau menjadi paderi, beliau masih merasakan pelayanannya berkekurangan. Ini kerana apa yang telah dilaksanakan sepertinya kurang menepati ayat pedomannya. Sama seperti kata-kata Santo Petrus “Roh itu mahu tetapi daging itu lemah”
Fr. Marcellinus turut berterima kasih kepada semua yang hadir dan bersyukur atas segala yang telah diberikan kepada paroki dan dalam komiti. Beliau juga sangat mengagumi pelayanan Rev Fr Simon yang begitu bersemangat  dan setia di dalam pelayanan pastoralnya serta di dalam pentadbirannya sebagai Rektor paroki. Beliau juga sangat berterima kasih kepada fr Simon kerana memahami dirinya serta kekurangannya. “Walaupun terdapat kegagalan dan kelemahan di dalam pelayanan saya, saya tetap percaya saya masih melayani dengan hati dan doakanlah kami berdua terutama diri ini yang masih memerlukan sokongan doa dari anda". Demikianlah ucapan beliau.
Majlis pada hari tersebut diteruskan dengan upacara pemotongan kek, jamuan dan persembahan dari umat. Majlis berakhir lebih kurang jam 4pm.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent