Laporan: Philippa Philip
Gambar - Gambar: Ester Ermelissa Johannes
Bundu Tuhan - Hampir 3 bulan sudah berlalu sejak program Sabah Youth Day 4 (SYD4) diadakan pada 6 sehingga 10 Jun 2016 di Gereja Holy Trinity, Tawau. Namun sehingga ke hari ini, suasana masa itu masih terngiang - ngiang di fikiran dan hati serta ramai belia masih bercerita dan berkongsi pengalaman yang mereka perolehi sepanjang program ini. Ini termasuk juga di kalangan penganjur SYD4 itu sendiri.

Pada tanggal 19-21 Ogos yang lalu, pihak penganjur SYD4 telah
mengadakan postmortem untuk melihat dan menilai keberkesanan setiap tim dalam menjayakan penganjuran SYD4 ini serta memberi cadangan penambah-baikan bagi penganjuran SYD akan datang. Para penganjur dibawa untuk mengimbas kembali suasana SYD4 melalui tayangan video pada hari pertama.
Hari kedua telah dimulakan dengan doa pagi iaitu
“Lectio Divina” diikuti dengan sarapan pagi. Kemudian pertemuan ini diisi dengan
sesi “Passion for Excellence” yang disampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh. Dalam
sesi ini, Sr. Lilian membawa semua MOT dan Sub MOT untuk melihat kembali semua
perkara yang terjadi sepanjang persiapan dan semasa program SYD4. Sesi diteruskan dengan perkongsian beberapa orang penganjur mengenai cabaran dan kejayaan
mereka semasa SYD dan diakhiri dengan Misa Harian yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Sunny Chung, selaku Penasihat Rohani SYD4.
Pada sebelah petang, postmortem dimulai dengan lagu puji-pujian dan doa. Agenda pertama dalam postmortem adalah laporan dari pihak LOT. Postmortem sudah pun diadakan bersama dengan pihak Majlis Pastoral Paroki Holy Trinity, Tawau pada 10 Ogos 2016 yang lalu bersama - sama dengan Paderi Paroki Msgr. Nisholas Ong. Kesimpulan daripada postmortem itu, kebanyakkan masalah berlaku akibat kurang komunikasi antara satu dengan yang lain. Oleh yang demikian, segala informasi perlu di komunikasikan kepada pihak tuan rumah seawal yang boleh agar segala persediaan dapat dijalankan lebih awal dan lebih baik.
Pihak MPP Tawau sangat memberikan pujian kepada rakan belia, rakan belia 3 khususnya kerana mereka sangat memberikan kerjasama yang baik sepanjang program SYD berlangsung terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan. Semua LOT telah memberikan yang terbaik sebelum, semasa dan selepas SYD, ucapan tahniah dan penghargaan diberikan kepada semua Tim LOT. Postmortem ditangguhkan pada jam 6 petang dan disambung pada keesokan hari.

Postmortem bersama LOT SYD4, MPP Tawau dan Msgr. Nicholas Ong selaku Paderi Paroki pada 10 Ogos 2016 bertempat di Dewan Konferansi Gereja Holy Trinity, Tawau. |
Pemberian cenderakenangan berbentuk Tshirt dan gelas khusus buat para penganjur sebagai tanda penghargaan diatas usaha dan sokongan yang telah diberikan sejak awal sehingga selesainya program SYD4. |
Sebahagian MPP Tawau yang menerima cenderakenangan dari MOT |
Yes! We made it! |
Pada sebelah malam pula, sesi rekonsilasi dan afirmasi diadakan dikalangan MOT dan Sub - MOT yang hadir. Ini sangat penting bagi penganjuran sebesar SYD, pastinya dikala menjalankan tugasan sepanjang SYD4, ada terjadi salah faham malah ada yang tertinggi suara disebabkan oleh keadaan pada masa itu. Maka sesuai sekali diadakan rekonsilasi dan afirmasi ini agar, semua pihak dapat terus diteguhkan iman serta pelayanan mereka.
Masing - masing memberi afirmasi antara satu dengan yang lain dengan menulis kata-kata galakkan di sekeping kad yang digantung pada leher dan diletakkan dibelakang badan |
Sama seperti para LOT SYD 4 dan MPP Holy Trinity Tawau, para penganjur MOT dan Sub - MOT yang hadir juga diberikan cenderakenangan khas sebagai tanda penghargaan kepada setiap penganjur.
Sebahagian MOT dan Sub -MOT |
Semua yang menerima 'Gift' tersebut bersukacita! |
Malam rekonsilasi dan afirmasi diakhiri dengan saat teduh adorasi yang
dipimpin oleh Diakon Christopher Irenus.
Pada hari berikutnya, pertemuan dimulakan dengan Misa pagi yang
diselebrankan oleh Fr. Roney Mailap yang juga merupakan Penasihat Rohani bagi SYD4. Postmortem diteruskan selepas sarapan pagi.
Pada laporan kali ini, daripada Tim MOT itu sendiri sama seperti LOT SYD4 menyatakan bahawa masalah utama yang dihadapi adalah komunikasi. Penganjuran SYD adalah unik dan istimewa kerana penganjurnya datang daripada ketiga - tiga keuskupan di Sabah dan jarak antara satu dengan yang lain sangat jauh. Inilah cabaran yang dihadapi setiap kali mesyuarat SYD4 diadakan. Namun, dapat ditangani dengan sebaik mungkin kerana berkat persahabatan yang ikhlas terjalin dikalangan penganjur. Ini adalah kekuatan penganjur itu sendiri - persahabatan!
Sekali lagi, rakan
belia mendapat pujian, rakan belia sangat memberikan kerjasama yang baik
terutamanya dalam program-program yang dijalankan. Postmortem kali ini banyak
berbincang mengenai kejayaan dan kegagalan semasa SYD serta memberikan cadangan - cadangan untuk memperbaiki penganjuran SYD akan datang.
Wajarlah jika sebuah penganjuran program ada baik dan ada buruk, ada suka dan ada duka kerana semuanya terjadi mengikut rencana dan kehendak Tuhan. Apa yang baik kita syukuri dan apa yang lemah itu dijadikan sebagai pengajaran dan diperbaiki. Tetapi apa pun yang terjadi pasti ada sebab disebaliknya dan apa pun yang terjadi seperti yang sering dikatakan oleh Koordinator SYD4 iaitu saudari Anna “sama-sama mula, sama-sama habis.”
Semua perkara yang dibincang akan difailkan bersama untuk rujukan SYD pada masa hadapan. Postmortem berakhir kira-kira pukul 2 petang dan diakhiri dengan pembubaran rasmi Tim Penganjur SYD4 oleh saudari Anna. Sehingga berjumpa lagi di SYD 5.
Be a joyful Missionary! |
Pada laporan kali ini, daripada Tim MOT itu sendiri sama seperti LOT SYD4 menyatakan bahawa masalah utama yang dihadapi adalah komunikasi. Penganjuran SYD adalah unik dan istimewa kerana penganjurnya datang daripada ketiga - tiga keuskupan di Sabah dan jarak antara satu dengan yang lain sangat jauh. Inilah cabaran yang dihadapi setiap kali mesyuarat SYD4 diadakan. Namun, dapat ditangani dengan sebaik mungkin kerana berkat persahabatan yang ikhlas terjalin dikalangan penganjur. Ini adalah kekuatan penganjur itu sendiri - persahabatan!
Postmortem SYD4 |
Wajarlah jika sebuah penganjuran program ada baik dan ada buruk, ada suka dan ada duka kerana semuanya terjadi mengikut rencana dan kehendak Tuhan. Apa yang baik kita syukuri dan apa yang lemah itu dijadikan sebagai pengajaran dan diperbaiki. Tetapi apa pun yang terjadi pasti ada sebab disebaliknya dan apa pun yang terjadi seperti yang sering dikatakan oleh Koordinator SYD4 iaitu saudari Anna “sama-sama mula, sama-sama habis.”
Semua perkara yang dibincang akan difailkan bersama untuk rujukan SYD pada masa hadapan. Postmortem berakhir kira-kira pukul 2 petang dan diakhiri dengan pembubaran rasmi Tim Penganjur SYD4 oleh saudari Anna. Sehingga berjumpa lagi di SYD 5.
"Pada hari ini, 21 haribulan lapan 2016, pada jam 2, 27 minit, 18 saat, saya Koordinator SYD4 dengan rasminya pembubarkan penganjur SYD4 2016!" |
Antara wajah- wajah MOT dan SUb - MOT SYD4 yang hadir |
Yes!!!! We Made it!! Until Next Time... see you in SYD5! |
No comments:
Post a Comment