Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 19, 2016

Kem Kerohanian Kanak-kanak Pertemuan Minggu Gembira (PMG) Gereja St Petrus, Sg Manila

Disediakan oleh Emmanuel Ivan
Gambar oleh Martin Celestine dan Hanc Elry Majn

Pada 6 – 7 Ogos 2016 yang lalu, Kem Kerohanian Kanak-kanak PMG telah diadakan di Gereja St Petrus, Sungai Manila, Sandakan anjuran para pembimbing PMG dan para belia Gereja St Petrus. Aktiviti tahunan ini telah disertai seramai 21 peserta.
Proses Pendaftaran dikendalikan oleh pembimbing PMG, saudara Emmanuel Ivan 
Pada hari pertama, program bermula dengan proses pendaftaran yang dikendalikan oleh pembimbing PMG iaitu saudara Emmanuel Ivan. Sejurus selepas mendaftar kanak-kanak dihidangkan dengan sarapan pagi yang telah di bawa secara potluck oleh ibu bapa. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi ice-breaking dalam bentuk games dan diikuti dengan pengagihan kumpulan yang dikendalikan oleh saudara Janarius Majin. Aktiviti diteruskan dengan Sesi Praise and Worship yang dipimpin oleh saudara Adrely Benjamin. 
Sesi Ice Breaking Games dikendalikan oleh saudara Janarius Majin


Saudari Anna Teresa Peter Amandus, Koordinator Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan turut hadir bersama dengan tim untuk menjayakan kem tersebut. Sesi pengenalan kem telah disampaikan oleh saudara Emmanuel, selaku penyelaras program kem dan pembimbing PMG.

Kunjungan dan pengenalan dari Koordinator Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan, saudari Anna Teresa Peter Amandus dan tim.

Peserta PMG dihidangkan dengan makan tengahari bersama di Dewan Mini yang disediakan oleh pihak Kerasulan Wanita Katolik Gereja St Petrus. Selesai makan tengahari, aktiviti diteruskan dengan Sesi Meditasi yang dipimpin oleh saudara Albert Majin. Dalam meditasi tersebut, para peserta dikongsikan dengan cara bermeditasi dengan menggunakan semua pancaindera yang telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita semua dengan kaedah betul sebagai tanda bersyukur di atas anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Sesi meditasi ini juga turut membawa para peserta untuk menenangkan diri dan merehatkan minda.
Sesi Praise and Worship bersama untuk memuji Tuhan dipimpin oleh saudara Janarius Majin dan saudara Adrely Benjamin

Selesai meditasi, sesi diteruskan dengan Praise and Worship. Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan Running Man and Challenge satu aktiviti fisikal yang mencabar para peserta untuk bergerak dalam kumpulan dan menyelesaikan cabaran di setiap stesen yang berbeza. Ini adalah untuk menguji sejauh mana kerjasama antara peserta dalam menyelesaikan sesuatu cabaran dan permainan tersebut. Selesai dengan aktiviti ini peserta dihidangkan dengan minum petang yang disediakan oleh pihak KWK. 

Sesi Meditasi yang dipimpin oleh saudara Albert Majin
Pada sebelah malam, peserta dijamu dengan makan malam di Dewan Mini. Sesi diteruskan Malam Refleksi Diri dengan mengelilingi unggun api yang dipimpin oleh saudara Emmanuel Ivan, sesi tersebut dimulakan dengan nyanyian bersama lagu “Ku Mau Cinta Yesus” diikuti dengan doa pembukaan. Para peserta dibawa untuk berkongsi suka duka bersama dan berkongsi pengalaman serta apa yang telah mereka pelajari sepanjang satu hari kem ini. Sesi ini menggalakkan para peserta untuk berani menonjolkan diri dalam berkomunikasi dengan orang ramai dan menanam sikap simpati dan peduli terhadap orang sekeliling. Sebelum berehat, peserta dihidangkan dengan minum malam dan acara berakhir pada jam 10 malam.

Sesi Malam Refleksi Diri dipimpin oleh saudara Emmanuel Ivan
 Antara wajah-wajah peserta yang turut memberi perkongsian

Seawal jam 7 pagi pada hari kedua, para peserta dibawa dalam doa dan senaman pagi yang dipimpin oleh saudara Emmanuel Ivan. Para peserta sangat bertenaga dan tidak sabar untuk memulakan hari yang baru. Para peserta bersarapan pagi sebelum bersiap untuk menghadiri Misa Kudus. Sebagai persiapan Misa Kudus, para peserta dibawa bersama dalam Doa Rosari dipimpin oleh para peserta itu sendiri.

Aktiviti Senaman Pagi

Sesi Doa Rosari yang dipimpin oleh peserta

Misa Kudus bermula pada jam 11 pagi yang diselebran oleh Fr Stanley William Matakim. Selesai Misa Kudus, ucapan penutup disampaikan oleh saudara Emmanuel Ivan, selaku Penyelaras Kem Kerohanian Kanak-kanak PMG. Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya ibu bapa dan para belia yang turut sama menjayakan program tersebut. Kem Rohani ini diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Fr Stanley kepada para peserta diikuti dengan sesi bergambar bersama sebagai tanda kenangan serta makan tengah hari di Dewan Mini St Petrus, Sungai Manila.

Sesi bergambar bersama dengan Fr Stanley 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent