Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 8, 2015

RUMAH TERBUKA KRISMAS DAN TAHUN BARU PAROKI KATEDRAL ST. MARY

Dilapor oleh DaliusLL, SOCCOM Paroki
Sandakan : Paroki Katedral St Mary menyambut perayaan Krismas dan Tahun Baru serentak pada Ahad, 4hb Januari 2015 yang dihadiri lebih daripada 500 umat. Sambutan ini dibuat pada awal tahun agar umat yang bercuti hujung tahun sempat menyambut perayaan 2-dalam-1 ini bersama-sama di Karedral St. Mary. Turut hadir bersama dalam perayaan ini adalah dua paderi pelawat dari Indonesia, Romo Bartholomeus dan Romo Lukas. 
Dalam ucapan alu-aluan Rektor Paroki, Fr. Thomas Makajil, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Pastoral Paroki (MPP) yang diketuai oleh Pilis Malim dalam penganjuran Rumah Terbuka tersebut. Penganjuran Rumah Terbuka yang julung kali dibuat peringkat paroki ini telah memberi peluang kepada semua umat di paroki ini untuk berinteraksi tanpa mengira kaum, suku dan bangsa.

Dari kiri-kanan : Pilis Malim, Sr Appollonia fsic, Romo Lukas, Fr Thomas, Romo Bartholomeus, Sr Veronica fsic
Fr. Thomas menerangkan bahawa perayaan ini merupakan satu saluran untuk kita semua di paroki ini bersatu; bukan sekadar kesatuan sesama sendiri tetapi juga kesatuan kita dengan Tuhan Yesus.
Akhir sekali Fr. Thomas menyeru semua umat agar melibatkan diri di dalam apa jua aktiviti gereja. Beliau berharap agar perayaan seumpama ini menjadi titik tolak ke arah kesatuan dan perpaduan umat yang lebih kukuh lagi di paroki ini selari dengan petikan Johanes 17 : 21, 'supaya mereka menjadi satu...' Penglibatan dan sokongan semua umat adalah penting di Katedral ini kerana ianya merupakan pusat bagi Keuskupan Sandakan.
Selepas ucapan rektor, semua umat dijemput santapan makan tengahari bersama-sama sambil dihiburkan dengan persembahan-persembahan daripada pelbagai komuniti di paroki ini, sketsa daripada belia dan cabutan nombor tiket bertuah. 
Sambutan bertambah meriah lagi dengan kehadiran Santa Claus yang membahagi-bahagikan hadiah kepada kanak-kanak. Perayaan 2-dalam-1 ini yang bermula pada jam 11.00 pagi berakhir pada jam 3.00 petang.

1 comment:

  1. Happy Chrismas and best wishes for a peacefull New Year to all of you
    Francis Walter
    PARIS

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent