Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 15, 2015

Perayaan Hari Natal dan Tahun Baru 2015 , Gereja St. Mark, Sandakan

Laporan dan gambar oleh
Alice Aban dan Maura Sin
Sandakan : Seramai 200 umat yang terdiri daripada pelbagai KKD di Gereja St. Mark telah bersama-sama untuk merayakan Perayaan Hari Natal dan Tahun Baru 2015 yang bertempat di Dewan Serbaguna Gereja St. Mark. Acara ini bermula sejurus selesai Misa Kudus Pesta Pembaptisan Tuhan, iaitu pada tanggal 11 Januari 2015. Turut bersama-sama di dalam Perayaan ini adalah Pembantu Rektor Paroki, Rev. Fr Philip Muji, Romo Bartholomeus dari Indonesia, Sr Lidwina rgs, sdra Demeh Koyopo, Pengerusi MPUK St Mark dan wakil-wakil KKD di sekitar Gereja St Mark.
Rev Fr. Philip, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Pelaksana bagi perayaan ini. Bersamaan dengan Perayaan Pesta Pembaptisan Tuhan yang menandakan kepada penghujung Natal dan permulaan kepada Tahun yang baru, beliau mengajak semua umat memperbaharui komitmen mereka dalam apa juga pelayanan di Gereja agar dapat melayani dengan lebih sungguh. 
Beliau juga menyeru kepada semua umat setempat agar bersatu dalam segala usahasama untuk memastikan projek pembinaan bangunan tambahan baru dapat dilaksanakan mengikut jadual. Bangunan tersebut dijangka siap dibina pada April.

Saudara Daniel Sipajon, Pengerusi Penganjur bagi perayaan ini menyuarakan perasaan gembira dan syukur atas kehadiran semua umat yang sudi meluangkan masa untuk berserta di dalam perayaan ini. Beliau juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua umat yang telah memberikan sumbangan dari pelbagai bentuk seperti wang, material, usaha, dan masa bagi memastikan program pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Beliau turut tidak melupakan para senior yang terlebih dahulu telah memberi usaha yang penuh bagi pembangunan Gereja St.Mark.


Selepas selesai acara makan, selain dari cabutan tiket bertuah dan teka kacang, umat dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada KKD St. Benedict dan juga KKD Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI). Acara permainan juga dianjurkan seperti musical chair dan makan epal. Kanak-kanak turut bergembira apabila diberi hadiah oleh Santa Claus. Melalui penglibatan semua umat di dalam acara persembahan dan permainan ini, ianya telah berjaya untuk merapatkan lagi hubungan persaudaraan di antara sesama tanpa mengira kaum. Perayaan ini berakhir pada jam 3.00 petang diiringi dengan Doa Penutup yang dipimpin oleh Romo Bartholomeus.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent