Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 9, 2012

YESUS DIPERKENALKAN KEPADA SEGALA BANGSA

Soccom Katedral St Mary

Hari Minggu sesudah oktaf Krismas adalah Hari Raya Epifani yang bermaksud 'Penampakan Tuhan' kepada semua bangsa yang diwakili oleh tiga raja yang berpandukan kepada bintang yang berakhir dengan penemuan Kristus di palungan. "Allah pencipta akan menuntun setiap manusia yang mencari kebenaran dan akan terjadi perubahan jalan hidup mereka apabila mereka menemui Kristus, kerana Dia adalah jalan dan kebenaran dan kehidupan itu sendiri". " Melihat Aku  kata Yesus akan melihat Bapa" demikianlah sedutan dari homili Fr. Thomas Makajil selaku selebran Misa Kudus di Gereja Our Lady of Fatima Beluran. Sandakan.

Hadiah emas, kemayan dan mur adalah merupakan hadiah yang melambangkan pernilaian yang tertinggi oleh Tiga raja  terhadap bayi Yesus. Menemui Kristus telah mengubah jalan hidup mereka, di mana akhirnya mereka memilih jalan yang baru. Kerana kembali ke jalan lama sudah pasti akan menemui Raja Herodes yang sedang menanti dengan niat jahatnya.

"Tiga raja itu telah mendahului dunia hari ini, terutamanya kaum belia yang sangat haus dengan ramalan-ramalan horoskop bagi jalan hidup mereka." Kata Fr. Thomas. "Kini tiga raja astrologi yang bijaksana itu pula sudah bersujud kepada bayi Juruselamat sebagai bintang terang yang baru bagi keselamatan mereka.

Alkitab mencatat dua kali terjadi pembunuhan massal terhadap anak-anak usia dua tahun ke bawah yang pertama di Mesir pada waktu kelahiran Musa dan kedua pada waktu kelahiran Yesus. Kedua peristiwa ini adalah bermotifkan politik kerana ketakutan muncul pemimpin yang bersaing dengan pemerintah ketika itu.

Betapa ramai manusia mengalami kesulitan untuk mencari Tuhan. Tugas kitalah mengantar Allah kepada mereka yang sedang mencariNya
Bacaan Pertama: Kitab Nabi Yesaya 60: 1-6
Kemuliaan Tuhan terbit atasmu
Sahutan dengan nyanyian Mazmur 71 (72)
Semua bangsa di dunia bersujud menyembah Tuhan
Bacaan Kedua: Efesus 3: 2-3a. 5.6
Kini telah dinyatakan bahawa para bangsa akan menjadi ahli waris dan peserta perjanjian
Pewartaan INJIL Matius 2: 1-12
Kami dari Timur mahu menyembah Sang Raja Baru
Rev. Fr. Thomas Makajil sedang menyampaikan homili
Paderi sedang menerima persembahan daripada umat

Selaku anak-anak Tuhan maka layak untuk berdoa "Bapa Kami" seperti yang di ajar oleh Tuhan Yesus sendiri

Menerima hosti bersatu dalam Tubuh Kristus
Kanak-kanak sedang mendengar cerita dari ibu mereka tentang kisah kelahiran Yesus
Berdoa dan pemberkatan serta pengutusan di akhir Misa Kudus
Fr. Thomas Makajil merumuskan homili minggu ini kepada tiga peringkat iaitu; pertama usaha mencari kebenaran seperti tiga raja itu pasti akan menemui Kristus. Kedua menemui Kristus sudah pasti akan menemui perubahan. Ketiga hati akan terbuka untuk memberikan sumbangan kepada Yesus. Kesempatan ini, Fr. Thomas menghargai umat yang komited dalam pelayanan kerohanian dan memberi sumbangan kepada Gereja selama ini.

2 comments:

  1. essay services reviews is filled
    with pleasures

    ReplyDelete
  2. Nice blog here! Also your web site rather a lot up very fast!
    What web host are you the use of? Can I get your associate hyperlink for your host?
    I want my web site loaded up as quickly as yours lol

    My site :: BillåN

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent