Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 3, 2012

MALAM CAHAYA LILIN LAHAD DATU

Oleh: Soccom Lahad Datu
Malam Cahaya Lilin merupakan peristiwa yang dinanti-nantikan oleh Komuniti Katolik di Paroki St Dominic Lahad Datu Sabah. Umat Katolik telah tiba seawal jam 4 petang pada 18 Disember. Program ini merupakan aktiviti kemuncak di mana kesemua ahli kumpulan karolers dan umat berhimpun di kawasan dataran Gereja, menantikan cahaya terang simbol kedatangan Kristus. Sebelum ini, para karolers telah melawat beberapa keluarga setiap malam sejak Misa Kudus Perutusan 4 Disember untuk memberitakan Khabar Sukacita kedatangan Juruselamat ke dunia.
Umat Katolik hadir untuk menyaksikan persembahan ' Malam Cahaya Lilin'
Upacara membahagikan cahaya lilin yang dimulakan dengan doa pendengaran Bacaan Sabda Tuhan dari Kitab Perjanjian Lama dan seterusnya bacaan penggenapan INJIL serta homili singkat oleh paderi.
Suasana 'Malam Cahaya Lilin' yang melambangkan Kristus adalah cahaya dunia yang harus dikongsikan kepada dunia.



Malam Cahaya Lilin dengan persembahan dan pertandingan lagu-lagu dan drama Natal dengan gaya  serta kreativiti tersendiri, telah mampu mewujudkan semangat Krismas. Kumpulan yang terbaik telah dimenangi oleh Komuniti Kristian Dasar, Silam. 

Sebelum berakhirnya ‘Carol By Candlelight’ ini, Rev Fr Simon Kontou mengucapkan doa penutup dan memberkati umat yang hadir. Lampu di sekitar dataran gereja dimatikan dan nyalaan lilin disebarkan dari Rev Fr Simon kepada umat sekeliling diiringi dengan lagu “Silent Night” dan “Joy to The World”.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent