Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 8, 2010

Umat Katolik Kg. Gading, Telupid berusaha menghidupi semangat KKD

Album kenangan bersama paderi Rev. Fr. Marcellinus Pongking. Paderi penguasa Gereja Katolik Paroki St. Martin Telupid.  Pengerusi KKD St. Monica Kg. Gading  Encik Yunus Bujak dan dibantu oleh Encik Martinus Eran.
Telupid.  Komuniti Kristian St. Monica Kg. Gading, Telupid berusaha untuk mempraktikkan kehidupan Kristian Dasar (KKD).  “ Bahawa KKD ini baru saja ditubuhkan pada 3 Mac 2009 dan kini sedang giat aktif melakukan aktiviti kerohanian dan kebajikan”. Kata Sdr Yunus Bujok selaku pengerusi umat Katolik di tempat itu.

“Kami melawat mereka yang memerlukan perhatian seperti  warga tua, uzur, sakit lumpuh dan sebagainya, di samping memberikan sumbangan makanan dan barangan dapur”.  Katanya.

KKD Gading juga sering kali mengadakan lawatan kerohanian ke kawasan Sugut.  Mereka mengatur program paderi ke kampong-kampung persekitaran seperti kg. Pamol dan kg. Gambaron untuk mengadakan Misa Kudus serta membantu menjayakan  seminar pembentukan kerohanian dan pendalaman iman.

KKD Gading berusaha berkerja sama untuk menjayakan misi Gereja di kawasan ini” katanya.

Yunus B. Bujok/ KKD St. Monica Kg. Gading. Telupid.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent