Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 20, 2010

Program Pendedahan Sukan Memanah dan Boling Padang bersama Pemberian Derma oleh YB Datuk Peter Pang

Sandakan - Satu program pendedahan sukan telah diadakan pada 17 Disember 2010 oleh Kementerian Belia dan Sukan Sandakan julung kalinya telah diadakan di Kompleks Sukan Sibuga Sandakan bersama pemberian derma oleh YB Datuk Peter Pang.

Program sepetang ini turut dihadiri oleh Paderi Paroki, Fr Thomas Makajil, John Baptis, Pengerusi MPP serta beberapa pemimpin Gereja yang lain termasuklah ahli-ahli Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.


Program ini yang mana telah dihadiri oleh belia sekurang-sekurang seramai 50 orang belia telah memberi nafas kepada sukan yang jarang-jarang sekali diminati oleh belia kini terutamanya Sukan Memanah (Archery) dan Lawn Bawl (Boling padang).


Datuk Peter Pang telah menyatakan dalam ucapan beliau akan keprihatinannya terhadap sukan ini yang mana sangat memerlukan penyertaan belia-belia kini sebagai peneraju kepada sukan ini selaras dengan matlamat KBSS bagi memajukan lagi sukan ini.


Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada sukan memanah (Archery). Dalam aktiviti ini, para belia diberi sedikit tunjuk ajar dan juga berpeluang untuk mencuba sendiri sukan memanah ini. Ketibaan Rev Fr Thomas Makajil telah memeriahkan lagi suasana apabila Rev Fr Thomas sendiri telah mencuba sukan memanah ini dengan disertai oleh YB Datuk Peter Pang.





Seterusnya, selepas satu jam kemudian, para belia diberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai teknik kemahiran dan strategi sukan boling padang (Lawn Bawl) di gelanggang boling padang Kompleks sukan. Di sini, para belia turut digalakkan untuk menyokong dan menyertai sukan ini kerana sukan ini berpotensi sekali untuk maju di Sabah.


Penyertaan belia amat menggalakkan untuk sukan ini kerana, kesemua belia terlibat dalam sesi latihan sukan ini pada waktu tersebut. Kosentrasi dan fokus begitu nampak sekali disetiap raut wajah belia apabila pengenalan dan tunjuk ajar mengenai teknik dan cara bermain oleh jurulatih-jurulatih sukan ini. Dalam kenyataan Puan Jenny yang merupakan salah seorang jurulatih sukan ini, percaya belia akan meminati sukan ini dalam segenap masa lagi.

Selepas sahaja program pendedahan kepada sukan ini, kesemua pelawat telah dihidangkan dengan minuman petang. Dan seterusnya upacara penutupan dan pemberian derma oleh YB Datuk Peter Pang. Beliau sekali lagi menyatakan dalam ucapan beliau bahawa pergerakkan belia adalah amat penting untuk masa hadapan. Selaras dengan pembangunan ekonomi yang pesat, belia juga merupakan salah satu aset penting dalam menjayakannya.


Beliau berharap, dengan pemberian derma berjumlah RM13'500.00 ini kepada Kerasulan Belia Paroki (Parish Youth Apostolate), sedikit sebanyak dapat membantu dan menyokong pergerakkan aktiviti belia. Saudara John Baptis yang mana telah menerima derma ini daripada YB Datuk Peter Pang telah menyatakan perasaan gembira beliau dan mengucapkan kata penghargaan kepada YB Datuk Peter Pang dan saudara Peter Rajah yang berusaha menjayakan program ini.


Dalam ucapan beliau, program ini yang julung kalinya diadakan bersama dengan KBSS menjadi sejarah Gereja. Beliau menyeru kepada belia agar dapat bersama-sama menjayakan segala aktiviti yang dianjurkan sebagai satu pembangunan kepada diri belia sendiri.

Acara diakhiri dengan bergambar beramai-ramai dan juga sedikit pertemuan dan nasihat oleh YB Datuk Peter Pang kepada belia-belia di gelanggang boling padang.



Soccom
Teks: Schoffal/Joanne
Foto: Timmy/Christy

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent