Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 22, 2010

PERANAN BELIA REMAJA DALAM KKD - KKD MERAK

Sesi perkongsian bersama belia TRBR.

Sandakan: Satu pertemuan belia remaja KKD MERAK telah diadakan pada 11hb Disember 2010 bertempat di St. Leonard's Home Youth Centre, Batu 2 1/2, Sandakan yang bertujuan memberi pendedahan kepada para belia remaja dalam KKDnya untuk mereka mengetahui dan mengenal peranan mereka dalam KKD.

Beliawanis KKD MERAK yang khusyuk mendengar.

Matheus Sodomon

Saudara Matius Sodomon selaku Kordinator KKD MERAK telah mengongsikan satu sesi bertajuk 'Pengenalan Pentingnya Ada Belia Remaja Di dalam Kesatuan KKD'. 

Belia TRBR yang aktif dalam pelayanan yang datang memberi perkongsian.
(Kiri - Kanan: Michelle Cornelius, Verralene Julian, Raymo Kintet dan Royner Patrick Asang)

Selain itu, Royner Patrick Asang, salah seorang belia remaja dari KKD MERAK, memberi perkongsian tentang pegalamannya selama bergiat aktif dalam pelayanan Tim Rakan Belia Remaja (TRBR) selaku Pengerusi untuk tahun 2010.

Saudari Edna yang sudi memperkongsikan pegalaman pahit manis melayani.

Edna Sylvester dari Tim Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan juga ada memberi perkongsian. Dia menceritakan bahawa pelayanannya membawa dia terbuka hati untuk menjawab panggilan Tuhan untuk menjadi seorang religius.
Sr. Lilian juga turut memperkongsikan pengertian pelayanan kepada belia remaja KKD MERAK.

Sr Lilian Unsoh, fsic turut hadir memberi kefahaman yang lebih terperinci dan mendalam bagi segala konteks pelayanan untuk seorang belia remaja.

Sesi makan bersama-sama.


A. M. @ MOKOK

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent