Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 26, 2010

Pesta Kaamatan Peringkat Paroki St Martin, Telupid

TELUPID (22 Mei): Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Paroki yang diadakan di Chapel St. Mary, Kg. Wonod telah dihadiri lebih kurang 300 umat terdiri dari masyarakat pelbagai kaum.

Misa Kudus Kaamatan dirayakan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan Fr. Marcellinus Pongking selaku Paderi Paroki bermula 10.00 pagi.

Melalui tema pada tahun ini iaitu ‘Budaya Berkomuniti Berpusatkan Kristus’, Bapa Uskup sekali lagi menjemput umat untuk memfokuskan nilai hidup Yesus Kristus yang membawa erti ‘Sumber Hidup’ dalam komuniti.
“Kenyataan ini sangat jelas, namun bukan mudah untuk mencapai jika kita tidak beri perhatian maksud tema ini supaya menjadi amalan budaya harian”, jelasnya.
Bapa Uskup amat gembira melihat Pesta Kaamatan kini perlahan-lahan telah menjadi wadah Sabda Tuhan untuk sampai ke pendengaran umat dan umat kristian mempunyai sebab untuk bersyukur dan berpesta kerana berjaya menemukan “mesej Tuhan”.
 Selepas misa, umat beredar ke sebuah khemah yang dibuat khas berhampiran chapel hasil gotong royong dimana acara pentas diadakan. Dengan kehadiran pemimpin masyarakat tempatan dapat juga merasakan suasana makan bersama yang menjadi lambang kesatuan dalam Kristus lebih-lebih lagi kehadiran Bapa Uskup.

Turut hadir ialah Pengerusi MPPT, Albert Matusin, Pengerusi Pelaksana Kaamatan Peringkat Paroki, Jikol Gambud, Pemaju Mukim Liwogu Jonybone Kurum serta Ketua Kampung Wonod, Taikong Gawah. 

 Lawrence Matusin
SOCCOM Paroki SMT

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent