Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 6, 2010

LAWATAN KE 'SAGA' BERSAMA BELIA SEIMAN


SANDAKAN,11 April : Seramai 30 orang belia TRBR( Tim Rakan Belia Remaja) menyertai lawatan ke SAGA semasa cuti minggu . Lawatan ini bertempat di Batu.4, Bandar Indah dan dibimbing oleh Rev. Fr.Paul Lo dan Sr.M.Lilian fsic. SAGA atau dikenali sebagai Sandakan Aids Support Group Association bertujuan membolehkan masyarakat umum mengenali penyakit HIV/AIDS dengan lebih dekat dan membuka peluang kepada pesakit mendapatkan bantuan agar mereka tidak tersisih.
Lawatan ini dimeriahkan dengan penyertaan belia JCC. Lawatan bermula dengan sambutan pihak SAGA yang turut disertai oleh Sdri.Lilian Pang, Sdra Chung C.H. dan Sdri. Donna Mathew. Seterusnya, ceramah disampaikan oleh Doktor Sindhu yang bertugas di Hospital Duchess of Kent dan sebagai staf sukarelawan SAGA juga.

Dalam ceramah tersebut, Doktor Sindhu memberi pengetahuan tentang HIV & AIDS dari aspek perbezaan namanya, cara mengelakkan, dan cara jangkitan berlaku. Ini dapat membantu belia memahami dengan lebih luas kesan-kesan HIV/AIDS.
Seterusnya, setelah mendengar ceramah HIV/AIDS, sedikit pengenalan tentang SAGA yang disampaikan oleh Doktor Faizal, juga seorang doktor dari Hospital Duchess Of Kent. Beliau berkata, jika seseorang yang kita kenali, adalah HIV positif, sekurang-kurangnya layanilah mereka seperti biasa dan jangan mengadili mereka. Sebaliknya, banyakkan doa, lawat, bersalam, berinteraksi, memberi sokongan dan tunjukkan keprihatinan yang amat mereka perlukan.
Dengan itu, belia yang berumur 18 tahun ke atas dipelawa menjadi sukarelawan SAGA. Maklumat selanjutnya, boleh diperolehi melalui blog: sandakansaga.blogspot.com.Selepas selesai ceramah, program disusuli dengan jamuan ringan dan sessi bergambar



Miriam Lee

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent