Katedral St Mary, Sandakan
Sandakan: Seramai lebih kurang 35 peserta dari Katedral St Mary, Sandakan telah menyertai Seminar Penggunaan Buku Siri Katekatikal Malaysia (SKM). Seminar ini merupakan anjuran Komiti Katekatikal Katedral St Mary yang dipengerusikan oleh Sr Liliana Gubod, fsic. Penceramah jemputan ialah Sr Veronica Kandaung, fsic merangkap Pengarah Pejabat Katekatikal dan Peyelaras Komisi Katekatikal Keuskupan Sandakan.
Sr Liliana Gubod, fsic
Sewaktu Pentakhtaan Alkitab, Dikon David Aloysius Garaman ada menyatakan dalam khutbahnya mengenai misi penginjilan melalui pelayanan Kateketikal.
Dikon David Aloysius Garaman
Sepanjang seminar yang berlangsung pada Sabtu, 8hb hingga Ahad, 9hb Mei 2010 para peserta telah didedahkan dengan pelbagai input iaitu erti istilah-istilah dalam kateketikal, cara-cara penggunaan Buku SKM dan kaedah mempersiapkan Katekesis. Seminar tersebut diperkukuhkan pula dengan satu bengkel di mana para peserta berpeluang menyediakan contoh rancangan katekesis mingguan dengan format yang betul serta menyiapkan kertas kerja bagi suatu seminar berkatekesis.
Tema Minggu Kateketikal bagi tahun ini ialah "Ibubapa adalah Katekis yang Utama" (Parent are Primary Catechists). Pada akhir seminar, Sr Veronica sempat memberikan 'kerja rumah' untuk para peserta di mana mereka diminta untuk menyiapkan satu kertas kerja yang lengkap bagi menganjurkan satu seminar pada tahun ini dengan tema tersebut.
Sebelum itu, pada 5hb Mei yang lalu, Paderi Paroki, Rev Fr Thomas Makajil bersama para perwakilan dari Majlis Pastoral Paroki dan semua komiti yang ada di Katedral St Mary telah dijemput oleh Komiti Katekatikal Paroki Katedral St Mary untuk melihat susunan carta organisasi yang betul bagi pembentukan Komiti Katekatikal Pusat dan Sub-sub Komiti Katekatikal di St Mary, Sandakan.
Francis Tan, Setiausaha Eksekutif Keuskupan Sandakan telah menerangkan secara ringkas tentang Buku Panduan Umum untuk Katekesis (General Directory for Catechesis).
Kemudian, Sr Veronica menerangkan secara terperinci mengenai Carta Organisasi Katekatikal dan diperjelaskan lagi oleh Fr Thomas.
Berikut ialah bentuk carta tersebut:
oleh DSsj
Sebelum itu, pada 5hb Mei yang lalu, Paderi Paroki, Rev Fr Thomas Makajil bersama para perwakilan dari Majlis Pastoral Paroki dan semua komiti yang ada di Katedral St Mary telah dijemput oleh Komiti Katekatikal Paroki Katedral St Mary untuk melihat susunan carta organisasi yang betul bagi pembentukan Komiti Katekatikal Pusat dan Sub-sub Komiti Katekatikal di St Mary, Sandakan.
Francis Tan
Sr Veronica Kandaung, fsic dan Fr Thomas Makajil
Berikut ialah bentuk carta tersebut:
oleh DSsj
No comments:
Post a Comment