Jamuan Amal yang telah diadakan di Dewan Warga Tua, Sri Harapan, Bt.5, Jalan Sibuga, Sandakan ini menjadi tempat untuk umat-umat daripada gereja lain bersatu, berinteraksi dan berkongsi pengalaman masing-masing tentang pelayanan. Jamuan Amal ini telah disertai oleh Gereja Basel, Sidang Injil Borneo, Fellowsip, Filadelfia, Anglikan dan 2 orang perwakilan dari Gereja Katolik Katedral St. Mary Sandakan iaitu Saudari Annie Rokneh Jalani dan Airene A. Gumanas.
(Dari kiri: Airene, Annie (St. Mary), Awang Gariman & isteri (Anglikan) & Jasli (SIB)
Acara dimulakan dengan doa pembukaan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Pelaksana Jamuan Amal 2009 iaitu Penatua Dison Awong. Kemudian diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Sandakan Interchurch BM iaitu Pastor Erna Giting. Dalam ucapan berkenaan jamuan amal yang dianjurkan bukanlah semata-mata untuk mengumpul dana bagi tujuan penginjilan tetapi mesej untuk bersatu, saling bantu-membantu mereka yang memerlukan dan terpenting sekali menyebarkan Khabar Baik iaitu Yesus Kristus bagi mereka yang belum lagi mengenal Tuhan.
Persembahan solo/kumpulan (nyanyian) dan ‘Cabutan Nama Berkat’ (cabutan tiket bertuah) telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Acara diakhiri dengan doa penutup oleh Pastor Ng Kiat Ming (Gereja Basel).
Disediakan oleh,
Airene A. Gumanas
DSOCCOMCaag
No comments:
Post a Comment