Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 27, 2009

Aktiviti Komiti Katekatikal



Para peserta, penanggung dan ibubapa.

Telupid- Seramai 81 orang peserta telah menyertai aktiviti Komiti Katekatikal Zon Pekan Santo Martinus pada Sabtu 22 Ogos 2009 yang berlangsung selama sehari suntuk di Dewan Bishop Simon Fung, disini.

Pengerusi Katekatikal Paroki, Sdra Richard Lobinjang berkata, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan di antara para calon, ibubapa dan pembimbing.

Peserta yang terdiri daripada Pertemuan Minggu Gembira (PMG) 38 perserta, Calon Penguatan 23 peserta dan calon Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) 20 peserta.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah – PMG (Pertandingan Melukis/Mewarna, membaca petikan Alkitab), Penguatan (Pementasan hasil daripada pemahaman petikan Alkitab) dan IKD (Pemahaman tentang Alkitab).



Fr Marcellinus menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi salah satu acara pada hari tersebut

Dalam ucapan Rektor Paroki, Fr. Marcellinus Pongking semasa menutup aktiviti tersebut merakamkan penghargaan kepada komiti yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap komiti yang lain dapat menganjurkan program berkaitan untuk pengisian takwim komiti masing-masing.


Sumbangan : Sdra Lawrence Matusin

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent