Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 10, 2009

HARI PAROKI GEREJA KATOLIK ST. DOMINIKUS, LAHAD DATU

Bapa Uskup Julius menyampaikan homilinya

Lahad Datu: Paroki Santo Dominikus, Lahad Datu ialah salah sebuah paroki di Keuskupan Sandakan merayakan Hari Parokinya pada Ahad, 9hb Ogos 2009. Santo Dominikus merupakan penaung gereja yang seharusnya menjadi ikon di mana perjuangannya hendaklah menjadi teladan hidup kristiani sejagat. Acara dimulakan dengan perayaan Ekaristi oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom DD di Gereja St Dominikus yang dibanjiri dengan lebih 1,000 umat beriman yang datang dari seluruh pelusuk Daerah Lahad Datu.

Paluan gong-tanda perasmian gerai KKD

Acara Pemotongan Kek

Sebaik selesai Perayaan Ekaristi, perayaan pesta yang diadakan di padang St Dominikus dimulakan dengan paluan gong sebanyak tiga kali yang disempurnakan oleh Bapa Uskup Julius. Dalam ucapannya Bapa Uskup mengucapkan tahniah kepada barisan penganjur yang dipengerusikan oleh Saudara Patrick Chong kerana berkat usahasama serta kolaborasi antara umat beriman bersama para paderi maka terlaksanalah Hari Paroki St Dominikus dengan jayanya. Beliau juga kagum atas penglibatan secara langsung para ahli KKD dalam persiapan serta pelaksanaan acara Hari Paroki dengan penuh kemeriahan.

Bapa Uskup Julius bersama Paderi, Religius dan Ahli MPP

Menurut Saudara Patrick Chong, Paroki Santo Dominikus mempunyai kesatuan dan perpaduan yang kukuh di kalangan umat walaupun pada dasarnya paroki itu terdiri daripada pelbagai kaum. Kesatuan mereka diperkuatkan lagi menerusi Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang sememangnya telah banyak menyumbangkan tenaga dalam apa juga aktiviti gereja.

Ucapan alu-aluan oleh Sdra Willie Binati

Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, Saudara Willie Binati pula mengulas bahawa, “Kerjasama yang baik dari semua pihak terutama KKD maka saya percaya bahawa di St Dominikus ini KKD adalah Gereja dan Gereja adalah KKD.”

Fr. Simon

Fr Simon Kontou, rektor Gereja Santo Dominikus menjelaskan bahawa perayaan ini juga mengingatkan yang kita ini adalah keluarga yang harus bersatu dalam iman dan Kasih Tuhan. Adalah menjadi harapan beliau bahawa perayaan seumpama ini dapat mengeratkan ikatan kasih sesama kita agar kita dapat melayani dan memuji Tuhan sesuai dengan kehendaknya.

Juara gerai KKD

Uskup melawat salah sebuah gerai

Gerai-gerai jualan KKD

Terdapat lebih dari 20 gerai jualan yang diusahakan oleh KKD. Pelbagai acara telah disusunatur bagi perayaan tersebut seperti sukaneka, aktiviti kerohanian, cabutan tiket bertuah dan acara pentas.

Acara-acara pentas oleh muda-mudi KKD

KKD di paroki ini telah wujud sejak awal 2007 dan kini mempunyai 35 buah KKD yang bertujuan menyatupadukan para umat dan lebih penting lagi menyebarkan secara luas Sabda Tuhan supaya ianya tertanam, bertumbuh dan berbuah dalam kehidupan kita seharian.


Oleh DS

Foto oleh Bell

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent