GEREJA KATOLIK OUR LADY OF FATIMA BELURAN. 30 Mei 2009. Seramai 26 pasangan suami isteri telah merayakan Ulang Tahun Perkahwinan mereka dengan Misa Kudus Pemberkatan oleh Selebran Rev. Fr. Thomas Makajil.
Pasangan suami isteri yang mendadakan upacara pemberkatan ulang tahun perkahwinan.
ALBUM KENANGAN para pasangan yang merayakan ulang tahun perkahwinan bergambar bersama dengan paderi Rev. Fr. Thomas Makajil.
Upacara yang bersejarah ini dianjurkan oleh Komiti Keluarga Katolik Beluran. Antara pasangan yang sempat ditemuramah:
Kedua-dua mereka berasal dari Beluran. Mereka merayakan Jubli Perak atau Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 25. Pertemuan awal mereka ialah sama-sama dalam pelayanan sebagai koir dan belia di Gereja. Ketika itu Michael adalah seorang pemain gitar. Sementara Joslen berada di dalam kumpulan koir. Dari situ mereka berkenalan sehinggalah hubungan mereka semakin rapat. Menurut mereka kenangan manis percintaan mereka seterusnya waktu bila Joslen dijemput makan bersama oleh pihak keluarga Michael. Akhirnya mereka bersedia untuk menerima Sakramen Perkahwinan di Gereja. Mereka dikarunia lima orang anak. Pasangan ini masih terlibat aktif dalam pelayanan di Gereja di bahagian Komiti Keluarga dan Secular Franciscan Order (SFO). Mereka gembira merayakan 25 tahun perkahwinan, miskipun menurut mereka banyak menghadapi masalah sebelumnya. Mereka mengharapkan dapat merayakan Jubli Emas.
Pasangan YOE KIAN DEE merayakan Ulang Tahun ke 54
Pasangan BENJAMIN AMIT merayakan ulang Tahun ke 38
Encik Benjamin Amit Padah berasal daripada Kg. Tinambak Topokoon Tamparuli. Beliau telah berkahwin dengan Nora Opong pada tahun 1971 di Beluran. Mereka di karunai anak seramai 7 iaitu 2 perempuan dan 5 lelaki serta 11 orang cucu. Keluarga mereka berkerja di ladang kelapa sawit sendiri.
merayakan 41 tahun perkahwinan mereka
Kedua-dua pasangan ini berasal dari Bundu Tuhan dan sudah menetap di Beluran. Mereka telah berkahwin pada 4 Mei, 1968 di Gereja Katolik, St. Pius Bundu Tuhan oleh Fr. Geast. Menurutnya perkhawinan mereka sangat menarik kerana mereka ini saling tidak mengenal kerana jodoh mereka diatur oleh pihak keluarga pada walnya. Boleh dikatakan tunang dahulu baru bercinta. Hari ini mereka merayakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 41. Mereka dikarunai 9 anak iaitu 3 perempuan 6 lelaki. Encik Godwin ini mempunyai banyak pengalaman hidup dan kerja. menurutnya beliau, dia pernah menjadi guru kampung, juru ukur dan akhirnya menjadi Polis. Beliau sekarang adalah pesara Polis Di Raja Malaysia yang pernah bertugas sebagai Sub-Inspektor atau Ketua Balai bagi 7 buah Balai Polis di daerah Beluran.
ALBUM KENANGAN para pasangan yang merayakan ulang tahun perkahwinan bergambar bersama dengan paderi Rev. Fr. Thomas Makajil.
Pasangan akan di beri komuni oleh Paderi
Pasangan meletakan bunga-bunga di altar sebagai simbol kasih mereka
kepada Tuhan sempena pemberkatan Ulang Tahun Perkahwinan mereka
kepada Tuhan sempena pemberkatan Ulang Tahun Perkahwinan mereka
Setiap pasangan akan memperbaharui janji sakramen perkahwinan mereka
Pasangan BERNADUS BOLI yang merayakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 42
Sakramen adalah rahmat, ikatan perjanjian dan sumpah. Pemberkatan ini dimeterai oleh darah pengorbanan Yesus Kristus di kayu salib melalui upacara perayaan Ekaristi. Apa yang sudah disatukan oleh Allah tidak boleh diceraikan oleh manusia.
Selepas pemberkatan di Gereja semua pasangan telah diraikan di dewan OLOF Beluran.
Sakramen Perkahwinan adalah persekutuan hidup antara seorang lelaki dan seorang wanita yang terjadi kerana persetujuan pribadi yang tak dapat ditarik kembali dan harus diarahkan kepada saling mencintai sebagai suami isteri dan kepada pembangunan keluarga dan oleh kerananya menuntut kesetiaan yang sempurna dan tidak mungkin dibatalkan lagi oleh siapapun, kecuali oleh kematian.
Sakramen adalah rahmat, ikatan perjanjian dan sumpah. Pemberkatan ini dimeterai oleh darah pengorbanan Yesus Kristus di kayu salib melalui upacara perayaan Ekaristi. Apa yang sudah disatukan oleh Allah tidak boleh diceraikan oleh manusia.
No comments:
Post a Comment