KG. KIABAU, TELUPID. 23 Mei 2009. Umat Katolik merayakan Tadau Kaamatan dengan tema : "Memperkayakan Semangat perpaduan melalui kebudayaan". Tadau Kaamatan tersebut adalah anjuran Komiti Khas Perayaan Paroki Telupid. Tahun ini Kg. Kiabau menjadi Tuan Rumah. Perkara yang indah dan menarik dalam penganjuran ini adalah bermula dari Gereja itu sendiri yang dianggotai oleh para pemimpin umat. Tadau Kaamatan adalah merupakan perayaan 'Ekaristi' yang bermaksud 'Syukur terima kasih' kepada Tuhan Pencipta . Gereja mentahirkan dan mempertahankan nilai-nilai murni serta menerangkan keindahan budaya sesuatu bangsa. Sudah tentu perayaan ini dirayakan dengan pewartaan Sabda Tuhan. Penekanan ini disampaikan melalui 'katekisis' sebelum perayaan dan semasa perayaan Ekaristi diadakan.








SETERUSNYA Rektor Rev. Fr. Marcellinus Pongking menyampaikan 'sirung' dan 'wakid' sebagai Tuan Rumah Tadau Kaamatan Peringkat Paroki Telupid yang akan di adakan di kg. Lumou pada tahun 2010 nanti.


dengan upacara memotong kek dan doa makan.

BELIA KATOLIK meyerikan perayaan ini dengan persembahan-persembahan pentas.

Belia telah berjaya melakun drama legenda 'Huminodun'



Lagenda 'Huminodun' mempunyai persamaan kepercayaan dengan Gereja yang mempunyai kasih sayang dan kesanggupan untuk berkorban untuk sesama. Bahawa bangsa Kadazandusun juga tidak terlalu sukar untuk mengerti rencana penyelamatan Allah melalui puteraNya Yesus Kristus yang sanggup berkorban demi keselamatan manusia dari dosa.
Oleh: Soccom Sandakan.
No comments:
Post a Comment