Sandakan - Ada 124 hari lagi sebelum Temasya Belia Keuskupan (TBK) Sandakan dan Tim Penganjur Utama (MOT) sedang berusaha melakukan segala persiapan menuju program pada bulan Ogos 2019 nanti. Pada 9 April 2019, Tim Penganjur Utama telah mengadakan pertemuan dengan Tim Penganjur Lokal (LOT) yang terdiri daripada belia - belia Paroki St Mary, Sandakan dan diketuai oleh Saudara Justine Marcus. Antara yang dibincangkan adalah pengenalan kepada TBK, struktur organisasi, program dan tugasan. Di akhir pertemuan, masing - masing menyatakan rasa sukacita dan 'excited' untuk berjalan bersama dalam persiapan menuju TBK ini. Semoga melalui kerjasama ini, TBK dapat dianjurkan dengan jayanya dan dapat menghasilkan buah - buah yang berkelimpahan.
Search This Blog
Wednesday, April 10, 2019
Tuesday, April 9, 2019
LAWATAN MUHIBAH KERASULAN WANITA KATOLIK PAROKI SANDAKAN BERSAMA DENGAN 9 BASIS KELUARGA BESAR KATOLIK INDONESIA (KBKI)
Oleh: Paula Dennis
Kerasulan Wanita Katolik Paroki telah
mengadakan program “Lawatan Muhibah” bersama dengan wanita-wanita daripada 9
basis Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI). Program ini telah diadakan pada
31 Mac 2019 yang bertempat di dewan serbaguna Gereja St. Mark batu 12, Sandakan.
Basis-basis yang terlibat adalah Basis Maria
Ratu Damai (Bt. 8), Basis Maria Imacullata (Bt. 11), Basis Maria Bintang Timur
(Bt. 12), Basis Salib Suci (Bt. 12), Basis Materdolorosa (Bt. 14), Basis Maria
Bintang Laut (Bt. 16), Basis Reihnya Rosary (Bt. 16), Basis Kristus Raja
(Comsa) dan Basis St. Gabriel (Bt. 20).
Program dimulakan pada jam 11:00 pagi dengan
ketibaan para tetamu jemputan dan wanita daripada setiap basis. Dalam ucapan
Encik Pilis Malim selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Sandakan, beliau amat
menyokong program seperti ini diadakan dan menegaskan betapa pentingnya kesatuan
dalam setiap pelayanan yang ditubuhkan agar berjalan sejajar dengan visi dan
misi gereja. Beliau juga menyatakan kepuasan hati apabila melihat ahli-ahli KWK
terdiri daripada pelbagai kaum dan menjadi satu komuniti melakukan apa jua
aktiviti yang diadakan. Harapan beliau agar kesatuan seperti ini akan dapat
diteruskan dalam KWK.
Encik Dimeh Koyopo
selaku Pengerusi Komiti Pastoral St. Mark dalam ucapan, menyatakan beliau sangat
berbangga dengan penglibatan KWK yang mana selama ini sentiasa ada untuk membantu
dalam apa jua aktiviti gereja yang dijalankan. Bukan sahaja dari segi
penglibatan dalam hal-hal penyediaan makanan malahan juga penglibatan dalam
pelayanan kerohanian. Beliau juga memuji akan tindakan KWK yang cuba untuk
menjangkau wanita-wanita dari seluruh pelusuk terutama sekali wanita-wanita
dari basis KBKI. Bagi beliau ini adalah satu kemajuan dalam pelayanan KWK yang mana
selama ini hanya dilihat sebagai membantu dalam aktiviti seperti memasak
sahaja. Kali ini, KWK telah mengambil selangkah ke hadapan selaras dengan Visi gereja
iaitu menjadi satu “Komuniti berpusatkan
Kristus melayani sesama dengan Kasih”. Ini membuktikan dengan berlangsungnya
program lawatan muhibah dengan kehadiran dan sokongan wanita-wanita daripada
basis-basis dilihat dapat menyatukan pelbagai kaum. Beliau mengakhiri ucapan
dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan KWK selama ini yang dapat
meringankan dan membantu dalam kelancaran setiap aktiviti yang diadakan.
Selesai ucapan, Encik Dimeh merasmikan program lawatan muhibah ini disusuli doa
pembukaan serta doa makan.
Program diteruskan dengan sesi penerangan tentang
Objektif dan Garis Panduan Kerasulan Wanita Katolik oleh Puan Cecelia Polo
D’Souza, Ketua Penyelaras KWK peringkat Paroki dan Keuskupan. Dalam sesi, beliau
turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (AJP) peringkat Paroki kepada
tetamu yang hadir. Kemudian, beliau menerangkan satu persatu garis panduan KWK
dan objektif KWK. Beliau mengalu-alukan wanita-wanita daripada semua basis
untuk menyertai KWK berjalan bersama dan melakukan aktiviti gereja selaras
dengan Visi dan Misi gereja. “To Journey Together with other Church Groups”.
Mengakhiri sesi, beliau menjemput semua yang hadir untuk menyanyikan lagu “Bahasa
Cinta”.
Dalam sesi perkongsian daripada Sr. Regina
Kimung selaku Ahli Kehormat KWK Keuskupan Sandakan yang bertajuk “Peranan
Wanita Dalam Gereja”, menyatakan betapa besarnya peranan wanita bukan sahaja di
rumah tetapi juga di dalam gereja. Seperti yang dilihat pada masa kini wanita
telah dianggap setaraf dengan kaum lelaki. Berlainan dengan masa dahulu yang
mana peranan wanita tidak diiktiraf sama sekali. Namun, perubahan masa
membuatkan peranan wanita semakin diterima dimata umum. Dimana wanita sekarang
mempunyai pangkat yang sama dengan kaum lelaki. Begitu juga pelayanan di dalam gereja, wanita dapat memberikan
kerjasama yang baik kepada semua komuniti dan bersama-sama bersatu dengan
komuniti yang lain melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dalam pelayanan. Dalam
sesi ini, Puan Yosefina dari Basis Maria Ratu Damai mengongsikan pengalaman
beliau sepanjang menyertai KWK. Sesi Sr. Regina diakhiri dengan nyanyian lagu
bertajuk “Persembahan Ku”.
Di akhir program ini, gabungan wanita basis
telah membuat persembahan koir dalam bahasa suku Lamaholot bertajuk “Ina Maria”
yang bermaksud Bonda Maria. Seterusnya, persembahan koir dari KWK Paroki yang
bertajuk “We Are Women Of Faith”. Program diakhiri dengan doa penutup oleh Sr.
Regina Kimung dan bergambar beramai-ramai.
Sunday, April 7, 2019
Sacred Music (Musicam sacram) Seminar
By Evelyn Jock-Lagan
The St Mary’s Cathedral of the Diocese of
Sandakan conducted its very first faith formation seminar on Sacred Music from
5-6 April 2019. The previous one was
held way back in 1999, about 20 years ago. 190 choir members from the various choir groups, as well as interested individuals
of St. Mary’s Cathedral, St. Joseph’s Church and St. Mark’s church, attended
the seminar. Our guest speaker is none
other than Mr Neil Mah, Secretary of the Liturgical Committee of the
Archdiocese of Kota Kinabalu and Member of the Liturgical Music Committee of
the Episcopal Regional Liturgical Commission of Malaysia, Singapore and Brunei.
What is Sacred Music? Sacred means that which is set apart,
special! Musicam Sacram is music which exists solely for use
within the Church and Her Sacred Liturgies. Music in the catholic church is not about entertainment but that it is a
prayer. The Church belongs to God. The 1-1/2 day seminar introduced the participants to the mystery of the
saving works of God, in topics as follows: Why
celebrate Sunday?; The role of Music
and Singing according to the GIRM, Catechism of the Catholic Church and
Sacrosanctum Concilium; Criteria in
the Choice of Liturgical Music, Singing
of Psalm and the Dynamics of Singing
in a Choir.
The participants were also made aware of
their precious role and the importance of sacred and liturgical music to create
active and intense participation of the congregation during worship. God’s blessings
are overflowing. We can become a people
of praise and thanksgiving. Music, too,
is a vehicle in which God’s glory is revealed. It expresses beauty, joy and life as well as
being a
symbol of unity between the people and God and also among themselves as a
worshipping community. We need to renew
in the way we worship God so that we discover God, again, afresh.
There are no proper instructions on the use
of liturgical music in the Cathedral. It
is timely that the use of sacred music during liturgical services is being
reviewed. There are no written
guidelines for reference and further more the
liturgical music featuring Gregorian chant or polyphony has never been
practiced. Most of
the participants in the seminar were born in the Millenial age and as such, never
been exposed to sacred music and its importance in the Catholic Church. The church congregation has become passive
participants, hence, there is an urgent need for the revival of the use of
sacred music and liturgical chant and that it be incalcated in our church. As St Augustine said, “To sing is to pray twice”.
Wednesday, April 3, 2019
PERTEMUAN TIM KOMISI KBK ~ AKU DIPERKUATKAN OLEHNYA ~
![]() |
| Mini Pusat Retret St Philip, Kunak |
![]() |
| Pemandangan yang indah sesuai untuk rekoleksi |
Rekoleksi merupakan satu ruang yang penting bagi ahli tim KBK untuk 'mengisi semula tangki minyak yang sudah hampir habis' dengan suntikan semangat dan kesegaran iman. Kebanyakkan ahli KBK terdiri daripada mereka yang berkerjaya dan berkeluarga. Namun mereka melayani secara sukarela dalam pelayanan belia di paroki masing - masing tanpa apa - apa bayaran. Cabaran utama bagi mereka adalah dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Namun pengorbanan mereka amat luarbiasa hanya kerana ingin mendampingi belia - belia hari ini agar dapat dibentuk menjadi pemimpin generasi orang muda akan datang.
Rekoleksi dimulakan dengan pertanyaan khabar 'How are you?' dan diakhiri dengan peneguhan iman melalui artikel - artikel berkenaan dengan Hari Belia Sedunia, Panama 2019 serta berdoa antara sesama. Dalam sesi peneguhan, masing - masing memilih artikel yang menyentuh hati dan membawanya dalam renungan selama 30 - 40 minit.
Selepas merenung, ahli tim berkumpul semula untuk berkongsi dan dalam pengongsian, rata - rata merasakan seolah - olah Bapa Suci Fransiskus sedang menujukan mesejnya kepada setiap mereka.
"Menyatakan "Ya" kepada Tuhan bermakna bersiap untuk menerima kehidupan sebagaimana adanya, bahkan dengan kerapuhan, kesederhanaan dan konflik serta segala gangguan." - Bapa Suci Fransikus
Rekoleksi sehari selesai dan semua ahli Tim KBK merayakan persahabatan dengan fellowship yang sederhana di sebelah malam.
Pertemuan diteruskan dengan mesyuarat KBK yang ke-27 dan antara agenda yang dibincangkan adalah MCCSD 3, SYD 5 dan Temasya Belia Keuskupan Sandakan 2019. Semoga apa sahaja yang diperbincangkan dan dirancang itu semuanya tertuju kepada pembangunan iman para belia dan kemuliaan nama-Nya. Mesyuarat KBK seterusnya akan diadakan pada bulan Mei 2019 yang lebih menfokuskan kepada acara Temasya Belia Keuskupan Sandakan yang akan diadakan pada 12 sehingga 13 Ogos 2019 di Paroki St Mary, Sandakan.
Two are better than one, because they have a good return for their work; If one falls down, his friend can help him up. But pity the man who falls and has no one to help him up! Ecclesiastes 4:9-10
Monday, March 25, 2019
LAWATAN PASTORAL YANG MULIA USKUP JULIUS DUSIN GITOM KE KKD ST. BENEDICT
oleh
: Lucy Francis
Sandakan:
Komuniti Kristian Dasar (KKD) St. Benedict
telah dilawati oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom sempena Program Lawatan
Pastoral pada 18 Mac 2019. Perayaan
Misa Kudus pada jam 7.30 malam telah diadakan dirumah saudara Bernardinus
Jacob, salah seorang daripada keluarga
Katolik di taman perumahan Sejati. Seramai lebih kurang 60 umat KKD St.
Benedict telah hadir.
Dalam homili,
Bapa Uskup menerangkan bahawa pewartaan Injil hari ini menyatakan tentang musim
prapaska yang menuntut agar semua umat bermurah hati. “Bermurah hati bukan
hanya dalam bentuk kebendaan, tetapi juga melalui kata-kata, pandangan dan apa
saja yang mendatangkan kebaikan. Walaupun sedikit kemurahan hati diberikan,
tetapi rahmat Tuhan akan datang berlimpah-limpah.” Bapa Uskup turut menyentuh
tentang tiga perkara semasa musim Prapaska iaitu berdoa, berpuasa dan
bersedekah (amal kasih). Setiap umat diajak berdoa untuk mendekatkan diri
kepada Tuhan. Berpuasa bukan sahaja bermaksud mengurangkan makanan dan bersederhana
dalam apa sahaja bentuk, tetapi penjimatan dan simpanan yang terhasil daripada
berpuasa itu nanti dapat digunakan untuk menyumbang bantuan bagi mereka yang
memerlukannya. Seterusnya, Bapa Uskup mengingatkan agar bersedekah dengan hati
ikhlas dan tidak mempunyai sikap menghakimi antara satu sama lain. “Dalam hidup berkomuniti, komen dan menegur
antara satu sama lain biarlah dalam bentuk yang membina,” katanya lagi.
Bapa Uskup mengakhiri homili dengan berharap semua umat dapat memurnikan dan
memperbaharui diri agar musim Paska 2019 dapat dirayakan dengan lebih bermakna.
Selepas Misa Kudus, Bapa Uskup dijemput untuk memberkati barang-barang kudus
disusuli bergambar bersama. Makan malam telah disediakan oleh umat KKD St.
Benedict.
Selepas makan malam, acara diteruskan dengan ucapan
daripada Pn. Paulina Francis, Pengerusi KKD St. Benedict. Dalam ucapannya,
beliau memanjatkan syukur kepada
Tuhan atas Program Lawatan Pastoral ini dan mengucapkan
terima kasih atas kehadiran Bapa Uskup untuk merayakan Misa Kudus bersama umat
di KKD St. Benedict. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua umat KKD
yang hadir kerana telah menaruh kepercayaan dan sokongan atas perlantikannya
sebagai pengerusi KKD yang baharu. Beliau memaklumkan aktiviti yang sudah
dijalankan oleh umat KKD St. Benedict serta aktiviti-aktiviti yang bakal
dilaksanakan. Beliau juga menitikberatkan tentang Visi Keuskupan yang menjadi “Komuniti Berpusatkan
Kristus, melayani sesama dengan Kasih” sejajar dengan Misi Keuskupan supaya memupuk penyertaaan aktif dalam gereja dengan Ekaristi sebagai
sumber dan kemuncak kehidupan kristiani.
Dalam ucapan ringkas, Bapa Uskup mengajak semua umat yang
hadir bahawa “hiduplah dalam berkomuniti yang berpusatkan Kristus.” Beliau turut mengucapkan
tahniah kepada umat KKD St. Benedict kerana bersedia dengan Program Lawatan Pastoral
melalui pengurusan yang baik dan teratur serta koir yang mantap. Acara diakhiri
dengan menyerahkan sumbangan kasih
kepada Bapa Uskup. Acara selesai sekitar jam 10.30 malam.
Sumbangan kasih disampaikan oleh Pn. Paulina Francis (Pengerusi KKD St. Benedict) dengan diiringi timbalan pengerusi KKD St. Benedict. Encik Matius Sodomon.
Saturday, March 23, 2019
RETRET PRA PASKAH, PERHIMPUNAN AGUNG KE-8 KERASULAN WANITA KATOLIK KEUSKUPAN SANDAKAN & PERAYAAN HARI WANITA SEDUNIA
Artikel: Mdm Derren /SOCCOM
SDC/ Pn. Jovinia I. Justin
Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan
(KWKK) sekali lagi menganjurkan program 3 dalam 1 iaitu Retreat Pra-Paska,
Perhimpunan Agung Kali ke-8 dan Hari Wanita Sedunia 2019. Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah diberi
mandat untuk menjadi tuan rumah pada kali ini. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 8 – 10 Mac 2019
bertempat di My Inn Hotel Bandar Perdana, Lahad Datu. Seramai 117 orang
delegasi dari setiap paroki – 16 Delegasi dari Holy Trinity, Tawau, 14 delegasi
dari St. Martin, Telupid, 8 delegasi dari Our Lady of Fatima, Beluran, 22
delegasi dari St. Mary, Sandakan, 57 delegasi dari St. Dominic Lahad Datu,
kecuali Misi Paitan yang tidak dapat turut serta dalam program kali ini.
Pada hari
pertama, dimulakan dengan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr. Christopher Ireneus.
Dalam homili, beliau mengucapkan rasa bersyukur dan tahniah kerana sekali lagi berjaya
menganjurkan perhimpunan 3 dalam 1 pada tahun ini. Beliau mengajak semua
perwakilan supaya lebih menghayati dan merenungkan sedalam-dalamnya tujuan para
perwakilan hadir ke perhimpunan ini. Beliau juga dengan penuh harapan menyeru
supaya semua ahli merenung lebih mendalam keperluan dalam pelayanann wanita
masa kini yang penuh dengan cabaran dan dapat memperlihatkan penyelamatan Yesus
Kristus sebagai sumber kasih kepada semua orang. Oleh kerana tiada tema khas pada perhimpunan tahun ini,
Fr. Christopher meminta kepada perwakilan untuk memberi beberapa topik atau
persoalan yang ingin dibincangkan bersama. Hal ini sekaligus dapat menarik
perhatian para perwakilan semasa sesi-sesi yang akan diadakan, kerana semua
yang bakal dibincangkan adalah isu yang dibangkitkan oleh para perwakilan
sendiri.
Selepas
makan malam, satu tayangan video ‘Kisah Sengsara Yesus’ telah disediakan oleh
Sr. Sylvia Imbun sebagai renungan. Tayangan yang memberi fokus kepada kesengsaran
Yesus dan Bonda Maria sebagai idola bagi semua wanita ini telah menyentuh hati
setiap perwakilan susulan babak-babak kesengsaraan Yesus yang sangat menyayat
hati. Sementara tayangan video ditayangkan, Sakramen pengakuan turut
dijalankan.
Hari
kedua dimulakan dengan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr. Simon Kontou,
Rektor Paroki St. Dominic. Dalam homili, beliau mengingatkan semua umat untuk
sentiasa memelihara kesederhanaan, memupuk kesedaran terhadap panggilan Tuhan, dan
siap sedia untuk menerima teguran di dalam pelayanan. Menurut beliau, pelayanan
di dalam gereja adalah sesuatu yang dituntut oleh gereja kepada setiap umat. “Sama seperti Levi (dalam Injil) berubah
dari sikapnya setelah bertemu dengan Yesus dan bertobat. Kerana itu janganlah
berputus asa dan tidak lemah semangat apabila menerima kritikan” tambah Fr.
Simon.
Sesi Pertama
bertajuk “Berjalan Bersama Bonda Maria”
dikendalikan oleh Fr. Simon Kontou. Antara inti sesi ini ialah membawa
perwakilan menghayati sifat-sifat Bonda Maria yang kurang bercakap tetapi
banyak merenungkan kehendak Allah yang disampaikan oleh malaikat Gabriel dan menerima
dengan rela akan terjadi menurut rencana Allah. Antara penginjilan yang terawal
gereja yang dilakukan oleh Bonda Maria ialah berjalan melawat saudaranya dengan
membawa Yesus di dalam kandungannya. Membawa kegembiraan serta mengenali Yesus
di pesta perkahwinan di Kanna. Sesungguhnya dari awal misi sehingga misi
terakhir Yesus di kayu salib, Bonda Maria tetap setia kepadaNya. Selesai sesi
tersebut, semua perwakilan mengadakan Doa Rosari sebagai renungan dan
penghormatan kepada Bonda Maria.
Sesi
kedua oleh Fr. Christopher Ireneus. Di dalam sesi ini, Beliau membincangkan
tentang topik atau persoalan yang telah dikemukakan diawal sesi pendaftaran
sebelum ini. Antara rumusan yang dikongsikan adalah pertentangan dalam
keluarga, ketidaksetiaan suami atau isteri, masalah komunikasi dengan ahli
keluarga, kesukaran memaafkan, tidak mendapat sokongan dalam pelayanan gereja,
masalah anak tidak memahami ibubapa dan ekonomi keluarga. HUBUNGAN DENGAN TUHAN telah menjadi tajuk sesi ini kerana
hubungan baik dengan Tuhan akan membuat diri mampu menghadapi semua dugaan
tersebut denga DOA. Dengan amat memahami cabaran dan masalah, Fr. Christopher
menyeru supaya tekun dan setia di dalam doa. DOA adalah cara berhubung dengan
Tuhan, mengongsikan serta menyatakan segala fikiran, keperluan atau keinginan
kita kepadaNya.
Dalam
sesi seterusnya juga oleh Fr. Christopher Ireneus sendiri. Di dalam sesi ini, beliau
sekali lagi membawa perwakilan untuk mengimbas dan merenungkan kembali bentuk
pelayanan yang penuh dengan cinta kasih. “Pelayanan
itu adalah penginjilan dan kesaksian tentang Kristus. Bukan kita yang bekerja,
tetapi Yesus yang bekerja dalam diri kita, maka setiap orang yang melihat
pelayanan kita, melihat Yesus didalam diri kita” kata beliau. “Pelayanan yang baik adalah seperti
“mendengar tanpa mengganggu”, “memberi tanpa bersungut”, “Memaafkan tanpa
menghukum” dan “menjawab tanpa bertengkar dan berdoa tanpa henti” tambahnya
lagi. Sesi ini diakhiri dengan sesi doa Kerahiman Ilahi juga sebagai persiapan
untuk sakramen pengakuan.
Dalam
sesi keempat pula ialah “Cabaran Wanita
masa kini” telah disampaikan oleh Sr. Regina Kimung. Dalam perkongsian
beliau, wanita tidak akan pernah terlepas dari bebanan dan cabaran. Ramai
wanita di dunia berputus asa dan kecewa. Namun, wanita beriman masih boleh
memikul beban kerana Yesus tidak pernah membiarkan wanita bersendirian. Semasa
sesi ini, Sr. Regina merujuk pada nama wanita yang tercatat dalam perjanjian
lama dan baru. Peranan mereka dalam perkembangan iman serta bagaimana mereka
menggunakan kebijaksaan terutama Bonda Maria yang tidak Bernoda.
Ketua Penyelaras Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan, Pn. Cecelia D'Souza
Pada sebelah malam, para delegasi berkumpul
lagi untuk makan malam bersama dan turut dihadiri oleh Rev Fr Simon
Kontou. Selesai sahaja makan malam,
acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penyelaras KWKK Sandakan, Pn Cecelia D’Souza dan Rev. Fr. Simon Kontou selaku wakil daripada Paroki St.
Dominic, Lahad Datu. Acara pemotongan
kek juga turut diadakan sebagai simbolik perayaan Hari Wanita Sedunia. Persembahan koir dari setiap paroki merupakan
acara pentas pada malam tersebut. Sebelum setiap persembahan dimulakan,
perkongsian singkat berkaitan wanita dari seorang wakil setiap paroki turut
diadakan. Buat julung kalinya, Anugerah
Khas diberikan kepada para delegasi yang telah lama melayani dalam Kerasulan
Wanita. Anugerah ini telah diberikan
kepada Pn. Bibiana Gadisa dan Rosali Yapuan dari Paroki St Dominic, Lahad Datu,
Pn Siony Fiel dan Pn Cecelia D’Souza dari Paroki St Mary’s, Sandakan, Pn Nora
Nicholas dan Pn Victoria Salati dari Paroki St Martin, Telupid, Pn Theresa
Kampun dan Pn Esther Bungkun dari Paroki Holy Trinity, Tawau dan seterusnya
dari Paroki Our Lady of Fatimah Beluran diberikan kepada Pn. Helda Marusin dan
Pn. Marayah Undin.
Pada hari
terakhir dimulakan dengan Misa Kudus disusuli sarapan pagi. Perhimpunan diteruskan
dengan pembentangan laporan perhimpunan KWKK yang lalu. Antara yang
diperkatakan ialah mengenai pengubahsuaian dan penambahbaikan garis panduan KWKK
perihal keahlian. Penetapan perhimpunan ke-9 di Paroki Our Lady of Fatima
(OLOF) Beluran akan dibincangkan lagi pada mesyuarat Penyelaras Keuskupan. Fr.
Christopher memaklumkan perlantikan lanjutan AJK termasuk pengerusi penyelaras
perlu dikekalkan kerana pengerusi dan AJK telah memahami Misi dan Visi Diosis
serta mampu membawa Misi dan Visi ini dalam pelayanan. Perhimpunan berakhir jam
12.30 tenghari dan diakhir dengan Doa pengutusan oleh Fr. Christopher sendiri.
Barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KKWK untuk tahun 2019-2021
Semasa perhimpunan dijalankan
Para Perwakilan menghadiri sesi ceramah
Subscribe to:
Posts (Atom)


























































