Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 25, 2017

SEMARAK SYDD FASA 3

Laporan : Theresita Lajanti
Gambar : Theresita Lajanti dan Gregory M. Harumal 

Holy Trinity, Tawau: Pada 13hb Ogos 2017 yang lalu, Kerasulan Belia Paroki (KBP) telah mengadakan pertemuan bulanan bersama belia yang dikenali sebagai Youth Monthly Gathering (YMG). YMG kali ke 49 ini telah diadakan di Dewan Holy Trinity dengan bertemakan “kerana yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan nama-Nya adalah kudus.- (Lukas 1:49)”.

Tim YMG dan tim Ad Hoc Sabah Youth Day Paroki Tawau telah berjaya menganjurkan program YMG ke 49 dan menarik serta menyentuh hati para belia yang hadir. Seramai 126 orang belia telah menyertai aktiviti ini dari mula sehingga selesai. Turut hadir dalam memberikan sokongan kepada aktiviti belia ini adalah saudara Mario Domingo dan saudari Julita Kantod daripada ‘Family Life Ministry’. 

Aktiviti YMG kali ini merupakan aktiviti susulan selepas pelaksanaan SYD 4 yang lalu. Aktiviti bermula  pada jam 11.00 pagi dengan perarakkan salib SYD melalui ‘human bridge’ dimana semua belia membentuk jambatan dan mengarak salib belia melewati tangan - tangan mereka sehingga masuk ke dalam dewan. Para belia kemudiannya dihiburkan dengan lagu-lagu pujian yang sesuai dengan jiwa para belia.

Perarakan Salib "Human Bridge"
Pada jam 12 tengahari, aktiviti berehat seketika untuk jamuan tengahari. Perberkatan makanan dilakukan oleh Sr. Martha Jonik, FSIC dan seterusnya para hadirin di jemput untuk makan bersama. Aktiviti diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu rohani. Selesai sahaja nyanyian, pengacara acara menjemput saudara Roland Henry untuk memberikan pendedahan mengenai sejarah SYD secara ringkas kepada semua belia yang hadir.

Saudara Roland bercerita mengenai sejarah SYD
Seterusnya, klip video tentang SYD-4 yang telah berlangsung di Holy Trinity, Tawau pada 6 sehingga 10 Jun 2016 yang lalu ditayangkan. Saudari Felsa May telah diberi kesempatan untuk memberikan sedikit perkongsian mengenai pengalaman beliau sebagai Koordinator Local Organizing Team (LOT) SYD 4 dan juga sebagai peserta. Selain itu, beliau turut mengongsikan sedikit sebanyak pengalaman beliau semasa menyertai Asian Youth Day di Korea pada tahun 2014 yang lalu. 

Perkongsian daripada saudari Felsa
Aktiviti kemuncak bagi program ini adalah semasa aktiviti perkongsian. Semua belia yang hadir dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka berkongsi berdasarkan soalan yang telah diberikan iaitu soalan yang berkaitan dengan SYD. Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk berkongsi di dalam kumpulan masing-masing. Kemudian, seramai 4 orang belia telah dipilih untuk memberikan perkongsian secara umum.

Salah seorang belia yang terpilih untuk berkongsi secara umum.
Aktiviti diteruskan dengan doa harapan belia yang ditulis di atas sekeping kertas. Setiap belia yang hadir menyerahkan doa harapan dan permohonan mereka di depan salib dan ikon Bonda Maria. Mereka berpeluang untuk berdoa secara berkumpulan dan secara individu.

Perkongsian dalam kumpulan

Belia mengambil kesempatan untuk berdoa

Selepas doa permohonan, aktiviti diteruskan dengan menyanyikan 2 buah lagu. Sejurus selepas itu, saudara Hendry Roy memberikan sedikit maklumat kepada para hadirin sebagai gambaran mengenai aktiviti yang bakal dijalankan pada perjumpaan akan datang. 

Aktiviti berakhir pada jam 4.00 petang dengan lagu tema SYD 4 dan doa penutup yang dipimpin oleh saudara Roland Matthew diikuti dengan bergambar bersama sebagai kenangan. Sebelum bersurai, semua belia bekerjasama untuk membersihkan kawasan dewan. Diharapkan agar pada perjumpaan seterusnya, lebih ramai belia yang mengikuti pertemuan YMG ini.


KEMPEN KESEDARAN - SAFE MIGRATION

Sandakan – Pada 20hb Ogos 2017 yang lalu, satu kempen kesedaran anjuran bersama Komisi Pembangunan Insan dan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan telah diadakan di Katedral St. Mary, Sandakan. Lebih kurang 30 orang belia termasuk ibu bapa telah menghadiri kempen ini. Turut hadir bersama dan memberi sokongan dalam kempen ini adalah Sr. Lilian Unsoh, FSIC dan Rev Fr. Stanley William. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para belia akan kepentingan berhijrah/bermigrasi secara selamat.


Turut hadir sama Sr. Lilian Unsoh, FSIC dan Fr. Stanley William
Penghijrahan sering berlaku tidak kira dari luar bandar ke bandar atau dari dalam negeri ke luar negeri ataupun dari dalam negara ke luar negara. Namun, adakah kita sebagai belia menyedari bahawa pentingnya bermigrasi secara sah dan melalui proses yang betul?

Sesi “Safe Migration” telah disampaikan oleh Saudari Hezrina Ibrahim dari badan NGO International Organization of Migration. Beliau menegaskan kepentingan mempunyai dokumen perjalanan yang sah apabila mencari pekerjaan terutama sekali di luar negara. Selain itu Saudari Hezrina juga mengingat kepada semua yang hadir agar mengurus pembikinan dokumen perjalanan dan pas pekerja yang sah di agensi pekerjaan yang diiktirafkan oleh Kerajaan dan berlesen serta elak daripada berurusan secara jalan pintas melalui internet atau orang tengah. Setiap orang yang akan bekerja diluar negara juga perlu mengetahui hak - hak mereka sebagai pekerja yang memegang dokumen yang sah.

Sekiranya pengurusan dokumen dilakukan secara jalan pintas dan melalui orang tengah, pasti akan mengalami kesusahan seperti, dokumen perjalanan diambil oleh majikan, pembayaran gaji yang sedikit tetapi bekerja lebih masa. Selain itu mereka juga akan terjebak dalam memperdagangan manusia, dieksploitasi dan akhirnya mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan kematian. Oleh itu pastikan pengurusan dokumen itu dilakukan di agensi yang diiktiraf Kerajaan dan mempunyai lesen yang sah.

Sesi diteruskan dengan penayangan video singkat mengenai “safe migration”. Video singkat ini telah menunjukkan lebih jelas kepada para belia berkenaan proses bermigrasi secara selamat.

Saudari Hezrina menyampaikan sesi "Safe Migration"


Kempen kesedaran ini diakhiri dengan bergambar kenangan bersama dan makan tengahari. Diharapkan agar semua belia yang hadir, menyedari akan kepentingan migrasi dengan selamat ini dan berusaha untuk mengongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan yang terdekat.
Bergambar kenangan bersama

Tuesday, August 22, 2017

ASIAN YOUTH DAY (AYD) 7 - Acara Kemuncak AYD 7

INDONESIA - Setelah berkampung di Keuskupan - Keuskupan terpilih di Indonesia bagi program Days In the Diocese (DID). semua peserta AYD 7 dari seluruh Asia berkumpul di tempat utama iaitu Jogja Expo Centre, di Keuskupan Semarang,  Jogyakarta Indonesia dari 2 Ogos sehingga 6 Ogos 2017. 

Pelbagai aktiviti telah disediakan disepanjang 5 hari ini termasuk sesi - sesi pembentukan iman, pameran Laudato Si mengikut negara, pendedahan kepada budaya dan komuniti di tempat - tempat yang terpilih di Keuskupan Semarang (Exposure and Encounter), Adorasi dan pengakuan, Misa Ekaristi setiap hari, perkongsian dan Youth Final Festival.

Sila ikuti perkongsian  perwakilan - perwakilan belia dari Keuskupan Sandakan yang telah menyertai AYD 7: 

PERKONGSIAN SELWYN S SHO DARI PAROKI OUR LADY OF FATIMA, BELURAN


Hari pertama AYD di Jogjakarta dimulakan dengan perasaan sedih di mana kami telah meninggalkan keluar angkat di Bali seawal jam 4 pagi untuk berangkat ke Jogja bagi acara kemuncak AYD7. Namun semua menjadi sukacita bagi saya apabila dapat merayakan Misa Pembukaan AYD-7 bersama ribuan belia,  ratusan Paderi dan puluhan Uskup se-Asia. Ini juga merupakan kali pertama saya merayakan misa yang dipimpin oleh seorang Kardinal. 

Homili Kardinal Patrick D’Rozario pada Misa pembukaan menyentuh saya ketika beliau  mengatakan semua kita berbeza bahasa  namun kita boleh berkumpul menyatakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Cinta Yesus Kristus dan sukacita ini menjadi tanda Yesus senantiasa mencintai kaum muda.


Gambar kenangan bersama keluarga angkat di Bali sebelum bertolak ke Jogja
Misa Pembukaan AYD 7
Di kesempatan saya menyertai AYD ke-7 ini saya mempelajari bagaimana rencana Tuhan itu sungguh indah bagi kita walaupun saya agak kekurangan dari banyak hal namun dengan kemahuan dan berkat Tuhan ia boleh dilakukan dan penyertaan saya ke AYD kali ini membuktikannya.



Pengalaman bagaimana belia-belia se-Asia yang bertutur dalam berbeza bahasa boleh bergaul dan bekerjasama membuka mata saya bahawa kita tidaklah perlu sempurna untuk datang kepada Tuhan, kesempatan untuk berjumpa  dengan belia-belia yang langsung tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris namun berani untuk menyertai program seperti ini menunjukkan bahawa kita adalah satu dalam cinta kasih Yesus dan kita semua dikasihinya.

Jemputan Tuhan yang lahir secara peribadi selepas AYD ini kepada saya ialah Tuhan masih memerlukan saya untuk terus melayani pada semua walaupun saya sering menggunakan faktor umur dan pekerjaan sebagai alasan untuk mengelakkan diri.  Ternyata Tuhan mempunyai caraNya sendiri untuk memanggil setiap kita.

Salam Sukacita
Salam AYD


PERKONGSIAN LONA ELOISA LEO DARI PAROKI ST MARY KATEDRAL SANDAKAN



"Apabila kami dari pelbagai Negara dan kaum boleh bersatu dan bekerjasama untuk mencipta tarian dan musik “Jatilan”, kami menjadi lebih rapat dan sehingga kini masih berhubung dan stay connected.” 


Bergambar bersama dengan peserta dari berlainan negara
Sebagai belia yang datang dari pelbagai latar belakang dan budaya, kita harus berani untuk membawa dan juga menerima budaya orang lain. Saya juga belajar dalam program “exposure” kami bahawa kesabaran juga amat penting untuk bersatu sebagai Belia Katolik yang datang dari pelbagai latar belakang.

Cabaran yang saya hadapi ialah bahasa pertuturan kerana segelintir ahli kumpulan kami tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan terdapat juga ahli yang tidak merupakan "non-bahasa speaker". Selain itu, semasa “exposure” kami (peserta dari Malaysia) diberikan tugas untuk mencipta tarian “jatilan” kami sendiri. Tugasan ini tidak sesusah mana tetapi yang mencabar ialah kami perlu memperkenalkan budaya dan tarian kami. Hasil tarian “jatilan” kami ialah jatilan digabung dengan tarian sumazau dan bidayuh. Untuk mencipta tarian ini, ia sangat memerlukan kesabaran yang tinggi dan yang paling penting kami saling memberi sokongan dan galakkan agar rakan-rakan kami ada keyakinan untuk menari tarian budaya ini dengan kami. Kesabaran, keberanian, sokongan dan mendengar antara satu dengan yang lain merupakan kunci utama dalam kami mencipta tarian “jatilan” kami.


Belajar muzik Jatilan


Mencipta tarian Jatilan
Tidak mustahil bahawa kita dari pelbagai suku dan budaya boleh datang bersama dan melayani Tuhan. Sekali lagi saya ingin sampaikan kepada kawan-kawan saya bahawa nilai “kesabaran, keberanian, sokongan dan mendengar” amat penting dan perlu diamalkan dalam pelayanan kita bersama.

Secara peribadi, saya terasa seolah-olah Tuhan lebih mengatakan “beranikan diri” untuk masuk dalam situasi dan berkumpul bersama orang lain. Pengalaman “exposure” di Omah Petroek adalah pengalaman pertama saya untuk bekerjasama dengan rakan-rakan Negara lain (Laos, Indonesia, Vietnam). Selepas AYD ini, saya berhasrat untuk lebih terbuka dan berani untuk mendekati semua belia kita. Kalau dahulu saya tertanya-tanya bagaimana mahu mendekatkan diri dengan belia yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Tapi sekarang, saya mulai belajar nilai kesabaran, keberanian, sokongan dan mendengar sebgai permulaan untuk mendekati belia-belia lain.




PERKONGSIAN JENNY FRANCIS DARI PAROKI HOLY TRINITY TAWAU




Secara peribadi saya sangat bersyukur kerana dapat menyertai Asian Youth Day-7. Pengalaman sepanjang 8 hari berada di Negara Indonesia khususnya Bali dan Jogjakarta sangat berharga dan tidak ternilai. Keindahan dan keunikan Indonesia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat, agama dan suku kaum membuatkan saya jatuh cinta dengan Indonesia. Saya sangat tersentuh apabila melihat kesatuan dan cinta kasih yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun berlatar belakangkan agama, bangsa dan budaya yang berbeza, namun kesatuan itu terpancar dari wajah dan layanan yang mesra yang diberikan kepada semua peserta Ayd-7.


Bergambar bersama peserta dari berlainan negara
Banyak hal yang saya telah pelajari khususnya budaya dan cara hidup masyarakat di sana. Selain itu, saya turut tertarik dengan input yang disampaikan oleh Bishop Joel Z. Baylon berkenaan dengan "Belia Katolik Asia pada Zaman Moden ini - Realiti dan Cabaran-cabarannya"

Pendekatan dan penyampaian input sangat menarik perhatian dan sekali lagi telah menyedarkan saya akan cabaran sebagai seorang belia Katolik Asia dan pengaruh-pengaruh di zaman moden ini. khususnya pengaruh media massa yang telah banyak menjatuhkan iman belia-belia masa kini. Bukan itu sahaja, bengkel-bengkel yang dijalankan sepanjang hari ke-4 ini dengan topik-topik yang hangat dan disampaikan oleh penceramah-penceramah yang sangat berbakat dan berpengalaman turut memberikan kesan yang mendalam dan ilmu pengetahuan yang boleh dikongsikan kepada semua orang.


Bishop Z. Baylon, DD selaku Uskup bertanggung keatas Youth Desk di bawah FABC umat awam dan keluarga, 
Malam “Final Festival” sangat memberikan kenangan dan menciptakan satu memori yang indah apabila malam itu dihiasi dengan kepelbagaian persembahan kebudayaan dari Southeast Asia 2 di mana semua peserta lengkap berpakaian tradisi masing-masing. Malam acara ini merupakan malam penghargaan kepada semua peserta Ayd-7. Saya sungguh bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan Yesus. Atas anugerah dan berkat yang telah saya terima sepanjang mengikuti Ayd-7 ini.


Kepelbagaian budaya
Saya berdoa agar saya diberikan kekuatan untuk memberkati belia-belia diparoki saya iaitu Holy Trinity Tawau dengan perkongsian kasih dan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang telah saya terima sepanjang mengikuti Ayd-7 ini. Saya percaya Tuhan telah memanggil saya untuk terus melayani dan menjadi saluran berkat bagi semua orang khususnya dalam pelayanan belia. Terutama selepas melihat kesatuan belia-belia Katolik se-Asia yang cukup luar biasa dan mengagumkan. Sungguh iman belia Katolik itu sangat istimewa dan "universal". Sekian perkongsian saya. Tuhan memberkati!! Jenny Francis.




PERKONGSIAN NOAMI FRANCIS DARI PAROKI HOLY TRINITY TAWAU


Saya sangat terharu melihat begitu ramai orang berpusu-pusu membanjiri padang Akademi Angkatan Udara Jogjakarta Indonesia untuk misa penutupan AYD-7. Misa ini dihadiri oleh pelbagai masyarakat, budaya dan kaum seluruh Asia, terutamanya orang muda (peserta AYD-7) dan umat sekitar Indonesia.


Umat yang membanjiri dataran



Daripada misa yang saya hadiri itu, saya menyedari bahawa persiapan yang teratur dan sistematik sangat penting dalam penganjuran Misa sebesar itu. Cabaran yang saya hadapi semasa hari terakhir ialah kami merayakan Ekaristi Kudus di bawah terik matahari yang bagi saya sangat melambangkan kesengsaraan Yesus di atas kayu salib. 

Sesuatu yang saya dapat daripada AYD yang saya boleh kongsikan kepada rakan-rakan saya ialah kita harus menghargai budaya dan kesenian kaum kita supaya tidak luntur ditelan zaman. Selain itu, saya juga boleh kongsikan mengenai Indonesia negara yang harmoni dan toleransi beragama walaupun majoriti penduduk beragama Islam. 

Secara peribadi, Tuhan menjemput saya untuk memberikan yang terbaik dalam pelayanan saya. Disamping itu, keindahan alam dan budaya adalah karya Tuhan dan harus dijaga dan dikekalkan serta dapat diwariskan kepada generasi akan datang.


Team Malaysia AYD 7

PERKONGSIAN DARI CLEMENTI WONG DARI PAROKI KATEDRAL ST MARY SANDAKAN


Perkara yang paling menyentuh saya adalah semasa Adorasi dan pengakuan pada hari ketiga. Melalui pengakuan, Paderi pada masa itu mengajar saya untuk tidak memutarbelitkan perkara yang tidak seharusnya atau yang seharusnya berlaku. Saya perlu mengingatkan kepada diri saya apa yang perlu saya lakukan dan tidak perlu lakukan. 

Melalui pengalaman yang saya lalui, cabaran utama saya adalah bagaimana untuk memanggil dan mengajak rakan sebangsa saya (Chinese) untuk menjawab panggilan Tuhan. Selain itu cabaran lain yang saya alami adalah semasa Adorasi. Saya  menyedari bahawa saya cepat letih apabila terlalu sibuk dengan diri sendiri dan lain-lain pekerjaan, tapi saya tetap ingin untuk terus melayani.


Mengambil kesempatan bergambar bersama Cardinal Luis Antonio G. Tagle


Saya akan mengongsikan pengalaman saya di Indonesia kepada kawan - kawan di komuniti saya terutama sekali mengenai pengalaman saya bersama kawan - kawan AYD 7 yang berlainan agama. Rakan - rakan AYD7 boleh datang dan melawat tempat seminari dengan bebas malah semasa program “exposure” kami disertai oleh rakan-rakan AYD 7 yang beragama Muslim. Rakan - rakan  AYD7 mengongsikan kepada kami mengenai pandangan mereka terhadap Kristian dan pada masa yang sama mereka juga mengongsikan keindahan agama mereka. 

Jemputan Tuhan bagi saya selepas AYD 7 ini adalah untuk menyatukan hati rakan-rakan saya terutamanya dalam komuniti Cina dan bersama-sama kami mengongsikan Injil dan kemudian menjadi missionaris Tuhan.

Bergambar bersama rakan-rakan dari berlainan bangsa

Friday, August 18, 2017

ASIAN YOUTH DAY (AYD) 7 - Days in the Diocese

INDONESIA - Asian Youth Day (AYD) merupakan penganjuran Federesi Konferensi Para Uskup se-Asia (Federation of Asian Bishops' Conference @ FABC) yang membawa bersama para belia Katolik seluruh Asia dalam fellowship dan pertumbuhan iman. AYD menyediakan pelbagai program bagi pelayanan belia.

Sejarah AYD bermula pada 1991 semasa World youth Day di Czestochowa, Poland, apabila delegasi belia dari 30 negara Asia telah mengikuti Forum Belia Antarabangsa (International Youth Forum) kali ke 3 dan telah menyatakan harapan untuk mengadakan jaringan, pertukaran dan penganjuran aktiviti bersama para belia Katolik se-Asia.

Pada 1993, pertemuan untuk menyelaras program belia se-Asia telah diadakan pada Konferensi Konsultasi Belia (Youth Consultation Conference) di Bangkok, Thailand. Apabila mendengar suara belia se-Asia, FABC telah mewujudkan Youth Desk dibawah Pejabat FABC bagi umat awam agar pemimipin belia dapat memulakan perkongsian iman melalui penganjuran aktiviti dikalangan orang muda.

AYD kali ke 7 telah diadakan selama 8 hari iaitu pada 30 Julai sehingga 6 Ogos 2017 dengan bertemakan "Joyful Asian Youth! Living the Gospel in Multicultural Asia". AYD telah dimulakan dengan Days in the Diocese (DID) selama 3 hari, 30 Julai sehingga 1 Ogos 2017, di Keuskupan - keuskupan yang terpilih di Indonesia dan kemudian acara kemuncak AYD 7 di Jogja Expo Centre, Jogyakarta Indonesia pada 23 Ogos sehingga 6 Ogos 2017.

Seramai 99 orang belia Katolik dari seluruh negara Malaysia telah menyertai AYD pada kali ini. Mereka kemudianya dibahagikan kepada dua tempat DID. Bagi Keuskupan Sandakan, Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau, Keuskupan Agung Kuching dan Keuskupan Melaka - Johor, DID mereka adalah di Keuskupan Denpasar, Bali Indonesia. Manakala bagi Keuskupan Miri, Keuskupan Sibu, Keuskupan Pulau Pinang dan Keuskupan Agung Kuala Lumpur, DID mereka adalah di Keuskupan Agung Palembang. 

Tujuan utama DID ini diadakan adalah untuk membantu para belia untuk menghormati penyatuan dengan ciptaan dan menjadi saksi yang penuh sukacita dalam memperjuangkan keadilan sosial dan kedamaian serta mengambil sikap ambil peduli tentang alam sekitar. 

Sila ikuti perkongsian para belia yang mewakili Keuskupan Sandakan dalam perkongsian mereka disepanjang DID mereka di Keuskupan Denpasar, Bali Indonesia.


PERKONGSIAN ELTON SUSANTO DARI PAROKI ST. DOMINIC 
LAHAD DATU



Salam damai Kristus semuanya.

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengongsikan pengalaman saya yang singkat tentang apa yang saya rasakan saat mengikuti DID dan AYD-7 Indonesia 2017.


Gambar kenangan bersama keluarga angkat
Secara umumnya AYD dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu DID (Days in the Diocese) dan acara kemuncak AYD di Jogjayarta, Indonesia.

Seluruh Orang Muda Katolik seAsia telah mengikuti selama 3 hari pertama program DID. Sebelum ke acara kemuncak AYD, kami semua telah dibahagikan mengikuti DID di keuskupan yang terpilih dari 37 keuskupan di Indonesia. Setelah itu baru kami semua berkumpul dan mengikuti puncak acara  AYD di Jogja Expo Centre, Jogyakarta Indonesia.

Waktu di DID, kami dari delegasi Malaysia telah dibahagikan kepada 2 keuskupan yaitu Keuskupan Palembang dan Keuskupan Denpasar. Saya serta teman-teman dari Sabah dan Serawak dan Melaka - Johor telah ditempatkan di Keuskupan Denpasar, Bali selama 3 hari “live in” disana. Teman-teman saya dari Keuskupan Sandakan pun di bahagi-bahagi lagi bersama teman-teman dari keuskupan dan negara yang lain untuk “live in” di paroki yang panitia telah tentukan. Disanalah saya menemui teman-teman baru dari beberapa keuskupan di Indonesia iaitu beberapa Keuskupan di Regio Nusra (Nusa Tenggara), di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Melaka-Johor dan juga salah satu keuskupan dari negara Kamboja (Cambodia). Sungguh pengalaman yang luar biasa yang pertama kali saya rasakan dalam hidup.


Gambar kenangan bersama peserta dari berlainan Negara
Yang paling menyentuh saya dari awal mengikuti program ini adalah kerjasama, kesetiaan, solidaritas dan komitmen para Orang Muda Katolik (OMK) dari paroki-paroki sekeuskupan Denpasar yang telah menyiapkan segala sesuatu untuk menyambut kedatangan kami. Yang paling saya hargai adalah saat mereka menjemput kami di Airport. Wakil keuskupan Sandakan adalah peserta yang lewat sampai pada waktu itu. Kira-kira jam 7.00pm lebih kami mendarat, check in semuanya, tunggu bagasi, isi formulir kemasukan ke Bali dan lain-lain, kira-kira hampir jam 9.00pm baru dapat keluar dari ruangan pengecekan dan beberapa teman OMK Denpasar yang bertugas menjemput setiap delegasi telah pun seharian menunggu ketibaan kami. Saat kami sampai mereka mencari-cari kami dan akhirnya ketemu. Saya masih ingat begitu antusiasnya mereka saat kami di jumpai. Mereka langsung membawa kami ke mobil setelah kami mengambil gambar kami bersama "Spanduk Selamat Datang" sebelum menuju Paroki St. Fransiskus Xaverius, Tuka, untuk berkumpul dengan semua delegasi sebelum kami di bahagi-bahagi ke paroki-paroki yang telah ditentukan.

Di tempat saya “live in” iaitu di Paroki Roh Kudus, Babakan, apa yang saya pelajari dari mereka adalah semangat kerjasama dan komitmen pada tugas-tugas yang telah diberikan kepada mereka. Walaupun mereka masih muda, ada yang masih SMA kelas 3 (Tingkatan 5) tapi sangat komitmen pada tugasnya. Sanggup bangun awal dan pulang lewat malam. Mereka sungguh luar biasa. Saya jadikan mereka sebagai motivasi bagi diri saya dalam pelayanan.

Cabaran yang saya hadapi sebelum ke AYD dan semasa AYD (DID Bali) adalah pengurusan dokumen perjalanan. Cabaran itu yang kadang membuat saya putus asa untuk ke AYD, namun karna komitmen saya yang kuat dan ingin mencapai impian saya yang telah 3 tahun saya tanamkan dalam hati dan hidup saya maka saya dapat hadir dan merasakan sendiri pengalaman berkumpul bersama Orang Muda Katolik (OMK) se-Asia. Dan itu semua tidak terlepas dari dukungan doa Ibu saya yang tidak pernah putus dan teman-teman saya yang selalu ada dan mendoakan saya begitu juga dengan diri saya sendiri yang merupakan intensi saya yang utama dalam setahun sebelum ke AYD. Dan saya dapat merasakan bagaimana Tuhan menjawab doa-doa saya dalam setiap hal yang saya temui sepanjang persiapan dan selama acara AYD berlangsung.  Saya sangat bersyukur karna bisa mengikuti keseluruhan program AYD7 sampai tuntas dalam kondisi yang sehat dan tetap “fit”.

Cabaran semasa DID sepertinya tidak ada. Karna semua programnya sangat Joyful dan menyenangkan apalagi saya tinggal dengan keluarga angkat yang sangat menyayangi saya. Dan kini saya mendapat keluarga baru di Bali. Saya benar-benar berterima kasih atas kesempatan ini kerana jika ke Bali lagi saya tidak perlu sulit lagi untuk mencari tempat tinggal kerana sudah mempunyai keluarga baru disana. Dan mereka pun mengharap untuk saya kembali. Rasanya masih belum puas “live in” di Babakan, Bali. Rasa rindu pada mereka mulai tumbuh dan ingin kembali lagi kesana. Semoga Tuhan memberkati mereka.

Pengalaman ini akan saya kongsikan kepada Orang Muda Katolik (OMK) di Paroki saya tentang komitmen dalam pelayanan dan tugas yang diberikan. Dan terutama adalah mengenali bakat dalam diri sejak usia ini. Supaya ketika kita diberikan tugas yang sesuai dengan bakat kita, maka kita akan lebih berkomitmen dalam melaksanakannya.

Panggilan Tuhan dalam diri saya selepas AYD yang saya rasakan sejauh ini adalah tentang komitmen dalam pelayanan OMK (Belia) dan bagaimana menghidupi Injil dalam kemajemukan umat-umat di Paroki saya. Apalagi saya seorang yang sangat mencintai kebudayaan.

Semoga pengalaman DID dan AYD ini memberikan suatu motivasi bagi saya dalam menghidupi Injil ditengah masyarakat yang majemuk.


Mengambil kesempatan bergambar bersama Fr. Gustavo Benitez, PIME yang merupakan Setiausaha Esekutif bagi Youth Desk dibawah FABC umat Awam
Terakhir sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan yang Mahakuasa karena telah mengabulkan doaku dalam mencapai impianku untuk ke AYD.

Dan jutaan terima kasih buat saudari Anna Teresa yang selalu memberi tunjuk ajar dan segalanya dalam persiapan saya. Dan juga ribuan terima kasih buat teman-teman dalam rombongan kami yang selalu siap sedia untuk membantu saya. Semoga kerjasama diantara kita ini terus kita wujudkan dalam hidup dan kehidupan kita.

Tuhan memberkati kita semua.

Amin.



PERKONGSIAN PHILIPPA PHILIP DARI PEJABAT BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN




Saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang untuk mengikuti Asian Youth Day 7 (AYD-7). Di sini saya ingin mengongsikan mengenai pengalaman saya semasa berada di Days In Diocese (DID) Denpasar, Bali. 

Perkara yang paling meyentuh saya semasa di Days In Diocese (DID) ialah saya mendapat keluarga angkat yang sangat penyayang dan peramah. Mereka menganggap saya seperti keluarga mereka sendiri. Saya ditempatkan di Paroki Maria Bonda Segala Bangsa (MBSB), Nusa Dua. Orang Muda Katolik atau dikenali sebagai OMK di paroki ini sangat peramah dan mudah untuk bergaul begitu juga para peserta yang dari luar Indonesia mahupun dalam Indonesia. Walaupun kami datang dari berlainan Negara, namun kami cepat menyesuaikan diri dan dapat bergaul rapat pada hari pertama kami bertemu.


Bergambar kenangan bersama keluarga angkat


Bergambar bersama peserta dari berlainan negara
Perkara yang saya pelajari sangat banyak. Antaranya ialah, saya mengetahui sedikit sebanyak mengenai latar belakang kewujudan Paroki Maria Bonda Segala Bangsa (MBSB), Nusa Dua. Di Nusa Dua terdapat satu tempat yang digelar “Puja Mandala” di mana “Puja Mandala” ini adalah tempat berdirinya 5 buah tempat beribadah. Sukar untuk percaya tetapi ini adalah realiti dan sangat jarang dijumpai di mana-mana Negara. “Puja Mandala” Bali merupakan simbol Bhineka Tunggal Ika bagi masyarakat sekitarnya. Terdiri daripada 5 tempat ibadah yang berbeza bermula dengan Masjid Ibnu Batutah, Gereja Katolik Paroki Maria Bonda Segala Bangsa (MBSB), Wihara Budha, Gereja Protestan dan Pura Jogat Notha. Dengan adanya “Puja Mandala” ini, saya dapat merasai kesatuan antara Kaum walaupun berbeza agama. Mereka saling bantu-membantu dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Contohnya, semasa perayaan Natal, umat Muslim akan membantu mengawal kesesakan lalu lintas dan membuka laluan untuk umat Paroki MBSB untuk meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta yang berada dalam kawasan masjid tersebut. Begitu juga sebaliknya, apabila musim Hari Raya, OMK Paroki MBSB akan membantu umat Muslim.


Lawatan ke tempat-tempat Ibadat "Puja Mandala"
Selain itu, saya berpeluang untuk melawat dan beraktiviti bersama umat sekitar perumahan tempat saya tinggal. Ianya seperti perjumpaan Komuniti Kristian Dasar (KKD) jika di keuskupan Sandakan. Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang ini untuk berkumpul dan beraktiviti bersama mereka.


Gambar kenangan bersama umat
Perkara yang agak mencabar bagi saya ialah bahasa pertuturan. Walaupun Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia bunyinya hampir sama kedengaran, namun di Bali mereka mempunyai bahasa mereka tersendiri. Kadang-kadang saya tidak mengerti jika mereka bercerita. Kebanyakan masa, kami berkomunikasi menggunakan Bahasa English.

Kembalinya saya di Keuskupan Sandakan, saya akan kongsikan kepada rakan-rakan saya mengenai kepelbagaian kaum dan agama di Indonesia. Walaupun berbilang kaum dan agama tetapi masyarakat dapat hidup bersatu dan harmoni. Bagi pendapat saya, keharmonian perlu bermula dari diri sendiri. Sebagai langkah pertama, kita perlu menghormati kaum dan agama lain.

Secara peribadi, selepas AYD ini, saya akan lebih menghormati agama dan etnik lain. Tidak cepat menghakimi kerana masing-masing ada kepercayaan sendiri. Selain itu, lebih mendalami dan mengenali kaum sendiri. Asal usul dan sejarah etnik keluarga berdasarkan kepercayaan agama Katolik.


Gambar kenangan dengan berpakaian tradisi pada malam Youth Festival

PERKONGSIAN SCHOFFAL CHARLES MOIJI DARI PAROKI KATEDRAL ST MARY SANDAKAN




Saya sangat gembira dan bersyukur kerana bertemu dengan keluarga angkat dan umat-umat daripada Paroki St. Petrus, Denpasar, Bali. Hanya dalam beberapa hari saja, kami dapat membina hubungan yang sangat rapat. Begitu juga apabila saya bertemu dengan deligasi daripada Cambodia yang mana terdapat kesukaran dalam komunikasi tetapi masih boleh menjalin hubungan yang sangat akrab. Selain itu, sikap toleransi masyarakat daripada pelbagai agama cukup memberi impak yang besar bagi saya.


Bergambar bersama keluarga angkat
Banyak yang saya pelajari daripada DID ini, antaranya ialah kesatuan dalam masyarakat dengan sikap toleransi, keterbukaan dan kepelbagaian budaya. Mereka saling membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tidak kira bangsa dan agama. Kemudian, mereka mempunyai sikap keterbukaan dalam perkongsian iman.


Bergambar bersama sahabat AYD
Cabaran yang saya hadapi ialah komunikasi dan tenaga badan.

Saya ingin mengongsikan kepada rakan-rakan di paroki saya bahawa kepelbagaian budaya yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi dapat membawa masyarakat daripada pelbagai budaya dan agama bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama yang lain. Terutama sekali daripada perspektif agama yang mana, hak kebebasan beragama itu adalah daripada kepercayaan individu itu sendiri tanpa tertakluk kepada perkara-perkara lain yang boleh menganggu keharmonian beragama.


Kepelbagaian budaya mewujudkan keharmonian

Secara peribadi, selepas ini saya akan lebih mempergiatkan aktiviti berteraskan alam sekitar dan lebih menekankan kesedaran terhadap isu perubahan iklim (climate changes) melalui media komunikasi kini. Menggunakan saluran media komunikasi dengan lebih baik dan berkesan.


CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent