Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 11, 2017

Advent: Bringing the joy of Christmas to the underprivileged families

Article bS. Cordova


Sandakan: Instead of shopping each day in December, there’s a way to enjoy advent weeks while helping others. At that point, there are numerous charities in every parish with their own initiative to give a helping hand for those who are in need of love and joy in preparation for the coming Christmas. Last year, the Star of Yahweh Covenant Community had done their charity work with the same underprivileged families and this year, on 10th December, once again they did the same act of kindness by inviting other church members to make their action advent by bringing the joy of Christmas to these families. It was a lovely, communal way for them to gather and donate to people in need.
“It also helps us to prepare ourselves for the coming of Jesus Christ by showing our charity to people in genuine need. Though this advent action is just a small act of kindness, it adds up a great difference for vulnerable people,” said SYCC elder Bro. Philip Mosinoh.
According to Bro. Michael Lai, it is in giving that the true meaning of Christmas becomes a reality. This advent is a time for JOY (Jesus - Others - You). It means Jesus first, others are second, and last is yourself!
As the members came bringing the goodies and some clothing donations to their homes,  the joy and happiness clearly shown in each one of the children’s faces. When they were asked why they are so happy, spontaneously and joyfully they said in Malay, “Sebab Hari Krismas” (Because it is Christmas).
Indeed, it made a huge difference to those receiving the gifts and clothes, but likewise also to those giving. Obviously, a mere spoonful of forethought on Jesus’ coming can turn this Advent into action. Hence, an absolutely “joyful hope” shared with others through a humble  preparation for the second coming of Christ
Distributing goodies to the children

Friday, December 8, 2017

HTC RECOLLECTION FOR CAROLLERS: “PREPARE YOUR HEART TO RECEIVE OUR SAVIOUR AND SPREAD THE GOOD NEWS”

By:  Mario Domingo  

Holy Trinity Parish Tawau: The 6-day, house-to-house, Christmas carolling of Holy Trinity Parish shall kick off on Sunday, 10th December and ends on Friday, 15th December. This year around, there are 11 carolling groups from the main church and 12 groups from the BECs. The annual event is the combined effort of all communities from the four languages and other groups in the church.
A short recollection was held on the 3rd December, at 11.30am to 1.20pm, organized by the Home Carolling Committee. A Catechesis entitled “PREPARE YOUR HEART TO RECEIVE OUR SAVIOUR AND SPREAD THE GOOD NEWS” in preparation for the house-to-house carolling was then given by Julita Kantod. The short recollection was well attended by some 200 carollers together with cluster coordinators and the carolling committee. Basically, the input shared provided the carollers to prepare themselves first, spiritually and mentally, as heralds in bringing the Good News to our neighbours and friends. It was also an opportunity for them to understand and reflect on the mystery and deeper meaning of Christmas.
The Catechesis began with an open question to reflect: “Why do you believe in Christmas and what do you believe in it?”  In her message, she encouraged them to come to a time of Advent, a time for a spiritual preparation for the coming of our saviour Jesus Christ. “Every day is an Advent", she continued “and Christ will be revealed when He comes again. Indeed, it is a mystery; it requires faith to believe”. “Christmas is not about all the “celebration” itself, but as Christians, we celebrate the birth of our Saviour, the Son of God. Knowing that a God came down to man through Mary should fill our hearts and homes with love, joy and peace of our Saviour.” she said. Christmas and the Nativity will be meaningful in that perspective.
“With an honest and humble preparation, especially during this recollection, one will experience a conversion of the heart where Christ can make His room with us and in our family” she added. She then concluded her input by wishing everyone “happy carolling” and encouraged them to become His good instruments in spreading the Good News which all began with a proper spiritual preparation.
The catechesis ended with some words of encouragement from Andrew Kiat, the Chairman of the Home Carolling Program, as well as the PPC Chairperson, followed by announcements and a closing prayer.  

SEMINAR CARA PENGENDALIAN KEM KOMUNI PERTAMA DAN KEM PENGUATAN

Gambar Oleh: Sister Evelyn Tivit
Artikel Oleh: Nelly Solui

Retret Centre, Ulu Dusun Sandakan – Satu seminar kemahiran telah dijalankan pada 17hb sehingga 19hb November 2017. Kem ini telah dianjurkan oleh Komiti Katekatikal Paroki St. Dominic Lahad Datu. Seminar yang telah disertai oleh 31 orang peserta terdiri daripada 12 peserta dari Paroki Beluran, 9 peserta dari Paroki Lahad Datu, 8 orang dari Paroki Telupid dan 2 peserta dari Paroki Sandakan. Kesemua sesi di dalam kem kemahiran ini telah dikendalikan oleh Sister Evelin Tivit dan dibantu oleh Sister Martina.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyiapkan puzzle, meneka silang kata, melukis tapak tangan, mereka cipta burung merpati dan banyak lagi. Semua aktiviti ini adalah berpandukan kepada 4 sakramen iaitu Pembaptisan, Penguatan, Ekaristi dan Rekonsiliasi.
Objektif kem kemahiran ini adalah untuk memberi idea-idea baru kepada para pembimbing bagaimana untuk mengelola kem Penyambutan dan Penguatan di paroki masing-masing. Disamping itu, kem ini membolehkan para pembimbing untuk saling mengongsikan pengalaman mereka dalam pembangunan iman bersama. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam kem ini, para pembimbing dapat menambah cara baru pembelajaran tentang iman yang lebih menarik dan praktikal di paroki mereka masing-masing.

Di akhir kem, semua pembimbing telah menyediakan laporan perancangan mereka untuk kem penyambutan dan penguatan di tempat mereka masing-masing.

Tuesday, December 5, 2017

Misa Penguatan dan Makan Malam Amal 2017

Gambar Oleh: Simon Hendrikus, Dominggus, Matius, Lily
Artikel Oleh: Farnandes

Lahad Datu: Seramai 143 calon telah menerima Sakramen Penguatan di gereja St. Dominic pada 5 November 2017. Misa ini telah diselebrankan oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom dibantu oleh Paderi Paroki Fr. Simon Kontou dan Pembantu Paderi Paroki Fr. Marcellinus Pongking. Seramai lebih kurang 300 umat telah menghadiri misa tersebut.
“Pembacaan Injil pada hari ini menuntut sikap kejujuran dimana Yesus mengutuk orang-orang Farisi kerana mereka mengajarkan hukum yang telah diturunkan oleh Musa tetapi tidak melakukanya serta mempraktikannya didalam kehidupan mereka. Seperti ungkapan orang lain “Cakap tidak serupa bikin”. Orang-orang Farisi mempunyai topeng-topeng dan mereka bersembunyi disebalik topeng mereka itu. Persoalannya, adakah kita juga seperti mereka? Rajin pergi sembahyang setiap minggu tetapi apabila berada diluar kawasan gereja, tidak berkelakuan baik.
Pada hari Pentekosta, para Rasul Yesus juga memakai topeng-topeng itu dan mengikuti Tuhan Yesus selama 3 tahun. Mereka menyaksikan semua mukzijat yang telah dilakukan oleh Tuhan Yesus tetapi  sukar untuk mempraktikan ajaran Yesus dalam kehidupan mereka. Sehinggalah pada hari Pentekosta, Roh Kudus turun ke atas mereka dan topeng-topeng kepalsuan yang mereka pakai telah diganti dengan topeng-topeng cintakasih Tuhan Yesus. Semangat dan identiti yang baru hadir di dalam diri mereka dan ini adalah dorongan dari Roh Kudus dan mereka mahu menerima Roh Kudus itu di dalam kehidupan mereka. Selepas itu, mereka dengan penuh semangat dan keyakinan mengistiharkan Yesus sebagai Juruselamat dan Tuhan yang sudah bangkit dari alam maut.
Kita semua adalah sama seperti para Rasul, kita adalah diutus untuk pergi dan menyebarluaskan kisah penyelamatan Tuhan Yesus. Kita seharusnya menghidupkan ajaranNya di dalam kehidupan kita bersama rakan-rakan, keluarga dan sesama.” Demikianlah serba sedikit homili Bapa Uskup Julius pada hari tersebut.
Pada hari yang sama juga, Majlis Makan Malam Amal telah diadakan bagi mengutip dana pembangunan dewan ibadat. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Paderi paroki Rev Fr. Simon dan doa pembukaan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Selesai sahaja doa, majlis diteruskan dengan persembahan artis jemputan iaitu saudari Esther Applunius.
Acara selanjutnya ialah St. Dominic Got Talent Final yang terdiri daripada 14 finalis. Persembahan mereka pada malam itu telah membantu pengumpulan dana bagi pembangunan dewan ibadat paroki St. Dominic yang baru. Persembahan mereka terdiri daripada persembahan Beat Box, Bermain Gitar secara berkumpulan dan individu,  menari serta menyanyi. Rev Fr Simon sangat berterima kasih atas usaha para finalis St. Dominic Got Talent kerana melalui talenta serta usaha mereka, mereka dapat membantu dalam mengumpul serta menyumbang kepada dana tersebut. Terdapat beberapa umat juga menyumbangkan sumbangan berupa wang tunai dan jumlah sumbangan pada malam tersebut telah mencecah RM50 000. Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah bagi pemenang St. Dominic Got Talent. Doa penutupan dan pengutusan oleh Fr. Simon Kontou. Majlis bersurai lebih kurang jam 11.00 malam.

Monday, December 4, 2017

JANGAN TAKUT, MARIA, KERANA ALLAH BERKENAN KEPADA ENGKAU - LUKAS 1:30


Ahli Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan bergambar santai selepas rekoleksi
TELUPID - Pertemuan ahli tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KBK atau DYA) Sandakan yang diadakan hanya tiga kali dalam setahun ini sememangnya dinanti - nantikan oleh setiap ahli. Ini merupakan satu kesempatan bagi mereka untuk bertemu, berkongsi, berdoa dan berbincang bersama akan hal - hal belia di Keuskupan Sandakan. 

Rekoleksi dan mesyuarat pada kali ini telah diadakan di St Fidelis, Kg. Kiabau, Telupid pada 17 sehingga 19 November 2017. Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Rev. Fr. David Garaman selaku Penasihat Rohani, ahli - ahli tim KBK dari Misi Paitan, para pemerhati dari Paroki Telupid dan Paroki Lahad Datu serta beberapa belia dari St. Fidelis, Kg. Kiabau, Telupid.


Dalam rekoleksi tim yang telah diadakan pada 18 November 2017, Sr. Lilian Unsoh, fsic telah membawa setiap ahli untuk mengongsikan "peta kehidupan" masing - masing dalam sesi Album Keluarga. Satu sesi yang memberi peluang kepada semua yang hadir untuk lebih mengenali bukan sahaja diri sendiri tetapi insan - insan yang menjadi sebahagian dalam kehidupan mereka. Melalui sesi ini, sedikit sebanyak telah membuka ruang antara sesama untuk mengenali diantara satu dengan yang lain lebih dalam.

Masing-masing dengan semangat melihat dan menceritakan mengenai album mereka
Selepas menikmati hidangan minum pagi pada jam 10.30 pagi, tim KBK meneruskan sesi dengan memperkongsikan gambar - gambar yang terpilih dan menjelaskan kenapa gambar - gambar itu penting bagi mereka dan bagaimana pengalaman pada masa itu membentuk keperibadian mereka. Perkongsian yang disampaikan sangat memberi inspirasi bukan sahaja kepada mereka yang hadir tetapi juga pada diri mereka sendiri.
Antara ahli tim yang mengongsikan Album Keluarga mereka
Pada sebelah petang, Rev. Fr. David Garaman, telah mengajak ahli tim KBK untuk mengupas dan merenungkan tema sesi yang dipetik dari Lukas 1: 30 "Jangan Takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau". Fr. David dalam sesinya mengajak tim untuk mengambil firman Tuhan Lukas 1: 30 - 33 agar dapat memahami apa yang ingin disampaikan dalam tema itu.  Terdapat lapan (8) kata kunci yang telah ditekankan seperti berikut: 

  1. Jangan takut,
  2. Allah berkenan kepada engkau,
  3. Engkau akan mengandung,
  4. Yesus, Dia akan menjadi agung (penting),
  5. Akan disebut anak Allah yang Maha Tinggi,
  6. Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja,
  7. Yesus akan memerintah (umatnya)
  8. Kerajaan-Nya takkan berakhir.

Berdasarkan kepada kata kunci ini, Rev. Fr. David mengulas bahawa menjadi seorang pemimpin itu bukan sesuatu yang mudah. Namun jangan takut untuk berani menyahut panggilan itu kerana Allah tidak pernah silap untuk memanggil dan memilih orang untuk mengerjakan misi - Nya. Maka setiap ahli tim KBK perlu menjadikan Yesus yang terutama dalam setiap hal dalam kehidupan sebagai seorang yang melayani.  


"Kita akan menjadi sempurna apabila Allah melihat wajah-Nya didalam kamu." 
Rev. Fr. David Garaman

"Ada seorang bertanya kepada tukang besi yang sedang menyiapkan sebilah pedang, bagaimana kamu tahu jika pedang ini telah selesai dan siap dengan sempurna? Lalu tukang besi menjawab, kamu akan tahu apabila kamu mengangkat pedang ini dan melihat refleksi wajah kamu di dalam pedang ini. Nah, sama seperti Yesus yang membentuk kita sebagai seorang manusia. Yesus akan tahu bahawa kamu sudah siap dan sempurna apabila Dia melihat wajah-Nya di dalam kamu, kerana Yesus mencipta kita menurut gambaran wajah-Nya. Apabila kita menjadi seperti Yesus, kita akan lebih mengenali-Nya dan kita dapat membawa Yesus kepada semua orang yang kita temui. Tetapi kita perlu sentiasa ingat, untuk mahu menjadi seperti Yesus itu, kita perlu mempunyai hubungan peribadi yang intim dengan Dia..." 

"Ketakutan itu adalah luarbiasa kerana ia dapat melumpuhkan kita..."

Perkongsian dalam kumpulan
Selepas mendengar sesi Rev. Fr. David, ahli tim dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengongsikan renungan yang mereka telah perolehi. Sememangnya sesi - sesi yang telah disampaikan amat penting untuk menyemarakan semangat pelayanan dalam diri. Ternyata Tuhan sudah merancang, membentuk dan memanggil setiap ahli tim sejak sekian lama dan ini dapat dilihat melalui perkongsian di dalam sesi Album Keluarga dan telah dimantapkan lagi dengan sesi Rev. Fr. David. Kadang kala ada suara didalam diri menyatakan "saya tidak layak", namun Tuhan itu lebih berkuasa atas segalanya dan telah melayakkan setiap insan yang dipanggil untuk menyempurnakan misi-Nya. Rekoleksi pada petang itu diakhiri dengan menyanyikan lagu "Yang terutama" dan berkat dari Rev. Fr. David.

Beriadah bersama
Acara diteruskan dengan bermain bola tampar sebagai aktiviti riadah setelah sehari rekoleksi. Tawa riang dan usik - mengusik memenuhi aktiviti riadah yang sangat santai sambil bermain bola tampar. Selain daripada merapatkan persahabatan, aktiviti ini juga menyihatkan tubuh badan.

Acara kemuncak rekoleksi adalah perayaan Ekaristi (Sunset Mass) sebagai tanda kesyukuran diatas rahmat yang telah dianugerahkan disepanjang rekoleksi. Misa ini dirayakan oleh Rev. Fr. David Garaman bersama dengan umat - umat di St Fidelis, Kg. Kiabau. Acara kemudiannya diteruskan di dewan St Fidelis dengan aktiviti ramah mesra dan fellowship bersama. Kesempatan masa dan ruang yang ada digunakan sebaik-baiknya dengan penuh sukacita.

Makan malam bersama tim KBK dan umat St. Fidelis, Kg. Kiabau
Mesyuarat KBK yang ke - 23 telah diadakan pada 19 November 2017. Antara perkara yang dibincangkan adalah program KITA yang perlu digiatkan pada tahun hadapan, Belia dan Alkitab, Synod on Youth, laporan dari setiap paroki dan program-program KBK sepanjang tahun 2018. Program Sabah Youth Day (SYD) 5 2020 dan World Youth Day (WYD) Panama 2019 juga turut dibincangkan. Segala maklumat telah disalurkan kepada ahli tim untuk dibawa kembali ke paroki masing-masing. 

Di kesempatan ini juga, Tim KBK merakamkan setinggi penghargaan kepada umat St. Fidelis, Kg. Kiabau terutama sekali kepada Kerasulan Wanita Katolik dan para belia yang telah menyediakan makan dan minum, penginapan dan segala keperluan disepanjang pertemuan KBK.

Masing-masing memberikan tumpuan dalam Mesyuarat
Mesyuarat berakhir pada pukul 3.30pm dengan doa Kerasulan Belia Keuskupan dan diikuti dengan sesi bergambar. Rekoleksi dan mesyuarat seterusnya akan diadakan di St. Francis of Assisi, Kg. Sukang, Paitan pada tanggal 16-18 Mac 2018.

Bergambar kenangan bersama



"I really like this picture. Look at the photo. Nearly all of us are looking at Sophia. She represents all the young people around us and as if we all are saying, "we care and we are here for you". And Sophia is looking up to us, "here is my future". I suddenly realized, the great responsibility that we have in shaping the future of our young people. It seems impossible to do great things but He will be always there for us." Sr. Lilian Unsoh, fsic

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent