Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 20, 2017

Unite Camp 4.0 ~ Hari Kedua

~Tim Dokumentasi Unite Camp 4.0, 2017~


Misa hari kedua unite camp yang dirayakan oleh Rev Fr Stanley William 
Hari kedua dimulakan dengan Misa kudus yang diselebrankan oleh Fr. Stanley William. Dalam homili, beliau telah menekankan tentang iman seorang kristian serta menyatakan bahawa “iman tanpa perbuatan adalah mati”. Beliau juga membawa para peserta untuk berfikir bahawa adakah “iman mereka begitu kukuh untuk mengikuti Tuhan Yesus?”. Selain itu, beliau menyeru agar sentiasa berdoa untuk iman kristiani dan mengenal antara satu sama lain dalam Unite Camp ini agar dapat menyebarkan cinta kasih-Nya bersama di tempat masing-masing.
Rev. Fr. Stanley menyampaikan sesi
Sesi Mother Mary and Rosary membawa para peserta lebih mengenali Bonda Maria. Beliau menyeru agar semua peserta membaca buku-buku ajaran gereja kerana semua terkandung di dalam dokumen-dokumen ajaran katolik. Jika kita bercakap mengenai Bonda Maria, terdapat empat perkara yang amat penting yang perlu diketahui oleh semua. Perkara pertama iaitu ajaran Bonda Maria(Divine Motherhood). Beliau menyeru semua agar membaca konsili Efesus 4-1 dan konsili Kaunsedon 451. Kedua, Bonda Maria keperawanan Abadi yang membawa maksud Bonda Maria adalah tetap suci kerana dia melahirkan Tuhan Yesus melalui kuasa Roh Kudus. Ketiga, ialah dikandung tanpa dosa. Ajaran Bonda Maria yang terakhir ialah Bonda Maria diangkat ke syurga yang bermaksud Bonda Maria tetap menjadi perantaraan bagi kita semua. Seterusnya ialah mengenai sejarah doa Rosari. Asal usul doa Rosari tidak dapat ditentukan secara jelas. Ia terjadi mengikut tahap demi tahap dan digunakanya butir-butir sebagai alat bantu doa serta tradisi sejak zaman gereja awal. Pada abad pertengahan, butir-butir tersebut dipakai untuk menghitung doa Bapa Kami dan Salam Maria di biara-biara. Struktur doa Rosari berkembang pada abad ke-12. Pada waktu itu 50 doa Salam Maria dihubung kait dengan Mazmur untuk memperingati kehidupan Tuhan Yesus dan juga Bonda Maria dan pada abad ke-16 terbentuklah doa Rosario yang terbahagi kepada 5 dekad dan 3 peristiwa iaitu gembira, sedih dan mulia. Pada tahun 1221 Santo Dominic telah memperkenalkan doa Rosario kepada kita umat Katolik.
Sesi 2 iaitu "Kerana Allah yang mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar padaku,Namanya adalah kudus" yang disampaikan oleh Rev Fr David Garaman. Bapa suci Fransiskus di dalam pesanannya mengatakan kepada para muda-mudi agar sentiasa maju, harus sentiasa ke depan dan jangan memikirkan peristiwa-peristiwa yang lalu tetapi menjadi berani untuk masa depan sebagai belia-belia dan sikap berani yang mempunyai pengharapan hidup kita boleh ditemui di dalam diri Bonda Maria.
Perkongsian secara berkumpulan mengenai pesanan Bapa Suci baru-baru ini sempena hari belia sedunia yang ke-32
Perbincangan 5 pekara dalam pesanan Bapa Suci  dalam kumpulan 
Sing along
Sesi 3: Maria sebagai model iman dan murid yang sebenar 
Di dalam sesi ketiga yang disampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh, Fsic telah menayangkan sebuah video mengenai Bonda Maria dan diikuti dengan sesi perkongsian selepas itu. Tayangan video ini menceritakan bagaimana Bonda Maria menjadi seorang ibu serta kehidupan Bonda Maria yang memberi gambaran kepada kita tentang imanNya.
Taklimat dan penerangan mengenai Team Dynamic(Game) yang disampaikan oleh Saudara Arjohn
Zumba bersama sebelum game dimulakan
Team Dynamic(Games)
Malam perdamaian yang dipimpin oleh Sr.Lilian Unsoh Fsic
Diakhiri dengan pengumuman dan doa malam serta menulis sebuah doa pada sebuah kertas berbentuk hati  untuk diletakkan pada pray station

Tuesday, September 19, 2017

“Fun 家庭日”

      (山打根讯) 2017916(星期) ,山打根圣玛莉主教座堂华文协调委员会属下主日学为庆祝华协成立30周年,举办Fun 家庭日。举办此次活动的目的是为了促进亲自关系;即为家庭提供一个欢乐的平台,让家长放下忙碌的工作,与孩子们共度好时光。

      由于当天是公假,主办当局贴心的把节目安排在早上8.30。登记后,活动正式由上午9.00开始。曾彗心老师带领大家作开始祈祷后,沈尚美老师在李碧亮老师和申秀媚老师的协助下,带领大家以一首轻松快乐的“深深在我心”歌颂赞美上主,大家在三位老师的带领下学习该歌曲的手语,轻快的歌声及简单的手语使场面温馨和谐。

      过后,华协副主席黄士南兄弟以轻快的语调与大家分享家庭之乐。大家一起享用简单的茶点后,紧接着是一连串的亲子游戏。游戏开始前,每个家庭都被分配相同数量的玻璃弹珠。他们必须在一个小时内到每一个设定的游戏站去赚取玻璃弹珠。当然,他们也必须交付相符的玻璃弹珠以开始玩游戏。

       游戏后,大家有片刻的休息时间。之后,大家齐聚一室,开始了另一个活动,即“孩子一片心”。主办当局贴心地准备了精美的圣家照,让孩子们赠予其家长,抱抱家长,与家长讲些贴心的悄悄话。颁奖礼后,特别邀请几位家长分享其心情和感受。
     
       中午12时,家长日在结束祈祷后画下完美的句号。



     
文:杨玉娟

图:黄士南










Monday, September 18, 2017

UNITE CAMP 4.0 ”Kerana Allah Yang Mahakuasa melakukan hal-hal besar padaku. Sucilah Nama-Nya.”(Lukas 1:49) - Hari Pertama

~Tim Dokumentasi Unite Camp 4.0, 2017~
(Sesi pendaftaran Unite Camp 4.0)
Kerana Allah Yang Mahakuasa melakukan hal-hal besar padaku. Sucilah Nama-Nya.”(Lukas 1:49), telah menjadi tema bagi program Unite Camp 4.0 kali ini yang berlangsung di paroki Katedral St. Mary Sandakan pada 31.8.2017-3.9.2017. Unite Camp kali ini lebih membawa semua peserta untuk lebih mengenali Bonda Maria. Seramai 95 peserta tidak  termasuk tim pelaksana yang telah  melibatkan diri dalam  program Unite Camp siri Ke-4 ini. Peserta-peserta kali ini datang dari setiap gereja dan paroki seperti Katedral St. Mary Sandakan, St. Mark Sandakan, St Martin Telupid, Our Lady Of Fatima Beluran, St Immanuel, Jaya Bakti, St Joseph, Nangoh, St Paul, Ulu Dusun, St Petrus, Sandakan, St Dominic, Lahad Datu, Holy Trinity, Tawau dan St Stephen, Tass Tawau.
                                        (Pengacara pada hari pertama: Anna Teresa Peter Amandus)
( Penerangan mengenai Unite Camp 4.0 yang disampaikan oleh Saudari Anna Teresa & ice breaking bersama peserta unite camp 4.0)
(Gimik Pembukaan Unite Camp 4.0 dengan melepaskan belon berbentuk rosary ke udara)
(Doa pembukaan oleh Rev Fr Sunny Chung)
(Sedikit penerangan mengenai gimik pembukaan Unite camp 4.0 yang disampaikan oleh Sr.Lilian Unsoh, fcic kepada semua peserta)
(Sepanjang Gimik Pembukaan Unite Camp 4.0)
(Perarakan masuk kedalam dewan bersama statue Mother Mary selepas acara melepaskan belon  sambil menyanyikan lagu Ave Maria )
Selepas  itu, sedikit ucapan alu-aluan oleh coordinator  unite camp kali ini iaitu Saudari Carnivalyn Arbah dan juga dari Saudara Micheal Lai bagi mewakili Saudara Pilis Malim yang tidak dapat menghadirkan diri pada waktu itu.
(Misa Pembukaan yang dirayakan oleh Rev Fr David Garaman dan Rev Fr Sunny Chung)
Dalam homili Rev Fr Sunny Chung, telah  menyeru  kepada peserta-peserta Unite Camp 4.0 kali ini agar menanamkan  sikap dalam diri iaitu sentiasa tidak berhenti bersyukur kerana masih diberikan peluang dan masa untuk melihat kembali diri sendiri apabila berada di hadapan Tuhan. Beliau juga membawa peserta agar merenung semula apa yang mereka ingin cari dalam  program kali ini. Selain itu, Rev Fr Sunny Chung  juga menyatakan  bahawa “Perayaan Misa Kudus adalah puncak kerohanian kita”, oleh itu beliau berharap agar semua peserta unite camp 4.0 haruslah bersungguh-sungguh dalam penyertaan program kali ini dan mengenal Bonda Maria dengan lebih dalam lagi serta mendapat sesuatu yang baru dari program ini.
(Sesi reflksi diri sepanjang  satu  hari unite camp berjalan dalam kumpulan masing-masing yang disampaikan oleh saudari Anna Teresa)
(Ice Breaking dan lakonan oleh tim social tentang”halangan-halangan mengikuti camp belia)
Gambar beramai-ramai dan diakhiri dengan doa malam.

Thursday, September 14, 2017

“ 看, 你的母亲, 以玛利亚为典范与基督完美的结合!”

为配合山打根圣玛莉主教座堂华文协调委员会(简称“华协”)成立的30周年庆祝,山打根福传之星华文圣母区团於201791 日至3 日主辨了31夜的讲座会。此讲座特地邀请到来自亚庇教区的罗楠毅兄弟为我们主讲 ,主题为“ , 你的母亲, 以玛利亚为典范与基督完美的结合! 除了大部分的圣母军工作团员及辅助团员外,其它华协属下的各小组成员都踊跃的报名参加,出席的教友大约有六十多人。

在讲座中, 罗兄弟以轻松的方式讲解,通过圣经章节及他所收集的详细资料,让大家更了解圣母在教会和耶稣救世工程的重要角色, 借着圣母在教会所担任的重要角色,以及她的信德与行为都可以成为我们现在的模范

罗兄弟也分享了圣母在教会的四端信理

1) 天主之母 - 真福玛利亚是天主和耶稣基督的母亲
2) 终身童贞 - 根据教会和传统的神学解释玛利亚终身童贞的道理包含三个层面就在产前产时及产后的童贞
3) 无染原罪 - 我们相信她未曾染上原罪的任何污点并因圣宠的特恩, 她远远高出所有的创造物
4) 圣母升天 - 她在结朿了世上的生命后灵魂和肉身被提升天,获享永远的光荣
圣经里记载, 圣母是天主在旧约早已经特别检选的 她把圣子带到世上为我们世人赎罪,让我们与天主和好圣母是耶稣在世上最亲近的亲人,她把一切天主的安排都默默存放在心中,完全地谦卑接受与服从。



在第二天与最后一天的讲座后,出席的教友们花了大约半个小时的时间做专题分享,大家都积极的参与和发问,也勇敢地分享一些个人与圣母亲切的关系。经过3天的讲座,大家都深切地明了,圣母是我们的母亲,她从不曾拒绝领我们这些在世的软弱子民走向耶稣。通过圣母,让我们一起迈向天主的国,也让我们效法圣母在主前全然的谦卑与服从。


文:信德之后支团
图:晓明之星支团










Wednesday, September 13, 2017

“爱的喜乐”--王春新神父主讲

(山打根訊) 期待已久的爱的喜乐”- 论家庭之爱讲习会终于2017818日至20日成功假圣玛莉主教座堂堂区活动中心及朝拜中心举行,参加的华人教友约100人。华协属下圣神同祷会很荣幸邀请到来自甲柔区的王春新神父为我们主讲。
王春新神父幽默风趣的演讲使这三天的活动充满乐趣。虽然活动的时间很紧凑,讲题一个接一个,但是出席的教友们都不喊累,反而精神奕奕,因为王神父的讲题内容实在是太吸引了,许多有关天主教的历史与教理是很难在其他讲习会中获得的。
在讲习会的第一天,王神父先简介自己的出身及当神父的点点滴滴。他强调身为父母的教友,态度非常重要。尤其是身为一家之主的父亲,对孩子的灵命成长影响重大。父母如持续20天每天早上用圣油在孩子额头上抹圣号,并藉天主之名祝福他们,而晚上与孩子一起祈祷,为自己对孩子做出不舒服的行为道歉,并祈求天主与孩子的原谅,孩子与父母的关系一定会更亲密。神父说父母的教友生活深深地影响着孩子的灵命成长。现代的教友,整天为了寻求地上的财富,去满足孩子们肉体上欲望,却忽略孩子们的灵命需求。

第二天,王神父以《爱的喜乐》从家庭开始...... 掀开序幕。他举例许多圣言,让教友从圣言看家庭。子女不是家庭的产业,他们有自己的人生孩子不是夫妇之爱的外在附加品,而是从夫妇彼此交付的核心而来的结晶与实现这两句话深深地烙印在教友们的心中。在小组讨论的环节,教友们都踊跃的参与,并积极提出意见。电影观赏环节则获得教友们的喜爱,因为电影的内容让在场的教友感触万分 ,并自我反省。晚上的朝拜圣体仪式,让教友们获得天主满满的祝福与喜乐。
第三天的讲习会,王神父的主题是《天主计划中的婚姻》。告诉教友们藉耶稣认识家庭圣召、讲解婚姻圣事的意义、婚姻是圣召、天主是婚姻的创立者、让夫妻们知道天主的伟大蓝图。夫妻的使命是传递生命、教育子女。王神父也说出现今的家庭所面对的挑战和危机。强调男人在家庭生活中扮演重要的角色,父亲的疏离将严重影响家庭生活。王神父清楚地为我们讲解家庭生活的灵性基础,也让我们明了家庭是人生的冒险,但在天主的陪伴下我们可以共享其中的美好生活,也共度当中的危难时期。

在最后的提问环节,教友们都踊跃的提出问题,王神父都一一耐心地解答。讲习会在大合照后结束。


文:張麗圓
图:戴维邦









KRISIS EKOLOGI HARUS DITANGANI SEGERA

Disediakan oleh: Roland Henry


TAWAU – Seramai 106 orang umat hadir menyaksikan tayangan filem dokumentari ‘Before The Flood’ atau ‘Sebelum Banjir’ sempena menyambut Hari Doa Sedunia untuk Pemeliharaan Ciptaan peringkat Paroki Holy Trinity Tawau pada 3 September 2017 bertempat di Dewan Katekatikal.
Para belia yang hadir
Paus Fransiskus menetapkan setiap 1 September sebagai Hari Doa Sedunia untuk Pemeliharaan Ciptaan. Penetapan ini membuka ruang kepada setiap individu mahupun komuniti untuk berbalik semula kepada Tuhan atas panggilan sebagai pelayan ciptaan yang telah Ia percayakan untuk pemeliharaan sepenuhnya dengan penuh rasa hormat dan syukur akan karya tangan-Nya yang indah dan mengagumkan.

Penetapan melalui surat yang bertarikh 6 Ogos 2015 ini telah dikeluarkan oleh Vatikan pada 10 Ogos 2015 kepada Komisi Kepausan untuk Keadilan dan Perdamaian dan Komisi Kepausan Penyelenggaraan Persatuan Umat Kristiani yang jelas menegaskan tentang tanggungjawab kita sebagai orang yang beriman untuk menyelesaikan krisis ekologi yang kian merunsingkan umat manusia pada saat ini.

Tayangan filem dokumentari selama kira-kira satu jam setengah merupakan acara kemuncak sambutan tersebut setelah beberapa bulan Msgr. Nicholas Ong selaku Rektor Paroki menjalani beberapa pertemuan Komuniti Eklesial Dasar yang menyentuh tema penjagaan alam sekitar sebelum berakhirnya bulan Ogos. Kini beliau dengan penuh kepercayaan kepada Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) untuk mengumpulkan umat paroki menyambut sambutan ini dengan memberi kesedaran bersama tentang krisis ekologi yang harus ditangani segera.
Pendaftaran kehadiran
Sambutan ini disambut ringkas iaitu hanya menayangkan filem dokumentari yang dipersembahkan oleh National Geography, hasil ciptaan Fisher Stevens (pemenang Academy Award) untuk memberi pemahaman bagaimana dan kenapa ia berlaku dan seterusnya memberi kesedaran kepada umat tentang penjagaan alam ciptaan Tuhan. Umat dari pelbagai komuniti dan peringkat umur hadir seawal jam 11.00 pagi untuk mendaftar kehadiran. Kemudian doa pembukaan yang dipimpin oleh Sr. Julita Joseph, FSIC. Seterusnya filem dokumentari ditayangkan selepas selesai sahaja input yang ringkas dan padat diberikan oleh Saudari Florian Gabriel Nunang selaku Timbalan Setiausaha KPIP.
Doa Pembukaan oleh Sr. Julita Joseph, FSIC
Perkongsian input oleh Saudari Florian Gabriel
Di dalam dokumentari tersebut, aktivis alam sekitar dan Pesuruhjaya Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Leonardo DiCaprio, menceritakan perjalanan perjuangannya terhadap penjagaan alam sekitar yang telah memakan masa bertahun-tahun dengan mengembara ke lima benua dan Arktik untuk menyaksikan perubahan iklim secara langsung. Dia meneruskan ekspedisi dengan para saintis mengungkap realiti perubahan iklim dan bertemu dengan pemimpin politik yang menentang tindakan berdiam diri serta pemimpin dunia yang telah melakukan tindakan konkrit untuk menyelamatkan alam ciptaan Tuhan.
Para umat yang sedang menonton filem dokumentari
Diakhir dokumentari, DiCaprio membentangkan satu laporan yang memukau tentang perubahan dramatik yang kini berlaku di seluruh dunia akibat perubahan iklim, juga sebagai tindakan kita sebagai individu dan sebagai sebuah masyarakat boleh diambil untuk mengelakkan gangguan kehidupan di planet kita. Dokumentari ini menunjukkan bagaimana hubung kait nasib semua umat manusia serta kuasa yang dimiliki sebagai individu dan komuniti dapat membina masa depan yang lebih baik untuk menyelamatkan dan mewariskan planet kita kepada generasi akan datang.
Tayangan dokumentari: Pertemuan Paus Fransiskus dan DiCaprio.
Dengan krisis ekologi yang dialami, kita seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap alam ciptan Tuhan. “Kita sebagai pelindung karya tangan Allah adalah inti dari kehidupan yang meletakkan Allah sebagai tujuan kita; ini bukanlah suatu aspek pilihan atau alternatif dari kehidupan kita sebagai umat Kristiani.” Tegas Paus Fransiskus di dalam ensiklik yang kedua ‘Laudato Si’.

Sambutan Hari Doa Sedunia untuk Pemeliharaan Ciptaan peringkat Paroki Holy Trinity Tawau diakhiri dengan ulasan singkat dari Saudari Florian. Seterusnya doa bersama untuk pemeliharaan ciptaan yang dipimpin oleh Sr. Julita dan juga jualan buku ‘Laudato si’ sejurus selepas itu.
Bergambar bersama buku ‘Laudato Si’

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent