Kota Kinabalu – Pada 23 sehingga 29 September yang lalu, Komiti Pelayanan Belia Katolik Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Catholic Youth Ministery Committee (MCYMC) sekali lagi telah berkumpul dan bertemu untuk membincangkan hal - hal berkaitan belia dan mengetengahkan isu - isu semasa yang sedang berlaku kepada para belia khususnya belia Katolik seluruh Malaysia. Tuan rumah bagi pertemuan kali ini adalah Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Sabah dan telah dihadiri oleh perwakilan dari 9 Keuskupan iaitu Melaka - Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Sibu, Miri, Keningau, Sandakan dan Kota Kinabalu.
Mesyuarat dimulakan dengan pertemuan para pemimpin - pemimpin pelajar kampus Katolik bersama pelayan sepenuh masa bagi kampus bertempat di Pace Bene, Papar pada 23 sehingga 25 haribulan September yang lalu. Mesyuarat tiga hari ini lebih tertumpu kepada program Malaysian Catholic Campus Student's Day (MCCSD). MCCSD ini telah diadakan buat julung kalinya di Keuskupan Agung Kuching pada 14 sehingga 21 Julai 2015.
Program MCCSD merupakan satu ruangan bagi para pelajar Katolik kampus berkumpul, berkongsi, diperbaharui dari segi spiritual dan informasi terkini serta kesempatan bagi mereka bersatu dalam menemui Yesus melalui sesi - sesi yang dijalankan. Oleh itu nantikan maklumkan terkini MCCSD 2017 kelak.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pertemuan para pemimpin belia yang melayani sepenuh masa di Keuskupan masing - masing di Pusat Retret Bundu Tuhan dari 26 sehingga 28 September dan mesyuarat akhir pada 29 September 2016 di Bilik Mesyuarat, Dewan Sacred Heart, Kota Kinabalu.
Pertemuan para pemimpin belia dimulai dengan rekoleksi bersama - sama yang telah di berikan oleh Rev. Fr. Joshua Liew. Sepanjang rekoleksi ini para pemimpin telah diajak untuk merenung semula peribadi sebagai yang melayani melalui 'Tree of Life'. Ini merupakan kesempatan bagi yang hadir untuk mengongsikan segala pahit manis menjadi seorang yang melayani di ladang Tuhan. Rekoleksi berakhir dengan adorasi.
Program MCCSD merupakan satu ruangan bagi para pelajar Katolik kampus berkumpul, berkongsi, diperbaharui dari segi spiritual dan informasi terkini serta kesempatan bagi mereka bersatu dalam menemui Yesus melalui sesi - sesi yang dijalankan. Oleh itu nantikan maklumkan terkini MCCSD 2017 kelak.
Mesyuarat pemimpin belia bersama pemimpin belia kampus dari berlainan kampus di Malaysia |
Bergambar bersama selepas selesai Misa Pagi |
Pertemuan para pemimpin belia dimulai dengan rekoleksi bersama - sama yang telah di berikan oleh Rev. Fr. Joshua Liew. Sepanjang rekoleksi ini para pemimpin telah diajak untuk merenung semula peribadi sebagai yang melayani melalui 'Tree of Life'. Ini merupakan kesempatan bagi yang hadir untuk mengongsikan segala pahit manis menjadi seorang yang melayani di ladang Tuhan. Rekoleksi berakhir dengan adorasi.
Aktiviti "team building" |
Selain daripada mesyuarat dan rekoleksi, para pemimpin belia juga mempunyai kesempatan bertemu dengan belia - belia Katolik Paroki St. Pius X. Aktiviti "mimpanau" atau berjalan - jalan merupakan kesempatan bagi para belia paroki untuk berkenalan dan berkongsi cerita antara sesama. Aktiviti ini berakhir dengan Misa petang yang diselebrankan oleh Archbishop John Wong, Uskup Agung Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
(Bergambar bersama belia St. Pius X semasa aktiviti "mimpanau".)
Pemimpin belia bergambar bersama Archbishop John Wong selepas misa petang
Antara yang diperbincangkan dalam mesyuarat tahunan ini adalah laporan - laporan dari setiap Keuskupan, Asian Youth Day (AYD) - 7, perkongsian dari mereka yang mengikuti WYD di Poland, Sabah Youth Day (SYD) - 4 dan isu - isu serta cabaran yang dihadapi oleh Pelayan Belia dan belia Katolik pada masa kini.
Mesyuarat pemimpin belia dari semua keuskupan di Malaysia |
Mesyuarat hari terakhir diadakan di Dewan Sacred Heart, Kota Kinabalu dengan kehadiran Archbishop Julian Liew selaku Bishop penaung bagi Komisi Belia / Kampus dibawah Persidangan Uskup - Uskup Malaysia, Singapura dan Brunei.
Pertemuan seumpama ini jelas menunjukkan kesatuan dikalangan Komiti Pelayanan Belia Katolik Malaysia. Selain daripada memberikan galakkan antara satu dengan yang lain, komiti ini juga memberi peluang untuk mengukuhkan jaringan dari segi penyampaian informasi, komunikasi dan persahabatan.
Keuskupan Sibu akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat MCYMC tahun hadapan dan Keuskupan Agung Kuching akan menjadi Coordinating Office yang baru bagi MCYMC (2017 - 2019) mengantikan Keuskupan Sandakan yang telah melayani bagi tempoh 2014 - 2016. Manakala Bishop penaung bagi Komisi Belia / Kampus dibawah Persidangan Uskup - Uskup Malaysia, Singapura dan Brunei akan di ambil ahli oleh Bishop Simon Poh mulai 2017.

Bergambar bersama Archbishop Julian Leow selepas mesyuarat selesai. |
No comments:
Post a Comment