Tawau - Pada 8 Oktober yang lalu,
Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan telah mengadakan lawatan di Paroki Holy Trinity, Tawau selepas lawatan yang pertama di Paroki St.
Dominic, Lahad Datu. Perjumpaan ini dihadiri oleh ahli tim Kerasulan Belia
Paroki (KBP) dan juga belia-belia yang berpotensi untuk menjadi pelapis dalam
tim KBP pada masa akan datang.
Tujuan lawatan adalah untuk bertemu dan berdialog bersama dengan tim KBP di paroki
tersebut. Selain itu, lawatan ini juga adalah untuk melihat
keperluan serta mendengar suara mereka terutamanya dalam pelayanan mereka
sebagai pemimpin belia Paroki.
Perjumpaan bermula kira-kira pukul 8.30
malam dimulai dengan doa. Diikuti dengan pengongsian berdasarkan tiga soalan berikut:-
1. Apa
kegembiraan yang ingin kamu kongsikan selama melayani dalam tim KBP ini?
2. Apakah
cabaran yang kamu hadapi?
3. Apa yang
kamu perlukan daripada komisi KBK?
Masing-masing mengongsikan cerita dengan
pengalaman yang berbeza. Namun perkara yang paling penting adalah mereka menemui dan belajar banyak
perkara yang baru semasa melayani sebagai ahli tim KBP. Selain itu hubungan persahabatan yang sangat erat seperti sebuah
keluarga merupakan dasar bagi kegembiraan mereka.
Walaupun macam mana pun banyak cabaran
yang dihadapi oleh tim, seperti kurang komunikasi dalam tim, komitmen kerja , komitmen pelayanan lain, masa yang sangat terhad untuk ahli tim dan
masalah dokumen, namun itu tidak menjadi penghalang yang
besar untuk tim bersatu. Seperti kata salah seorang pemimpin belia, "berjalan bersama dalam KBP ini
banyak kejutan".
Dalam melayani, cabaran itu sentiasa ada, oleh itu, motivasi sangat diperlukan. Program - program seperti konsultasi belia dan program daripada komisi KBK sangat membantu, oleh itu, ianya perlu diteruskan dan jangan dihentikan. Ahli tim yang hadir juga menyatakan perlunya ‘a reason to stay’. Maka Komisi KBK diperlukan agar sentiasa menjadi telinga kepada belia dan sentiasa mendengar keperluan mereka.
Perjumpaan selesai pada jam 10.30
malam dengan doa penutup. Komisi KBK akan meneruskan
lawatan ke 3 lagi paroki lain yang terdapat di Keuskupan Sandakan untuk meneruskan lawatan sambil berdialog dengan pemimpin - pemimpin belia di setiap paroki.
Tim KBP bergambar bersama Koordinator Komisi KBK
No comments:
Post a Comment